@azyyatiliah

Harga Kereta Proton X70





Setelah Proton mendapat kira-kira 10 ribu tempahan akhir Oktober lalu (wow!) akhirnya harga kereta Proton X70 telah diumum semalam oleh Tun M masa pelancarannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  Huruf X sinonim dengan kenderaan jenis crossover atau SUV. 70 menggambarkan size atau segmen kelas SUV. Maka jadilah Proton X70. Gitu rupanya.

Berikut adalah senarai harga kereta proton X70 untuk empat (4) varian atas jalan tanpa insurans. Harga kereta sama di semua negeri termasuk Sabah & Sarawak.

Premium 2WD - RM123,800
Warna: Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown & Flame Red
Interior color : Brown Nappa Leather

Executive AWD - RM115,800
Warna: Snow White & Jet Grey
Interior color : Black Leatherette

Executive 2WD - RM109,800
Warna: Snow White, Armour Silver, Jet Grey & Cinnamon Brown
Interior color : Black Leatherette

Standard 2WD - RM99,800
Warna: Snow White & Armour Silver
Interior color : Black Fabric

Canggih manggih tau kereta Proton X70 ni. Kerjasama pertama Proton dan Geely. Geely ni jenama antarabangsa dari China dan memiliki Volvo Cars. Pertama kali sentuh, masuk dalam dan duduk atas tempat duduk kulit Nappa coklat Proton X70 masa di Kuala Lumpur International Show 2018 KLIMS baru-baru ni. Paling suka varian Premium 2WD. Warna merah tu mengancam habis! Interior pulak Brown Nappa Leather.

Warna Flame Red istimewa hanya untuk varian Premium 2WD


Kredit: Google
Interior Brown Nappa Leather hanya untuk varian Premium 2WD


Semua varian menerima ciri keselamatan termaju. Spesifikasi X70;

1. Semua varian dipacu enjin 1.8 liter TGDI turbo petrol
2. Kotak gear automatik 6-kelajuan
3. Mampu menjana kuasa 184 PS pada 5,500rpm dan tork 285Nm (1,700 - 4,400rpm)
3. Dilengkapi Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu (GKUI)
4. Ada 6 beg udara SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Membrek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Kawalan Cerun (HHA), Kawalan Menurun Curam (HDC) & Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
5. Ada 6 port USB


Setiap pembelian didatangkan bersama pakej:
Pakej Servis Xtra
Kadar Pembiayaan Rendah Xtra
Perlindungan Waranti Xtra
Pakej Data Xtra


Kalau ikut review paultan Proton X70 sebenarnya sebuah SUV segmen C, bermakna lebih besar dari Honda HR-V, Toyota C-HR dan juga Mazda CX-3. Saiz X70 lebih hampir dengan size Tiguan dan Mazda CX-5.


Tonton video kecanggihan X70



Premium 2WD tu menarik kan. Korang ni tak baik tau kata harga Proton X70 harga Yahudi, harga Tel Aviv la. Kita positif okey. Bangga tau kita ada kereta nasional canggih giler dengan harga berpatutan. Spec power dah tu. Kalau ikut harga dalam kelas yang sama lebih kurang harga Honda CR-V, Mazda CX-5, Nissan X-trail.

Tapi nak dapat kereta secanggih gitu kena beli Volvo, Audi, BMW, Mercedes atau Porche ke...Tak dapat pakai kereta mahal-mahal pakai X70 pun boleh.  Dapat juga feeling luxury. Persoalannya mampu ke tidak? Kalau mampu tengok kita tengok jerla beramai-ramai. Yang mampu beli kita raikan. Hehe.

Tiada kaitan -> Kat rumah ni ada kereta proton dah hampir 17 tahun dan masih guna dan berfungsi dengan baik sampai sekarang😅 Dari zaman uni sampai la ni. Fuh! selama 17 tahun ni boleh kata takda alami sebarang masalah. Tahan lasak betul kereta Proton. Kata husband kita tengoklah tahan lama mana. Mana tau ada rezeki diganti dengan Proton X70👻




1 comment:

  1. wowww.. design X70 ni memang nampak luxury dan smart sgt. bangga malaysia boleh buat kereta mcm ni jugak..

    ReplyDelete