Hello Melaka!

 


It's my 2nd time visit A Famosa Fortress


2020 will always be known as the year that we spent the most time indoor and mostly at home. Mahu rentas daerah pun tak boleh pada kebanyakkan masa, apatah lagi mahu rentas negeri dan keluar negara. Makanya sektor pelancongan antara yang paling terjejas. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kita semua dibenarkan merentas negeri, ramai ambil peluang membantu merancakkan sektor pelancongan. Sementelahan masing-masing hendak perhabiskan cuti sambil recharge diri sendiri. Setelah ditimbang tara akhirnya Melaka Bandar Bersejarah jadi pilihan memandangan kes harian ketika itu sangat minimal dengan 1-2 kes sehari. Jadi sebelum berakhir tahun 2020, sempat juga teroka lokal Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah. Hello Melaka!


Mana tempat menarik di bandar Melaka? Hubby minta saya siapkan itinerary supaya tahu nak pergi mana nanti. Maka saya penuhkan itinerary dengan aktiviti makan.. makan dan makan lagi. Apa lagi nak buat di Melaka selain teroka makanan. MCO has been tough so hubby and i need a makan-fest😜, especially in Melaka with food full of zest. 


Knowing Melaka kan always jam-packed dengan orang jalan-jalan cari makan di bandar Melaka. Waktu pandemik ini kiteorang tak tahu nak expect crowd kat Melaka nanti macam mana. Harap-harapnya tidak ramai orang seperti biasa. Seusai Subuh sudah bertolak ke Melaka dari Shah Alam. Sejenis kegigihan sungguh. Alhamdulillah sampai sana bandar Melaka masih lengang walaupun pada hari Sabtu. 






Jalan-jalan pusing Stadthuys, Christ Church dan Queen Victoria's Fountain. Parking kereta atas bukit then jalan kaki saja di kawasan sekitarnya. Hubby tak pernah tengok dekat A Famosa dan jalan kaki kawasan sekitar sini. Alhamdulillah aman damai. Cuaca mendung angin sepoi-sepoi bahasa sebab pagi hari. Nampak juga pegawai penguatkuasa membuat rondaan kot-kot ada yang tidak patuh SOP seperti tidak pakai pelitup muka. 




Tan Beng Swee Clock Tower atau Menara Jam Besar orang panggil


Nota: Alahai semua gambar macam nak print letak dalam album. Huarghhh!






Asalnya mahu balik hari saja. Jangan lupa ada Pengecualian Cukai Pelancongan dari Julai 2020 - Jun 2021, jadi kita menginap satu malam di Melaka. Check-in Hatten Hotel. Terletak di tengah-tengah bandar Melaka. Bersambung dengan Dataran Pahlawan Melaka Megamall. 850m saja jalan kaki ke A Famosa. Secara ringkas ini review untuk Hatten Hotel pasca PKPP; kebersihan skala 2 daripada 5 manakala dari segi kepatuhan SOP kurang patuh terutama ketika dalam lif. Guest dari pelbagai aras nak turun ke lobi. Tiada petugas hotel yang control maybe sebab kekurangan staf, makanya selagi ada ruang boleh menyelit, mereka menyelit saja. Sudahnya yang masuk dalam lif hampir 8 orang selagi boleh muat!! Berdoa dan bertawakal saja tiada yang positif ketika itu. Kebanyakan makcik pakcik dan kanak-kanak golongan yang high risk. So frustrated. 


Berkali-kali datang Melaka barulah dapat cuba makanan viral negeri Melaka. Norma lama jangan harap. Kita tiada peluang nak rasa. Asal cuti Melaka jammed. Asal pergi Melaka jammed. Bila masa nak rasa. Aha. Siapa sangka pergi time pandemik baru boleh rasa makanan seperti cendol jam besar, keria gula melaka, avocado famous Melaka & roti canai kayu arang buat kali pertama. 


Roti Naan dan tandoori Pak Putra Kota Laksamana dan Asam Pedas Daging Tetel di Kota Laksamana



Avocado Melaka Famous No.1 dan Keria Gula Melaka Hj Rahmah


 
Roti Canai Kayu Arang


Disclaimer: Ini siaran throwback tahun lepas ketika PKPP. Sekarang ini sedang berlangsung PKP @MCO di seluruh negara kecuali Sarawak. 

No comments:

Post a comment