@azyyatiliah

10 Youtuber Jana Pendapatan Paling Tinggi Di Dunia 2018



Hi guys! Welcome to my channel! Eh.... *youtuber mode*


Dua hari lepas keluar 10 senarai youtuber paling kaya yang menjana pendapatan paling tinggi di dunia untuk tahun 2018. Anda tahu kan, makin banyak subscriber dan makin banyak view, maka makin banyak jugakla pendapatan yang anda perolehi. Dah ramai Blogger bertukar jadi Vlogger. 


Saya pun penggemar Youtube. Beli chromecast bolehla tengok channel Youtube di TV. Almaklumlah tv lama tak berapa nak smart.  Antara channel Youtuber Malaysia yang saya suka tengok Vivy Yusof, Asma Nasa, Aida Azlin (highly recommended!). Ramai jugak BBBNU punya channel. Tapi tak sesuai dengan jiwa dan usiaku yang sudah makin meningkat nih. Huhu. Ikutlah preference masing-masing. Selain tu, kalau nak dengar ceramah Ustaz Abdul Somad (highly recommended!), Ustaz Wadi Anuar, Ustaz Dato Dr Izhar...sinilah jugak tempatnya. Tak tidur malam weh kalau dengar ceramah 'Malam Pertama di Alam Barzakh'. Insof. Channel lain yang saya suka tengok Kara and Nate untuk travelog. Inspiring sangat! Target mereka nak pi 100 negara pada tahun 2020. Suka tengok sebab sangat profesional edit! Macam tengok dokumentari. Kara and Nate juga pernah check-in di Soneva Jani...Maldives most luxurious resort. Tempat yang sama Hanis Zalikha pergi dulu. Channel House & Home tempat inspirasi untuk deco & renovate rumah. Mel In Melbourne because i'm crazy about handbag! Ok dahla..


#1 Ryan Toys Review youtuber dengan 17 juta pengikut yang menjana pendapatan paling tinggi untuk tahun 2018 bernilai $22 million = RM91.63 juta. Fuhhhhh! Paling tak boleh blah... Ryan baru berusia 7 tahun. Budak kecik lagi. Dia suka review toys macam lego, keretapi, kereta dll. Bertuah makayah Ryan. Tak perlu risau dah tabung pendidikan Ryan. Hihi. Korang pi masuk youtube dan tengok sendiri nah. :D

#2 Jake Paul = $21.5 million

#3 Dude Perfect = $20 million

#4 DanTDM = $18.5 million

#5 Jeffree Star = $18 million (beauty mogul ualls!)

#6 Markiplier = $17.5 million

#7 Vanoss Gaming = $17 million

#8 Jacksepticeye = $16 million

#9 PewDiePie = $15.5 million

#10 Logan Paul = $14.5 million (baru berusia 23 tahun)


Makin berduyun-duyunla kerja sebagai Youtuber. 

6 comments:

  1. Ryan tu hebat betul kan. paling penting comel

    Cici pun suka tengok life si Vivy tu. dengan keletah anak anak dia lagi <3

    ReplyDelete
  2. waaa~ patut la kalau tanya anak² sekarang nak jadi apa, semua nak jadi vlogger. huish…… pendapatan dorang masyuk gitu.

    ReplyDelete
  3. selalu usha video vivy gak hihihi.. hebatnya ryan tu...

    ReplyDelete
  4. Jrg tgk youtube. Tapi, i ada youtube hehe jemput nonton Azzy 😍 cari azlinda azman

    ReplyDelete
  5. hehehe depa memang video hebat2 belaka. mampu tengok jaaa =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh Siti pun hebat apa. Buat video travelog! Mesti best tuuuu :D

      Delete