@azyyatiliah

Tempah Perkhidmatan Penjaga Kesihatan Peribadi Di Rumah Secara Online



Boleh ke upah orang tolong jaga ibu bapa yang uzur?
Boleh ke upah nurse jaga orang tua di rumah?
Boleh ke upah jaga orang sakit?
Ada ke penjaga orang tua di rumah?
Ada ke perkhidmatan jururawat peribadi part time di rumah?
Ada ke perkhidmatan fisioterapi buat di rumah?

Terutama warga emas terlalu uzur dan tak mampu pergi sendiri ke hospital tanpa bantuan anak-anak. Call kan GRAB pun kena turun jalan kaki sendiri masuk dalam hospital. Kalau hantar tempat private untuk orang tua dikatakan anak derhaka. Tapi orang tua dibiar keseorangan tidak berjaga kerana anak-anak terikat dengan komitmen kerjaya. Anak-anak pastinya mahu memberikan yang terbaik kepada orang tuanya. 

Jadi alternatif lain ialah menggunakan perkhidmatan penjaga kesihatan peribadi di rumah. Sesuai untuk ibu bapa yang terlalu uzur untuk bergerak. Hanya mampu baring di atas katil sahaja. 

Persoalannya di Malaysia ada ke yang menawarkan perkhidmatan begini? Jawapannya memang ada. Servis ini kurang diketahui umum. 

Contohnya Caregiver Asia platform online yang membenarkan anda tempah perkhidmatan penjaga peribadi ibu bapa secara atas talian atau book home care services via online. Sebelum book online kita boleh lihat dulu resume nurse @ jururawat @ care companion ikut perkhidmatan, harga & preference masing-masing. Hubungi talian hotline 24 jam Caregiver Malaysia di +603 2856 2273 untuk pertanyaan lanjut. Dengan Caregiver Malaysia dapat memastikan orang tersayang anda akan dijaga sebaik-baiknya. 


Antara perkhidmatan yang ditawarkan:
1. penjagaan orang tua @ care companion
2. jururawat peribadi @ nurse jaga di rumah @ home nursing care
3. Fisioterapi
4. Pengasuh @ baby sitter
5. Jaga orang pantang @ confinement lady
6. Jaga orang lepas bersalin @ post-delivery services


 Caregiver Malaysia
Browse Services untuk lihat harga dan servis yang ditawarkan


Caregiver Asia juga platform yang menghubungkan Careseekers dengan professional freelance Caregivers yang menawarkan perkhidmatan 24/7. Jika ada kemahiran dan mempunyai sijil tauliah boleh juga apply untuk jadi freelance Caregiver Malaysia. Contohnya post-delivery services, confinement ladyhome cleaning, personal grooming, speech therapist dll. Perlu daftar @ sign up terlebih dahulu. Dicadangkan anda lihat pada section 'How It Works' untuk pemahaman lanjut.

Bagus sangat jika perkhidmatan sebegini disebar luas di Malaysia. Ramai yang mencari dan memerlukan perkhidmatan begini. Arwah atuk juga dulu ada jururawat lelaki peribadi walaupun tinggal di rumah anak-anak. Sebab atuk memang tersangat uzur.  Sakitnya agak lama dan hanya terlantar di atas katil. Sukar untuk berulang alik ke hospital. Jururawat peribadi ni sangat profesional dan berkemahiran dalam menguruskan warga emas. Kaum keluarga lega atuk dijaga dengan baik sebelum hayatnya berakhir :D

Begitu juga perkhidmatan menjaga ibu berpantang atau lepas bersalin. Kerana ada sesetengah pasangan perlukan bantuan dalam hal penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi. Permintaan ini mendapat permintaan tinggi!

Nota: Caregiver” means Para Care professionals, Allied Care professional, and certified self-employed caregivers, or any other person or company working for or on behalf of a Care Business and verified by an authorized body in the area of care.



No comments:

Post a Comment