@azyyatiliah

Majlis Raikan Cinta Adik Bongsu



25 Januari 2019
Majlis Ijab & Kabul Dr Nur Asyraf Liah & Dr. Ayyub Afandi


Lamanya keluarga kecil kami tak berkenduri kendara. Last kenduri kendara ialah Majlis Mahligai Cinta KakNgah tujuh (7) tahun lepas. Alhamdulillah tahun 2019, Majlis Raikan Cinta Penyatuan Dua Jiwa Adik Bongsu kami terlaksana sudah. Walaupun banyak drama a.k.a ujian yang berlaku alhamdulillah semua selesai. Part drama tu akan diceritakan dalam next post Insha-Allah. Post ini kita kongsi gambar yang ceria-ceria dulu. Yang duka lara kemudian okeh. Alahai suspen pulak.


Alahai kacak jelita adinda berdua nih #tilljannah


Kak Long suka sangat pic ni 😍



Untuk kenangan di kemudian hari


Epal Fuji Organic dari Japan buah tangan untuk tetamu yang hadir



Hantaran cantik dan esklusif ni sentuhan tangan Bonda. Tangan Bonda yang berseni & kreatif :D


Hantaran perkahwinan dari pihak lelaki & perempuan


TRIVIA

1. Majlis Pernikahan bersempenan tarikh lahir pengantin perempuan 25 Januari

2. Majlis Pernikahan berlangsung di Masjid pada hari Jumaat selepas Solat Jumaat

3. Pengantin lelaki & perempuan bertugas di hospital yang sama jabatan yang berbeza

4. Pengantin perempuan ex-student medic dari UIA. Pengantin lelaki ex-student medic dari Mesir. Di hospital tempat bertemu mata. Dari mata turun ke hati. Gituuuuu

4. Pelamin nikah sangat adhoc. Esok nikah hari ni jam 6.30 petang baru gi book. Pheww! Jangan tiru okeh

5. Baju pengantin perempuan beli dari Butik Diana Shah Alam. Simple tapi anggun. Shawl duckscarf dari @theduckgroup. Material chiffon crepe

6.  Baju pengantin lelaki dari Jakel (material satin duchess)

7. Samping esklusif pengantin lelaki, mak & pak mertua datangkan khas dari Kuala Terengganu. Tenunan tangan gitu. Sweet tak ibu & abah kita? :)

8. Pengantin lelaki & perempuan shopping baju & barang hantaran together dengan ibu & abah 😂 #anaksolehah #menantusoleh #halalgap
  
Barakallah untuk adinda berdua. 
Ayyub, welcome to The Kelab Peminat Aleesya!


No comments:

Post a Comment