Hadiah Hari Lahir


Happy Birthday To Me...


Sis nak kongsi doa yang boleh kita amalkan sama-sama :)

'Ya Allah SWT ampunkan dosa kami, panjangkanlah umur kami, sehatkanlah fizikal kami, kurniakanlah kami rezeki zuriat, terangi hati kami, kuatkanlah hati kami, baikkan amal kami, berikan kami rezeki seluas langitmu, rezeki yang tidak pernah putus seperti air zam-zam Mu, rezeki yang tidak disangka-sangka, rezeki yang menjangkau akal fikiran. Rezeki yang boleh membawa kami, keluarga kami, sahabat kami dan semua mengenali kami ke Syurga Mu. Dekatkanlah kami dengan kebaikan dan jauhkanlah kami dengan kejahatan. Lapangkan kesulitan apa yang kami hadapi hari ini dan hari mendatang. Kabulkanlah semua keperluan kami dalam agama di dunia ataupun di akhirat. Sesungguhnya hanya Engkaulah Yang Maha Kuasa atas segala-galanya❤️'

Terima kasih untuk semua ucapan hari lahir dan semua doa yang baik-baik terutama dari keluarga dan sahabat sekalian. It means a lot to me. Blessed to have each and every one of you as my friend. Sayang belaka.

Hubby balik ofis satu tangan pegang paperbag satu tangan lagi pegang kotak.  Sis memang expect kotak / parcel dari Enrich sebab dapat email notification. Jadi tak suspect apa-apa. Paperbag tu memang suspicious. Apa tu kat dalam. Hubby selamba jawab kek. Oh! ok...kek. Bila buka box memang kek Pavlova dari Serai. One of my fav cake.

Bukak parcel...



Pastu gali-gali nak ambik barang dari Enrich, tengok ini yang keluar. Whaaaaaattttttttt?! Ohhhh ooohhhhh myyyyyyy...tergamam jap. Pastu terus nangis! Cengeng betul. Dia ulang balik dah surprise 5 tahun sudah. Yang kelakarnya Hubby pun join sama nangis. Dah kenapaaa? Makin kuatlah sis nangis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

S.U.R.P.R.I.S.E !!!!!


Alhamdulillah. Inilah namanya rezeki yang tidak disangka-sangka, rezeki yang tidak terjangkau akal fikiran


Sebenarnya dah plan nak tunggu Boxing Day hujung bulan Disember ni baru beli Iphone XS ganti Iphone 6 yang ada. Berfikir-fikir juga nak tukar sebab yang sedia ada masih elok. Banyak betul jasa phone ni. Banyak gambar dalam blog dan instagram hanya guna Iphone 6. 

📸 Iphone 6



Tengoklah tu....dia dah siap buh screen protector. Case pun siap beli dah. Sempat Hubby pesan, jaga baik-baik. Gulp! Baiklah. InshaAllah. Moga Allah balas semua kebaikan hubby. Moga Allah kurniakan rezeki seluas langit dan lautan. Moga Allah sentiasa memberkatimu...suamiku...


2 comments: