@azyyatiliah

Harmony Zone Cafe Western Puncak Alam



Hujan lebat pun membasahi bumi. Kilat sambung menyambung. Begitulah cuaca setiap petang bulan Disember. Kejap-kejap scroll laju-laju gambar dalam gallery. Banyak betul gambar. Beribu-ribu. Nak delete terasa sayangđź‘»

Puncak Alam ni terkenal dengan UITM Puncak Alam. Maknanya kawasan Puncak Alam ni ramai student. Tidak hairanlah kawasan ini dikatakan food heaven. Harga pun murah-murah. Dari nasi kambing, burger meleleh, satay ikan, goreng pisang cheese banjir coklat, ayam goreng seringgit, nasi lemak seringgit, cakoi, nasi kukus Riz, somtam Mayamin, Aryana pizza cheese meleleh, KFC, McDonalds, Dominos dan banyak pilihan lagi. Ada dalam restoren mahupun tepi jalan. Tepuk dada tanya selera. 

Ni bukan food review tau. Saja nak mencadangkan satu cafe western ni. Wahai warga dan pelajar puncak alam, sis tak pasti uols dah pernah dengar atau try cafe ni. Namanya Harmony Zone Puncak Alam. Tema menu adalah western. Terkenal dengan Harmony Tower Independent & Hormony Tower Flavours.

Hamony Zone Puncak Alam
No 36 Jalan Niaga Bestari 5
Kuala Selangor

Waktu perniagaan
Isnin: TUTUP
Selasa: 2:00 PM to 12:00 AM
Rabu: 2:00 PM to 12:00 AM
Khamis: 2:00 PM to 12:00 AM
Jumaat: 2:00 PM to 12:00 AM
Sabtu: 2:00 PM to 12:00 AM
Ahad: 2:00 PM to 12:00 AM





Fish & Chips RM12
Thai Tea VS Green Tea RM6
Mee Daging. Signature of Harmony RM9.50

Sis nak tanya korang dah pernah sampai ke Puncak Alam? Apa lagi yang menarik di sana?




No comments:

Post a Comment