K-Drama




Singgah jap buang sawang. Tahun 2020 ni kuterasa makin menjauhi media sosial. Tah kenapa jadi camtu. Ada juga datang pemikiran nak delete IG dan FB. Tapi takpe hold dulu. Rehat sebentar. Diam sebentar. Faktor usia barangkali. Kita tunggu dan lihat lama mana penyakit ni akan sembuh :D


Tapi penyakit baru pulak yang datang *tepuk dahi*


Binge-watch K-Drama! 


Sungguh lama tak tengok K-Drama. Zaman uni dulu adalah tengok-tengok k-drama kat hostel. Boyfriend tolong download dan burn dalam CD. Then kita play kat computer. Kalau satu drama 16 episod memang bertingkat-tingkat CD nya. Those days huh. Antaranya Coffee Prince. Full House. Autumn In My Heart. Rasa itu aje yang masih wujud dalam memori đŸ˜†Macamana tahun 2020 boleh terjebak? Sah-sahla pengaruh rakan sebaya. Setiap kali bervideo call dengan mereka, modalnya cite apa paling best di Netflix? Camne pulak boleh terjebak dengan Netflix? Yang tu pengaruh adik beradik. Kemain sebelum tu, acah-acah pandang serong pada orang yang abiskan masa sengkang dengan Netflix. Banyaknya masa dia. Apalah yang menarik sangat dalam Netflix tu. Lagi noob Netflix tu apa? Hah! 


So...dia offer tambah nama dalam akaunnya hujung tahun lepas. Sejak PKP (sis salahkan PKP!) kami suami isteri pun terjebak dengan Netflix. 


Permulannya ramai yang cadangkan Crash Landing On You (CLOY). Mula-mula macam jual mahal. Tapi sebab asik trending No.1 popular in Malaysia, maka oklah bagi can tengok 1st episode. Eh-eh-eh. Situasi perkampungan North Korea tu menarik sangat. Pastu sedar tak sedar sampai 4 episod. Pastu terus marathon habiskan 16 episod sebab tak sabar nak tengok ending! Cis. Pastu 3 hari jugaklah tak boleh move on dari Kapten Ri and Yoon Seri. Seminggu kemudian sedar-sedar habis dah tengok Memories of The Alhambra. Sebab tak boleh move on dari Hyun Bin. Memang cari penyakit sungguh!


Bila dah boleh move on dari Hyun Bin tengok pulak Decendants of The Sun. Sebab orang cakap drama ni terlajak popular satu ketika dulu sampaikan hero & heroin berkahwin (tapi now dah divorce). Tak pasal terkena penangan Kapten Yoo dan Dr Kang pulak. Haishhhh. 


Until now sis dah tengok What's Wrong With Secretary Kim, My Love From The Star, Fight For My Way. Semua best! 


Sekarang baru nak masuk episod 2 It's Okay to Not Be Okay. Oklah sekian catatan laporan hari ni. Nanti kita sambung lagi. Stay safe semua. PKP-Pemulihan masih belum tamat sehingga 31 Ogos 2020. Jangan alpa dan sentiasa jaga jarak. Pakai pelitup muka adalah wajib dalam pengangkutan awam dan tempat sesak bermula 1 Ogos 2020. Wassalam.

Web resuWhat's Wrong with Secretary Kim

Search Results

Web resultsWhat's Wrong with Secretar

No comments:

Post a comment