@azyyatiliah

You Have Been Phubbed!



Sama ada anda sedar atau tidak, you have been phubbed!


Apa tu? Kerana fenomena ini kerap sangat berlaku, dunia sampai memerlukan perkataan khusus untuk menggelarkannya. Kini perkataan phubbing secara rasmi telah dimasukkan di dalam kamus bahasa Inggeris di pelbagai negara.


Korang pernah dengar tak istilah phubbing? Gabungan perkataan phone dan snubbingPhubbing ialah tingkahlaku tidak mengendahkan orang lain yang ada bersama kita kerana sibuk melihat phone. Meskipun fungsi phone adalah untuk berkomunikasi tapi bukan bererti kita meninggalkan cara berkomunikasi tatap muka face-to-face dan melakukan semuanya dengan phone.

Bosannya kalau camni
Credit: Pinterest

Biasakan kita lihat fenomena begini. Terutama di restoren. Di sebuah meja makan ada 4 beranak sedang tunggu makanan. Ibu ayah sedang khusyuk melihat phone. Baca whatsapp group le tu. Anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan (remaja) termangu-mangu nak berborak dengan ibu ayah. Mereka cuba bercakap dengan ibu ayah. Barangkali ingin berkongsi cerita tapi kesian tidak dilayan. Sesekali ibu bapa menjawab. Mata masih menatap phone!


Pendidikan melalui tauladan. Di sebuah meja yang lain pulak ibu ayah termangu-mangu kebosanan.  Mata anak-anak ralit melekat pada phone dan tangan khusyuk scrolling Facebook & Instagram tanpa mengendahkan persekitaran! Anak kecil yang berusia 3-4 tahun ralit melayan video Upin & Ipin di meja makan. Bila tidak diberi mengamuk di meja makan. Begitulah situasi terkini.

Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Credit: Beekee.com

Saya juga dulu begini👻 awal-awal kemaruk demam media sosial. Sampailah ditegur oleh ibu kesayangan. Ibu tiada facebook & tiada instagram! Dari abahnya sampailah anak menantu di meja makan (bila makan-makan kat luar) ralit tengok phone sementara menunggu makanan tiba. Di manakah komunikasi sesama keluarga? Terima kasih ibu. Teguran yang kecil namun berimpak tinggi!


Alhamdulillah sejak itu serba-sedikit mencuba detox phone dalam kehidupan supaya tidak menjadi seorang phubber. Cegah sebelum terlambat! Bila balik luangkan masa bersama family tersayang...phone letak dalam bilik. Bila keluar makan bersama keluarga...phone maintain dalam handbag. Keluar berdua makan bersama suami hujung minggu, suami dah letakkan syarat no scrolling facebook & instagram. Begitu juga belah malam hari. Lebih banyakkan berbual. Rupanya banyak topik boleh dibincangkan bila detox phone dalam kehidupan. Aleesya juga dari kecil sebolehnya elakkan dari melihat video di phone ketika makan bersama keluarga. Petah berbicara. Jadi penyeri dan pemeriah suasana. 


🙅 jangan jadi camni plis


Azam 2019 untuk teruskan detox media sosial. Stop phubbing bila sedang berhadapan atau sedang dalam pertemuan supaya berinteraksi lebih baik pada keluarga, kawan, saudara mara dan lain-lain. Hargai orang-orang di sekeliling kita. 


InshaaAllah!


P/S: Berapa lama masa korang boleh untuk 'tidak melihat' phone?

4 comments:

  1. Okay! phubbing new word hari ini
    Thank you for sharing :-)

    ReplyDelete
  2. Ya bahaya juga, tapi kerja as Marketing - Buss Dev dan usahawan kecil-kecilan memang kerap kena tengok phone juga huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Linda. Tuntutan kerja kan. Nak buat camne. Buatlah yang termampu & terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan orang-orang tersayang. Hehehe :D

      Delete