Kasut Travel Paling Selesa



Salam gais. Orang yang suka travel dan bila travel kakilah yang paling lasak dilenjan. Sangat penting menitikberatkan kasut yang comfy, ringan dan tak melecet bila berjalan. Salah pilih kasut jawabnya makan tuan sendirilah bila travel. Bila kaki dah sakit level emosi keseronokan jatuh merudum. Boleh jadi moody tahu.

Saja kongsi. Dulu jalan sekitar Boracay, Filipina...sedar tak sedar berjalan kaki sejauh 33km selama 4 hari. Pergi Japan lebih kurang 2 minggu Health apps di iPhone track jalan kaki lebih 100km. Itinerary yang padat memang banyak berjalan. Saya kongsikan pengalaman dan jenis kasut yang sesuai mengikut preference saya. Ada yang ok je pakai selipar. Ada yang kulit tebal pakai boot Dr Cardin pun tak melecet :) 

Saya jarang beli kasut, selipar mahupun heels. Sebab kaki sensitive. Kebanyakkan nya sakit kaki, bergesel depan, bergesel tepi, blisterlah...pendek kata.. memang susah nak cari yang comfy. Yang ada di rumah boleh bilang dengan jari. Shoe cabinet dari dulu tak penuh-penuh dengan shoes. 

Untuk travel saya akan bawa dua pasang. Sepasang boot dan sepasang sport shoes. 

Boot saya beli di Melbourne. Saya suka pakai boot bila travel musim sejuk, autumn dan spring. Boot tak masuk air kalau hujan. Boot tenggelam dalam salji pun no hal lahh. Stokin tu maintain kering. Maka kaki pun kering. Boot yang saya beli ada bulu biri-biri yang soft. Kaki selesa yang amats bila berjalan dah macam berlari. Material yang ringan memang sedap nak jalan kaki long distance. Sebelum travel jangan lupa spray waterproof untuk boot. Nanti bila masuk dalam salji, boot anda tak jejas pun. Kering macam biasa. Wallah! Orang lain pakai boot jalan jauh sikit nak tercabut tapak kaki. But this boot berpuluh kilometer pun takde hal. Alhamdulillah. Berbaloi invest lebih sikit. Alah membeli menang memakai. Memadai ada sepasang sahaja.

Untuk sport shoes anda boleh try Adidas Ultra Boost atau Pure Boost. Saya sanggup beli keduanya. Sebab multipurpose sport shoes ni. Yang ni lah untuk running, untuk hiking manja-manja untuk travel even nak tawaf mall pun pakai sport shoes. Nak tawaf 1Utama atau Midvalley pastu bersambung The Gardens memang takde hal. Adidas Malaysia sekarang dah boleh beli online. Saya dah cuba shopping online di Adidas Store masa sale dan ternyata ia sangat mudah dan berbaloi. Korang tahu kan Adidas kalau retail price mahal nak mamp** Korang just register kat website dan boleh beli. Free delivery untuk certain amount purchase. Pastu nak Cash On Delivery pun takde hal.


Adidas PureBoost, size UK 7 1/2



Size UK 7


Saya beli Adidas Ultraboost Uncaged Shoes Cloud White ni full price gais!!? Sekarang ni Adidas tengah promo up to 50%. So inilah masanya nak grab Adidas shoes yang original. Serious berbaloi. Ada 570 jenis kasut Adidas yang tengah on sale sekarang. Sale period: 3 Jan - 19 Jan 2020. Tinggal beberapa hari sahaja lagi. Grab yours now okeh.

Pesanan khidmat masyarakat: Belilah Yang Original. Pasti ada perbezaan rasa di situ. Oh cuma yang putih ni lama-lama akan jadi yellowish. Jadi pilihla yang warna gelap supaya tak nampak kotor dan nampak baru sentiasa. 





Warna ni lebih murah daripada di atas. Jarang sangat Adidas nak jadi pemurah bagi SALE kat kita. Pastu tinggi pulak SALE kali ni. December hari tu dapat 20% sahaja. Nak Chinese New Year ni dia bagi lebih pulak. Hubby dah beli cap, jersey, tshirt dan sweat pants. Ni duk usha kasut pulak. Semua dah selamat sampai. Kiteorang dah korang bila pulak?


Kesimpulannya tak rugi invest beli yang ori dan mahal sikit. Ada reason kenapa harga kasut mahal macam tu. Yang penting bila travel kaki tak blister, tak sakit. Trip pun jadi enjoy =) Boot dan sport shoes inilah yang saya duk ulang pakai bila travel ke mana-mana. Tapiiii...kalau korang jumpa sport shoes lain yang better dan lebih murah, grab sahaja. Yang penting kaki selesa.




No comments:

Post a Comment