@azyyatiliah

Renew Insuran Kereta Paling Murah Secara Online



Alamak insuran kereta sudah expired pulak! Jangan risau. Korang boleh renew insuran kereta paling murah secara online, cepat, mudah, selamat dan secara profesional di SUREPLIFY (Insurance + Simplify).

Sureplify sebuah platform insurans kereta dalam talian yang terkemuka di Malaysia yang membolehkan kita semua membuat perbandingan, penjimatan dan pembelian insurans kereta dan cukai jalan. Kalau baca FAQ mereka ni tidak mewakili mana-mana pembekal insurans. Sureplify adalah platform insurans online secara bebas yang sediakan pelbagai produk insurans daripada pembekal insurans terbaik seperti Etiqa Takaful, Hong Leong Assurance, MSIG, AXA dan lain-lain lagi.



10 perkara penting korang perlu tahu sebelum perbaharui insuran kereta.

1.  Insuran kereta adalah wajib kepada setiap pemilik kenderaan di Malaysia dan tempoh perlindungan adalah setahun


2. Tarif insuran kereta ditentukan oleh setiap syarikat insurans masing-masing bergantung kepada faktor kenderaan seperti usia kereta, saiz enjin, kadar kecurian model kereta, sistem keselamatan yang ada pada kereta dan faktor pemandu seperti pengalaman memandu, pekerjaan, taraf perkahwinan, rekod kesalahan lalu lintas, rekod tuntutan insurans dan lain-lain.


3. Terdapat 3 jenis perlindungan insuran
Pertama: Perlindungan Pihak Ketiga
Kedua: Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran, dan Kecurian,
Ketiga: Perlindungan Komprehensif


4. Semak nilai NCD. Maksimum peratusan NCD adalah 55%.
Apa itu NCD? NCD stand for No Claim Discount atau Diskaun Tanpa Tuntutan adalah diskaun yang diberi semasa memperbaharui insuran kereta dengan syarat kita tidak membuat sebarang tuntutan sebelum ini atau dengan kata lain tidak berlaku kemalangan. Tahun pertama renew insuran, tiada sebarang diskaun diberi, tetapi kita akan dapat diskaun untuk tahun-tahun berikutnya mengikut jadual dibawah. Oleh itu, penting tau semak dulu NCD. Jika peratusan NCD tinggi, maka jumlah bayaran semasa pembaharuan adalah rendah.

Jadual NCD ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)



5. Korang tak perlu khuatir bila jual kereta NCD akan menjadi 0% kerana NCD kereta lama boleh dipindahkan kepada kereta baru.


6. Kawasan yang kerap mengalami banjir, pemilik kenderaan boleh tambah ambil perlindungan peril khas untuk bencana alam. Perlindungan ini dikenakan bayaran sebanyak 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan Sum Insured.


7. Jumlah Yang Diinsuranskan atau Sum Insured ditentukan oleh:
a) Nilai Yang Dipersetujui Agreed Value – kita dan syarikat insurans bersetuju dengan nilai kereta pada permulaan kontrak dan juga pada setiap pembaharuan.
b) Nilai Pasaran Market Value – nilai kereta kita sebelum berlaku kerosakan.
Agreed Value VS Market Value Dalam Insurans Kereta. Apa Beza Dia? Baca SINI.


8. Selalu semak tarikh tamat insuran kereta & cukai jalan. Nak senang dan mudah set reminder! Kita boleh perbaharui 60 hari (2 bulan) sebelum tarikh tamat. Jangan buat last minute! Jangan buat lepas tamat tempoh!


9. Boleh pilih renew insuran kereta ikut bajet dan keperluan. Renew insurans kereta terlebih dahulu. Kemudian cukai jalan @ roadtax.

 KLIK UNTUK DAPAT SEBUT HARGA PERCUMA!
Klik untuk dapatkan sebut harga PERCUMA!


10. Boleh renew secara online, di mana sahaja pada bila-bila masa. Pemilik kenderaan yang bijak akan buat perbandingan secara online dulu sebelum renew insuran kan!
Di Sureplify harga pembaharuan insurans kereta PALING MURAH!





No comments:

Post a Comment