@azyyatiliah

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Kedamaian Dal Lake, Srinagar



Masya-Allah. Subhanallah. Dalam terketar-ketar baru lepas mandi, gigih pergi buka pintu depan untuk tengok view damai begini (eh, dah siap pakai baju jaket semua okey, minda tu jangan nak kotor sangat. LOL). 

Indahnya dapat lihat pemandangan begini waktu pagi. Ada pulak muzik latar cip..cip..kicauan burung. Alahai, bahagia jiwa. Minda terasa lapang sejenak melihat kejadian alam hak milik Tuhan. Dal Lake terkenal dengan jolokan nama jewel of srinagar. Kepanjangan size Dal Lake lebih kurang 15km jika memandu di atas jalan raya. Baru tahu rupanya ada penduduk Srinagar berumah di atas Dal Lake. 

Kenderaan utama semestinyalah sampan kayu yang dipanggil shikara. Shikara ni bukan sahaja bawa barang, bawa pelancong pusing-pusing sekitar Dal Lake malah siap jadi pengangkutan budak-budak tempatan ke sekolah. Malah ada yang rumahnya di atas shikara sahaja 😭

Kalau bangun seawal jam 4 pagi bolehla lihat suasana di floating market. Tak tahu pun ada floating market. Sebab tiada dalam itinerary. Tapi tour guide yang sangat peramah tamah tunjuk video gang Singapore yang menginap di houseboat sebelah kami...pergi floating market. Floating market diorang masih guna sistem barter uols! Sistem barter masih wujud di muka bumi. Masing-masing bawa hasil sayuran dan di floating market mereka saling bertukar jenis sayur. Tidak melibatkan sebarang transaksi duit. Semua selesai sebelum matahari terbit. 

Hidup mereka susah. Mereka bekerja bukan untuk memenuhi kemahuan tetapi semata memenuhi keperluan hidup. Mereka kerja bersungguh-sungguh. Patutla bila diberi tips wajah mereka tu jelas nampak bahagia. 


Walaupun musim sejuk dah tamat, musim bunga mula menjengah...tapi kesejukan masih terasa sampai ke tulang. Musim sejuk baru-baru ini merupakan musim sejuk paling sejuk pernah berlaku di Srinagar dalam tempoh 11 tahun. Waktu malam suhu turun sehingga -6.8 celcius. Dal Lake dah separuh beku. 


Berlatar belakang gunung Pir Panja. Pemandangan di sekitar Dal Lake memang sangat menakjubkan. Cuma tak tahan sejuk duk luar ni lama-lama. Cepat-cepat masuk dalam cari heater.


4 hari 3 malam stay dalam houseboat di Dal Lake. Jadi selama 4 hari juga ulang alik naik shikara untuk ke seberang sana. Setiap kali naik shikara mesti ada peniaga-peniaga yang datang jual barang. Dari fridge magnet, sari, jewellery, saffron sampai lah ke biji benih pokok. Kalau tak nak beli just ignore je. Diam lebih baik dari berkata-kata. Tanya macam-macam pastu tak beli. Kecewa diorang tu sampai ke lubuk hati paling dalam. Maklumlah susah nak cari duit. Harapkan duit pelancong-pelancong yang datang ke Dal Lake. Pastu kalau korang jawab no cash, jangan terkejut, mereka ni ada machine credit card. Haaa ambik kau!


Mata tak jemu-jemu memandang keindahan alam di sini. Setiap kali naik shikara..minda mengelamun teringat pada hubby jauh di Malaysia. Alahai...tiada rezeki nak join sama.

Tiada starbucks. Jangan risau, ada je shikara yang jual hot coffee area Dal Lake. Memang nikmat dapat minum kopi panas. The young girls and I sempat lah pusing sekitar Dal Lake. Ada macam-macam kedai uols. Ada yang jual mentol. Ada jual sari. Ada jual barang-barang kraf. Dan banyak lagi barang-barang keperluan. Jangan tak tahu kerepek kentang Lays pun ada jual di Dal Lake =)



Jika melancong ke Kashmir, mesti naik shikara pusing-pusing tengok apa yang menarik di Dal Lake, okey?


3 comments:

  1. SubhanaAllah indahnya view..
    Serius mereka masih guna sistem barter.. Uniknya budaya mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kita dah masuk crypto currency..Dal Lake masih sistem barter. Bestnyer sayur & buah-buah esp anggur & delima..masyaAllah manis & murah =)

      Delete
  2. the view sangat cantik subhanallah. the beauty yang kita dapat bila ke negara orang. kita indulge sekali dengan masyarakat setempat belajar peradaban diorang. learn a thing or two dan syukur dengan nikmat rezeki yang kita ada =')

    ReplyDelete