@azyyatiliah

Trip ke Delhi - Kashmir - Agra 2019 : Gulmarg, Switzerland of Asia & Jama Mosque, Srinagar


Hari berikutnya trip ke Gulmarg, Switzerland of Asia. Jarak Srinagar ke Gulmarg 52km lebih kurang dua jam perjalanan naik jeep. Excited nak pergi Gulmarg sebab ada salji. Never enough with snow. Pastu dalam itinerary ada naik gondola. Jika anda ke Kashmir, harus pergi Gulmarg dan naik gondola di sana kerana Gondola di Gulmarg katanya yang tertinggi di Asia.  Lereng Bukit Afarwat dari Pir Panjal Range ke puncak Himalaya adalah lereng ski tertinggi dan terpanjang di Asia. Jarak keseluruhan lif ski adalah lima kilometer dan puncak resort Gulmarg pada ketinggian 3950 m (12.9 feet).



Sepanjang jalan nampak gunung ganang diliputi salji. Pemandangan yang sangat lawa boleh dilihat dalam perjalanan ke puncak Gulmarg. 

Sebelum sampai di Gulmarg tiba di Tanmarg terlebih dahulu. Berhenti di satu hentian untuk sesiapa yang nak ke wash room. Dari Tanmarg jalan berliku-liku di lereng bukit sejauh 13 km.


Sejuknya di Dal Lake Houseboat, Srinagar. Tak tertahan. Harap-harap cuaca cun di Gulmarg nanti.

J & K Bank. Sebelahnya kedai nak buat digital X-ray yang high end. Boleh buat di sini.

Bas awam di Srinagar, Kashmir


Sepanjang jalan, kami diperdengarkan lagu-lagu Kashmir. Bollywood vibe sangat. Ada lagu rancak, ada lagu slow. Bila lagu slow alahai syahdu syahdan rasa dalam hati. Melayang-layang teringat buah hati 😛

Jeep mula mendaki jalan berbukit. Kiri kanan lereng bukit dipenuhi salji yang masih tebal. 7km terakhir jalan dah start zig zag. Pemandu yang bawak jeep ni berhemah. Jadi perasaan tu tak seram sangat. Cuma part bertembung dengan kereta atau jeep di selekoh terasa senak jugak perut nih. 

Sebelum sampai di atas, jeep berhenti di tempat sewa peralatan seperti winter jacket, boot getah hitam ala-ala pua chu kang, glove dan lain-lain. Tour leader Mr Yaakub yang deal dengan mereka. Bila dapat green light baru pakat turun jeep ramai-ramai. Rumusannya dapatlah sewa boot getah hitam tu dengan harga 100 IDR seorang. Power punya nego Mr Yaakub ni. 

Tiba di tempat parking jeep & kereta di Gulmarg ni, mereka ramai-ramai kerumun jeep. Kecut juga perut. Dah macam semut hurung gula. Kiteorang diminta stay dulu dalam jeep. Mr Yaakub turun nego untuk perkhidmatan wooden sledge. Bunyi cara nego tu macam nak gaduh. Siap jerit-jerit. Dapat green light baru kiteorang turun. Setiap orang just bayar 500 IDR termasuk tips. Kata Mr Yaakub tips tak payah bagi pun takpe dah. 

Part turun bukit, kemain meluncur laju sledge ni. Part tu je la yang bestnya. Kemudian view nya seputih salju kesemuaaaanya..beautiful winter wonderland


Selebihnya salji yang rata. Sejauh 1 ke 2 km diorang ni tarik dalam salji tau. Bukan atas tanah rata. Gigih sangat. Kita yang berat dalam 53kg ni pun berpeluh dan mengah-mengah dia tarik. Allahu. Gitu caranya Brother Akbar (insan yang tarik sledge saya) mencari sesuap nasi untuk keluarga. Jadi jangan marah-marah bila anda jatuh tergolek okey. 


Cekap betul Brother Akbar bekerja. Sekali sahaja saya tergolek. Sebab duduk tak balance. Naik wooden sledge ni ada disediakan tali. Diorang suruh pegang tali tu. Korang pegang lembut-lembut je. Jangan pi tarik. Kalau kita tarik...terbeban dia nak tarik sledge ni. Lagi berganda berat. Ilmu fizik pulak.

 
Bukan setakat tarik je. Brother Akhbar siap jadi photographer. Disuruh pose sana sini.

Layankan ajelah. Diorang happy kiteorang lagi happy!



Pastu sampai gondola station, tutup pulak sebab maintenance. Semua frust menonggeng! Tak dapat naik cable car tertinggi di dunia. Naik gondola bolehla tengok pemandangan salji di pergunungan himalaya. Katanya dah macam pergunungan Alps di Switzerland. N.A.N.G.I.S! Gitulah citer dia. HAMPA. Kene datang balik next time.


Phase 1 : Gulmarg Resort -> Kongdori Station |2,6oo metres ; 8, 530 feet

Phase 2 : 3,747 metres ; 12,293 feet

Sudahnya main ski yang diajar oleh coach yang mukanya handsome ala-ala Shah Rukh Khan. Mr Yaakub negokan. Dapatlah 500 IDR sorang. Maka berski lah yang muda mudi. First time pakai kasut ski. Jatuh banyak kali uols. Meluncur-meluncur then jatuh terkangkang lah. Meluncur lagi then jatuh bersimpuhla. Pasrah. Pastu salahkan coach sebab tak pandai ajar anak murid 😝 Paling penting jangan lupa naik snow bike. MESTI NAIK. Geng muda mudi tak sempat nak naik. Harga lepas nego dapat 1500 IDR. Menyesal sekarang tiada gunanya.

Lupe pulak nak snap gambar area-area situ. Sudahnya ni je gambar yang ada di Gulmarg, Kashmir =(

Patah balik tempat parking jeep dengan jalan kaki. Geng wanita veteren dapat hak esklusif naik jeep. Geng lelaki veteren dan muda mudi kena jalan kaki. Rupanya laluan jalan kaki berlainan dengan laluan sledge tadi. Laluan sledge betul-betul atas salji. Laluan jalan kaki adalah laluan jeep atau kereta-kereta lalu. 

Kemudian, makan tengahari secara buffet dulu di Gulmarg sebelum gerak balik ke Srinagar. Sebelum makan nasi mesti dihidang dengan sup dulu. Sejuk-sejuk dapat sup panas memang sedap. Sup Kashmir ni sedap. Makanannya pun sedap & terbaik. Kenyang perut senang hati. Redha je la tak dapat naik gondola ke Phase 1.

Lepas makan balik semula ke Srinagar dan pergi ke Jama Mosque untuk solat jama' Zohor & Asar.



Jama Mosque atau Masjid Jamia adalah masjid terbesar di wilayah Kashmir.


May Allah strengthen our imaan and grant our duaas. In sha Allah =)


2 comments:

  1. Replies
    1. InshaAllah, kita doakan Linda & family sampai sana juga suatu masa nanti

      Delete