@azyyatiliah

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : New Gulistan Palace Houseboat di Dal Lake



Layanan di sini terbaik macam maharani!


Tak sah pergi Kashmir jika tak menginap dalam Kashmir houseboat - must-do experience. Rumah serupa boat di kawasan Part 1 Dal Lake. Ada lebih kurang 700 houseboat di Srinagar. Houseboat ini diperbuat daripada cedarwood. Ambil masa lebih kurang 2 tahun untuk siapkan 1 unit houseboat. Fuhh lama betul. Tengoklah tu. Sangat terserlah kekerawangannya. Semua ukiran handmade - Kashmiri craftsmen. Tukang ukir orang Islam Kashmir didendang sebagai tukang ukir yang tiada tandingan.

Houseboat ada grade tertentu. Houseboat dikategorikan seperti Deluxe, Premium Deluxe dll. Sizenya juga berbeza. New Gulistan Palace Houseboat ada 4 bilik. Macam kami ni menginap 8 orang per houseboat. Sebilik dua orang.



  Konsep macam rumah. Masuk pintu depan ada ruang tamu. Kemudian meja makan. Bilik tidur pula memanjang ke belakang.  Jadi breakfast, lunch, dinner makan bersama di meja makan seperti di rumah. Hidangan Mr Bashir yang akan serve. Bermula dengan entree dan berakhir dengan dessert. Ala-ala fine dining gitu. Mr Bashir 3-4 kali akan round table bawa nasi, lauk-pauk untuk tambah. Chef yang memasak untuk houseboat ni memang sedap. Saya punya tekak memang suka Kashmiri cuisine. Sedap. Mutton briyani, mutton curry, chicken curry, fried fish, steam vege..pendek kata semua sedaplah. Lunch di luar. Breakfast & dinner di houseboat. Bab makan tiada masalah langsung sepanjang trip. Ahli jemaah lain pun puji memuji kesedapan masakan chef di sini.




Selesai makan lepak ramai-ramai di ruang tamu melayan tetamu (peniaga kashmir)😂Part ni paling hapenning dan akan diingati sampai bila-bila. Barang-barang yang dijual nampak murah & kurang kualitinya. Tapi harga taraf butik uols! Silalah tawar menawar dengan bijaksana.

Heater di sini sentiasa onz. Kalau sejuk sangat dalam bilik boleh ke ruang tamu panaskan badan. Oh heater nya sangat konvensional dan tradisional. Masih guna potongan kayu. Di area sini jugakla duk berkumpul ramai-ramai untuk dapatkan FREE WIFI :)


Bilik tidur yang classic. Ukiran dari kepala katil sampailah bumbung penuh kerawang. Rumit tapi cantik berseni. Perabot dalam houseboat diperbuat daripada walnut wood. Bedsheet tu lawa & selesa untuk cuaca di sini. Embroidery tu handmade. Bawahnya ada banyak layer selimut & tilam panas. Masa kami pergi ni memang cuaca sangat sejuk. Max 18-12 Celsius. Waktu malam ke pagi suhu turun ke paras min 0-4 Celcius. Memang menggeletar. Membantu sangat tilam panas. Tidak le iols kekejangan disebabkan kesejukan. Pastu time Subuh lebih kurang 5.18 pagi Mr. Bashir akan ketuk pintu bilik untuk pasangkan heater.


Subuh boleh dengar bunyi azan cukup jelas. Lain alunan azan di sini. Umpama Ustaz Haslin Bollywood yang azan..tapi alunan azan macam nyanyi lagu bollywood. Gitulah. Susah pulak nak explain. Em paham ke tidak?

Pastu cite pasal bilik air. Bersih. Ada sinki, tandas pun ada paip dan ada bathtub. Hot water ada, tapi kene tunggu at least 2 minit untuk air panas tu muncul. Setiap hari kita mandi walaupun cuaca sejuk melampau. Cuma last day tu tak muncul air panasnya. Pastu hujan tak berenti pulak di Dal Lake. Memang suhu sejuk gile sampai snow pun turun. Yay!! Em..mandi kat Agra je la nanti. Huhu.

Pastu houseboat ni tak berapa nak sound-proof. Boleh dengar suara kalau suasana malam yang sunyi. Bila berjalan boleh dengar bunyi derapan kaki. Pergi dengan tour bestlah dapat rakan senegara. Pergi dengan warga emas pulak tu. Malam je suasana sepi. Semua tidur nyenyak. Tapi kalau pergi berdua, bersabarlah kalau jiran sebelah jenis burung hantu pastu bercakap kuat. Boleh rosak terus percutian!


Ini ialah Guru Mohammad owner kepada beberapa unit houseboat di sini. Sambut di airport dan bawa ke sini. Katanya business houseboat ini milik keluarga turun temurun dah banyak generasi. 


Sampai sahaja di houseboat, buat pertama kali dijamu dengan biskut + kahwa tea. Suka teh rasa herba ni. Ada rasa saffron, cengkih dll. Berkotak-kotak beli bawak balik Malaysia. Takut rindu dengan teh kashmir. Heeee.


Bila ditanya tentang bencana alam di Kashmir, jawabnya pernah berlaku banjir di Kashmir. Tuan punya houseboat lega dan selamatlah. Walaupun air naik ke paras tertinggi, houseboat masih terapung dan tidak dimasuki air. Bijak ke tidak? Hihi. 



Houseboat yang panjang ini lah New Gulistan Palace. Panjang betul kan? Jika jalan-jalan ke Kashmir, jangan lupa MESTI cuba menginap dalam houseboat okey?


3 comments:

  1. bestnya dapat tido dalam houseboat tu.. houseboat tu bergerak tak sis? ke statik je kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..comel je persoalan ni. Statik je di situ :)

      Delete
  2. bestnya !! insyallah one day nak pergi. kena tunggu terbuka pintu hati. ofcos teringin tapi belum sampai lagi masanya =D

    ReplyDelete