5 Buku Best Cadangan Vivy Yusof

 

Tarik nafas. Hembus. Tarik nafas. Hembus. Vivy saman siapa pulak tu?👀

Sis taknak bergosip di sini. Majority wanita milenial kenal Datin Vivy Sofinas Yusof kan. Korang wiki kan aja. Jumpalah biodata beliau. Youtuber terkenal. Entrepreneur berjaya. Fesyen Moghul. Ikon media social di Instagram dengan 1.8 juta pengikut. Wow. Influencer kepada ramai orang. Tengok orang pakai duckscarves teringat Vivy. Nampak FashionValet teringat Vivy.

Malam tadi tak lena tidur, buka Netflix eh Youtube. Sebagai salah seorang subscriber Vivy, memang suka je nak tengok video dia. Kelakar, bijak dan petah bercakap .... KECUALI segmen Beauty (skip part make-up2 sebab tak minat).

5 buah buku dalam masa sebulan gais? Tepuk tangan laju-laju dulu. Hey~ orang busy jadual padat macam tu ada masa baca buku. Bukan sebuah tapi 5 BUAH BUKU. Bukan nipis..tebal-tebal pulak tu. Boleh buat nota lagi...Me...buku yang dah beli 5 tahun lepas pun tak habis baca lagi. Dem! Muhasabah diri k.

Sis taknak ulas panjang-panjang, nah ini 5 buah buku cadangan Vivy yang berjaya dihabiskan beliau dalam bulan September...untuk kita baca pada bulan Oktober sehingga tahun depan (good luck semua!)


1) THE FEMALE BRAIN - Louanne Brizendine


2) HOW BRANDS GROW : What Marketers Don't Know - Byron Sharp


3) REMARKABLE RETAIL - Steve Dennis


4) REED HASTINGS: BUILDING NETFLIX - Matt Burgess


5) FANOCRACY : Turning Fans into Customers and Customers into Fans - David Meerman Scott & Reiko Scott


Boleh tengok latest video beliau untuk dengar review setiap buku di atas. So korang marilah kita insaf berjemaah. Jom kita baca buku :)


Kredit: Youtube Vivy

No comments:

Post a comment