22 Ramadan 1441 H


Assalamualaikum dan hi. Salam Jumaat untuk semua. Kelip-kelip mata dah masuk hari ke-59 Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. Semua ok kah? 



Pejam celik pejam celik dah jumpa 10 malam terakhir Ramadan 1441 H. Masuk sahaja waktu berbuka nanti, malam ke 23 Ramadan. Ada pasang azam tak nak 'GRAB' pahala sebanyak mungkin?

Sempena hari Jumaat yang mulia, terpanggil nak kongsi sedikit ilmu yang sis dengar dari ustaz.

Allah SWT merahsiakan siapa yang dapat Taubat Nasuha.
Allah SWT merahsiakan siapa yang dimakbulkan satu doa pada titik mustajab hari Jumaat.
Allah SWT merahsiakan siapa yang dapat Haji Mabrur.
Allah SWT juga merahsiakan siapa yang dapat bertemu Lailatul Qadr.
Kenapa?
Supaya kita tidak berputus asa, sentiasa usaha dan berharap.

Sedar tak? Ramadan ni Lembaga Training paling HEBAT di muka bumi. Trainernya Allah S.W.T. Staff-staff nya para malaikat. Pesertanya (semua umat Islam di muka bumi) TERbesar dan TERamai di dunia. Masa Ramadan juga semua pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu sepanjang Ramadan? Apa manfaatnya pintu syurga dibuka sedangkan kita belum masuk? Apa manfaatnya pintu neraka ditutup sedangkan kita belum pernah lihat?

Maksudnya selama Ramadan berlangsung lapan (8) pintu syurga dibuka untuk PENDAFTARAN. Manakala TIADA PENDAFTARAN di neraka. TUTUP PINTU neraka itu!

Maksudnya di sini kita kena berusaha beribadah dan berdoa sungguh-sungguh supaya 'delete' nama, hapuskan dosa, hilangkan tempat di neraka kerana setiap malam sepanjang Ramadan, Allah bebaskan dari api neraka. 

Para malaikat berseru dari langit..wahai pelaku kebaikan yang selalu patuh perintah Allah, ayuh TINGKATKAN DARJATMU di Syurga. Segeralah lipat gandakan pahalamu selama Ramadan berlangsung. PINTU SYURGA sedang terbuka luaaaaasss. Ambil kesempatan DAFTAR nama masuk dalam syurga.

Ulama menjelaskan setiap kita semua Muslim dah ada tempat di syurga dan ada tempat di neraka (Nauzubillah). Jika meninggal atau dipanggil Tuhan dalam keadaan beriman dan beramal soleh bolehla menikmati taman-taman syurga. Jika Muslim Fasikh (muslim yang banyak dosa) masuk neraka dulu, diseksa di tempat dia di neraka, setelah selesai baru pergi ke tempatnya di syurga.

Berbaki tak sampai 10 hari ni, jom muhasabah diri, refleksi diri. Kita ni tergolong dalam Muslim yang mana? Mudah-mudahan kita semua terhindar dari golongan yang bertemu Ramadan, tetapi keluar Ramadan masih tidak diampunkan dosanya. Sia-sia. Tiada manfaat. Allahu..takutnyaaa...Wallahua'lam

Sekian...Wassalam.
-Sis yang banyak kelemahan dan masih struggle hard untuk perbaiki diri-


1 comment:

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete