@azyyatiliah

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Sonamarg Valley, Thajiwas Glacier & Hazratbal Mosque



Apa yang menarik di Sonamarg? Dulu-dulu, Sonamarg ni menghubungkan Kashmir dengan China. Terkenal dengan panggilan 'meadow of gold' - padang rumput emas. 

Patutlah India mahupun Pakistan berebut kan Kashmir. Keistimewaan Kashmir mempunyai tempat cantik yang berpotensi tinggi dimajukan sebagai pusat pelancongan. Selain itu, tanah Kashmir juga subur untuk kegiatan pertanian. Paling best ada sumber air yang banyak maka cukup untuk janakuasa elektrik sendiri. Sebab tu Kashmiri berusaha nak memerdekakan negara mereka sendiri.



Masing-masing terpegun dengan pemandangan perkampungan yang dikelilingi gunung himalaya yang diliputi salji. Pada saya yang sekali-sekala travel ni, pemandangan perkampungan sepanjang jalan ke Sonamarg ni merupakan pemandangan paling cantik dan indah seumur hidup saya pernah tengok.

Sonamarg terletak 85km dari Srinagar dan berada di kawasan beraltitud tinggi iaitu 2667m dari paras laut. Musim sejuk terkenal dengan laluan trek yang dikelilingi pergunungan salji yang dihiasi dengan pokok alpine. Musim panas pula mesti masih sejuk dan sederhana. Masih selesa untuk menikmati keindahan semulajadi di sini.



Nallah Sindh, iaitu anak sungai terbesar di Sungai Jehlum. 108 km panjang. Lembah ini dihiasi dengan air sungai yang mengalir.



Berlatar belakang gunung Himalaya dan walnut tree yang tinggal ranting tidak berseri. Heee.



Van kami beberapa kali ditahan penguatkuasa Jammu dan Kashmir untuk pemeriksaan permit driver. Akhirnya alhamdulillah selamat sampai di tempat rehat & rawat. Berhenti seketika untuk ke wash room dan minum chai. Lega betul dapat basah tekak dengan chai. Sempat bergambar sekeping dua. Sempat juga shopping shawl di sini =)



Ponny ride atau menunggang kuda padi aktiviti popular di Sonamarg. Jadi mesti cuba. Ini pengalaman baru! Harga 500 IDR.


Terpegun sebentar menikmati keindahan Sonamarg bila dibawa melalui lereng-lereng gunung begini. Dalam cuaca begini disarankan pakai pakaian winter yang lengkap. Angin sejuk yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan kami semua menggeletar kesejukan.

Seorang guide akan jaga dua atau tiga ekor kuda. Kuda padi ni dah dilatih mengikut bunyi. Ada bunyi 'tuihh, tuihh, tuiihh..' Kadang-kadang bunyi 'puurrr, purrrr, purrrr'. Bila bunyi begitu kuda ni seakan bergerak laju, terasa diri sendiri melambung-lambung di atas kuda.

Kuda padi ni bergerak rapat-rapat. Follow member kat depan. Ada jugak jenis yang nakal sikit. Tak boleh rapat dan selalu buat hal. Asik nak gaduh dengan member. Dapat kuda macam tu bertabah la ye.

Pastu jaga-jaga sebab kuda-kuda ni kadang-kadang sambil bergerak sambil membuang. Jadi janganla rapat sangat dengan member depan. 


Menunggang kuda ke kawasan Thajiwas Glacier. Salji memutih sana sini. Saya sendiri tidak pasti di mana Thajiwas Glacier. Tapi ini lah tempat terakhir yang kami sampai. Masing-masing diminta turun dan naik atas salji tebal ni untuk menikmati pemandangan air sungai yang mengalir.



Kejernihan air di Sind River. Bila tengok view ni teringat suasana winter dalam movie Twilight.



Tiada penghuni menetap di Sonamarg. Musim sejuk, salji sangat tebal di sini. Ni kami pergi dah habis winter. Nak masuk spring. Salji masih lagi tebal.



Ada pulak photographer yang snapkan =)


Ramai-ramai bergambar dengan kuda padi masing-masing sebagai kenangan yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila.


Ini lah tour guide kami. Mr Yaakub & Brother Yassin. Mereka berdua ni memang terbaik sangat! Peramah sebab banyak berkongsi cerita tentang Kashmiri, dari budaya sampailah ke pendidikan, perubatan dll. Dedikasi dalam menjaga kami semua. Mr Yaacub ni ada Master in Maths. Brother Yassin pulak ada Degree in Art dari Kashmir Universiti. Bahasa di Kashmir adalah Kashmiri, Urdu & English. English subjek wajib belajar di sekolah. 



Kashmir, i'm in love!


Masjid Hazratbal Mosque

Balik dari Sonamarg singgah di Masjid Hazratbal terletak di tebing Dal Lake di Srinagar. Masjid utama bagi Muslim di Kashmir. Masjid di sini dipercayai menyimpan rambut Nabi Muhammad S.A.W. Dibuka untuk tatapan umum ketika Maulud Nabi.



Bahagian depan pintu masuk. Dipenuhi dengan merpati.



Cantik lokasi Masjid Hazratbal. Dikelilingi gunung dan berhadapan dengan Dal Lake. 


1 comment:

  1. Subhanallah... cantik sungguh pemandangan di kashmiri ni.. dah nak masuk musim panas pun salji masih tebal mcm tu ye.. kalau musim sejuk mesti lagi tebal kan..

    ReplyDelete