Oh Gelang Emas!


Kelmarin dulu tengok dalam Buletin Utama TV3, harga emas cecah paras tertinggi dalam sejarah. Berpotensi cecah RM300 segram. Sejak dua menjak ni, emas sangat popular di kalangan penduduk bumi. Ramai yang ada kesedaran tentang kelebihan menyimpan emas. Harga emas tahun 2000 bersamaan RM30 segram melonjak naik kepada RM86 segram pada 2008 dan terus naik pada tahun 2011 kepada RM200 segram. Ada yang menjangkakan lagi lima ke sembilan bulan mencecah RM300 segram.



Oh gelang emas. 30 tahun dahulu harganya sekitar RM150 satu. Maka beli 2. Baru-baru pergi mall tengok orang beratur panjang di Habib. Kita pun beratur juga. Saja timbang berat gelang emas. Beratnya 22.40g. Harga trade-in atau buy-back emas 916 di Habib ketika timbang RM222/g. Gelang yang dibeli tahun 1990-an ... RM300 dulu KINI tahun 2020 berharga RM4.9K!😱. Fuhh crazylah. Beli baru lebih mahal kerana harga beli terkini RM290 segram. Nampak macam duit ringgit tiada value sekarang ni. Inikah yang dikatakan inflasi? So untuk gelang ni sis simpan dulu. Sebab ada sentimental value. 





Patutlah atuk dan nenek dulu-dulu pesan suruh simpan emas. Emas kalis inflasi, kalis ekonomi. Emas ciptaan Allah. Tidak boleh dicipta oleh manusia. Emas tidak boleh dicetak. Nilainya tidak menyusut. Emas barang berharga maka diterima diseluruh dunia. Manakala Ringgit Malaysia hanya boleh digunapakai dalam Malaysia. 

Bonda pernah cerita, orang Melayu Champa atau lebih dikenali sebagai “orang Kemboja” berjuang mempertahankan kedaulatan Champa dari kerakusan bangsa asing yang merampas tanah mereka.  Diusir zaman dulu. Kini kaya raya berdagang di Malaysia. Vietnam Boat People pun sama bawa kepingan emas bersama mereka untuk digunakan bila sampai ke negara baru untuk memulakan kehidupan baru. Seems like emas sangat berguna ketika perang, kalau survived nak mula hidup baru di negara orang.

Nasihat tuan Azizi Ali yang terkenal tu pun agar simpan 10% dari nilai aset bersih di dalam bentuk emas sebagai insuran kewangan untuk suasana tidak dijangka. Bila terdesak boleh dipajak di ArRahnu. Bila simpan duit selalu bocor beli itu ini dan macam-macam kehendak. Ada duit lebih sikit-sikit convert kepada emas. Dr Mahathir sendiri pernah galakan rakyat menyimpan emas. Boleh set tujuan kita simpan emas untuk apa contohnya:

-simpanan persaraan
- simpanan pendidikan anak-anak
-kos mengerjakan haji
-deposit beli rumah atau kereta

Ceh, dah macam ejen jual emas pulak. Ok sis bukan ejen ya....hahaha cuma berkongsi pendapat dan beri kesedaran kepada orang yang bermentaliti beli emas tu membazirrrr...*ok lariiii*




sumber: Zakat Selangor

Bila dah simpan emas jangan lupa keluarkan zakat emas pula ya.

Oklah panjang lebar dah post ni. Apa pendapat korang? Sis rasa untung sangat sesiapa yang sudah simpan emas 916 berkilo2 dulu. Zaman emas mahal ni boleh jual dah. No wonder CheTa suka beli emas. Katanya ada duit lebih dia convert to gold. Korang prefer emas perhiasan atau gold bar? Sis suka dua-dua :)


Habib Official Store

PG Mall Gold Museum



2 comments:

  1. harga emas makin naik n mahal, x macam dulu huhu
    buat mereka yang nda mampu beli lumpsum sbb banyak komitmen sy suggest ikut kutu emas tapi kena make sure yg trusted punya la.
    emas ni investment yg bagus untuk masa depan

    ReplyDelete
  2. Berpuluh kali ganda rega emas sekarang berbanding dulu.
    Nak beli 2-3 gram pun rasa mahal sangat dah ...hiks!

    ReplyDelete