@azyyatiliah

Teka-Teki



Assalamualaikum & selamat pagi! Antara resolusi 2019 ialah setiap hari buat 'To Do List' supaya masa dihabiskan dengan lebih berkualiti dan bermanfaat. Salah satu 'To Do List' untuk hari ni ialah membaca.

Sedang membaca buku Islamik. Asalnya suami pinjam dari rumah Tok dan baca buku ni sejak kecil. Katanya dah khatam 3 kali. September 2008, 11 tahun dulu suami pi semula kedai buku dan cari buku yang sama. Hadiahkan pada saya supaya saya pun baca sama. Guess what?! Sampai sekarang tak habis-habis lagi. Sadis sungguh! Sekarang ini baru sampai m.s 105. Cerita 27 berkenaan sebuah teka-teki. Terdetik nak berkongsi dengan kalian pulak. 

Saya ringkaskan cerita. 

Ada satu kisah dalam buku ni, diceritakan oleh wali Allah bernama Abu Yazid Al-Bustami r.a. Ketika sedang tidur, beliau mendapat bisikan supaya pergi ke sebuah gereja Sam'an dengan berpakaian seperti seorang pendeta Nasrani. Kerana ketika itu sedang berhimpun 500 orang pendeta Nasrani. Pemimpin Nasrani tiba-tiba jadi gagap ketika nak berucap di hadapan ramai pendeta. Dapat kesan ada seorang Muslim yang menyamar di antara mereka. 

Abu Yazid Al-Bustami tidak dapat mengelak, berdiri dan terus berjalan ke tempat pemimpin tadi. Lisan beliau tak lepas dari bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil. Pemimpin pendeta tu berkata: 'Wahai pengikut Muhammad, saya akan ajukan pertanyaan. Jika dapat jawab dengan betul saya akan ikut agama anda. Jika anda tidak mampu menjawabnya, maka kami akan bunuh anda!

Soalan 1
Terangkan kepada kami tentang satu tak ada duanya, yang dua tak ada tiganya, yang tiga tanpa empatnya, yang empat tidak ada limanya, yang lima tanpa enamnya, yang enamnya tanpa tujuhnya, yang tujuh tanpa delapannya, yang delapan tanpa sembilannya, yang sembilan tanpa sepuluhnya, yang sempurna dari yang sepuluh, yang sebelas, yang dua belas, yang tiga belas dan yang empat belas?

Soalan 2
Siapa dari golongan yang membenarkan, namun dimasukkan ke dalam neraka, siapa dari golongan yang mendustakan, namun dimasukkan ke dalam syurga?

Soalan 3
Di manakah tempat roh di jasad?

Soalan 4
Apa itu Adz-Zariyaati Zarwan, Al-Hamilaati Waqran, Al-Jaariyati Yusran, Al-Muqassimaati Amran?

Soalan 5
Jelaskan kepada kami tentang sesuatu yang bernafas namun tanpa roh?

Soalan 6
Tentang kubur yang berjalan bersama penghuninya?

Soalan 7
Tentang air yang tidak turun dari langit dan tidak berasal dari bumi?

Soalan 8
Tentang empat (4) golongan yang tidak tergolong manusia, jin, malaikat dan tidak pula berasal dari pungggung seorang lelaki dan tidak keluar dari perut sang ibu?

Soalan 9
Siapakah seutama-utama kaum wanita, seutama-utama lautan, seutama-utama gunung, seutama-utama binatang, seutama-utama bulan dan semulia-mulia malam?

Soalan 10
Jelaskan sebuah pohon yang mempunyai dua belas cabang, setiap cabangnya memiliki tiga puluh daun, setiap daun memiliki lima bunga, dua di antaranya di matahari sedang tiga lainnya berada di bayang-bayangnya.



Fuh, soalan tahap tinggi! Apa agaknya jawapan Abu Yazid Al-Bustami. Dapatkah beliau jawab semua soalan? Kalau saya dalam situasi tersebut nampaknya ucap dua kalimah syahadah siap-siap pastu standby kena bunuh! Sungguh cetek ilmu pengetahuanku....huhu...


Ada yang boleh jawab?


........bersambung......





1 comment: