MCO During Aidilfitri 2020


Baru nak kongsi gambar raya Aidilfitri 2020. Hari tersebut dalam sejarah tak balik beraya di kampung. Pertama kali beraya berdua. Not bad at all. Namun begitu, gigih create suasana raya dalam rumah. Aidilfitri tetap disambut. Lagu raya berkumandang dalam rumah. Solat Aidilfitri dan khutbah raya tetap dilaksanakan walaupun berdua dengan suami. Tetap bersalaman mohon ampun dan maaf dengan suami. Duit raya tetap dapat. Tetap beri duit raya pada ibu bapa dan anak-anak buah walaupun secara online. Masih pakai baju baru. Masih ada biskut raya. Lemang, rendang, satay mesti ada. Sambil makan sambil bervideo call dengan keluarga. Arrghhh kenangan tersebut takkan dilupa sampai bila-bila. Aidilfitri  2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan. 


Aidilfitri 1441H



Menu raya. Menjelang petang habis jua makanan-makanan ni. Mana taknya. Setapak je dari ruang tamu ke ruang makan. Kerjanya kejap-kejap makan. Sambil-sambil nonton K-drama 😹


Aleesya dan Abqory. Anak buat kesayangan MamaLong. Barulah MamaLong dapat jumpa Abqory.


Saat dibolehkan rentas negeri, terus balik kampung jumpa keluarga. Sabar itu indah. Alhamdulillah.


Barulah Aidilfitri walaupun sudah di akhir Syawal :)


No comments:

Post a comment