@azyyatiliah

Oh Volkswagen!


Assalamualaikum dan salam sejahtera!



Siapa peminat Volkswagen atau nama manja VW? Sedar tak yang sekarang Volkswagen Group Malaysia VGM tengah buat harga runtuh "Drop Everything Sale". Harga yang ditawarkan memang TERLAJAK MURAH daripada biasa!

Polo Hatch RM70k
Passat RM116k
Jetta RM89k

Masa suami wasap Azie harga baru ni rasa macam nak fengsan!!! Terlajak murah ni! Seolah-olah jom beli VW! Bila baca detail, sebenarnya harga tu untuk penghabisan stok bagi model buatan tahun 2014 dan 2015 yang semuanya pemasangan tempatan! Eh tak juga...

Volkswagen Polo Hatchback CKD (The Polo 1.6) ada REBATE penurunan harga sehingga RM20,000. Harga normal model hatchback lima-pintu ini ialah RM89,888 . Harga promosi model 2014/2015 hanya RM69,888.

Bagi Passat sedan segmen-D, harga terdahulu ialah RM173,888, kini ditawarkan pada RM115,888, iaitu REBATE atau DISKAUN sebanyak RM53,000! (Pesaing Honda Accord & Toyota Camry).



Manakala Jetta sedan segmen-C pula, daripada harga asal RM134,888, kini berharga RM88,888. Iaitu melibatkan REBATE atau potongan sebanyak RM46,000! Tapi latest news yang dealer bagitahu JETTA dah SOLD OUT. Tak pasti pulak satu Malaysia ataupun hanya dealer di Glenmarie sahaja. (Jetta pesaing Honda Civic dan Toyota Corolla).

Eh, ada "Bug" Edition. Harga dari RM135,888.


Perempuan sukalah Volkswagen Beetle nih. Kan. Kuning dia cun.


Yang uniknya Beetle ni Dashboard nya ikut kalor badan. Ahaaa, comelnya.

Volkswagen ni sangat dekat di hati sebab apa? Sebab kami sendiri punyai kereta keluaran Volkswagen. Zaman U pakai kereta jenama proton. Dah kerja upgrade sikit pakai kereta sport putih jalur biru kat tengah yang limited edition keluaran Ford (tekalah kereta apa). Merempit pergi kerja 50km sehala setiap hari, haruslah kereta sport! Hiks. Kini kereta tu berada di Utara!!. Then Alhamdulillah ada rezeki upgrade pakai kereta VW. Lebih selesa untuk travel long distance.

Dah alang-alang tu meh nak bagi review sikit tentang kereta Volkswagen yang mungkin anda tak tahu. Kami beli yang CBU. Apa itu CBU? Apa pulak CKD? Complete Built Up-CBU (diimport sepenuhnya) atau senang cerita datang seketul dari Mexico. Sekarang VW seperti Passat, Jetta, Polo Sedan, Polo Hatchback adalah Complete Knock Down-CKD (pemasangan di Malaysia). Masih ada lagi edisi CBU seperti Golf, Beetle dll.

Enjinnya ialah 1.4 liter TSI (1,390cc) pengecas berkembar (supercharge & turbo) yang menghasilkan kuasa maksimum 160PS dengan tork mencecah 240 Nm. Dengan transmisi ‘Direct Shift Gearbox’ (DSG) tujuh kelajuan memang selesa meluncur laju di lebuhraya dan tak sedar pun kelajuan dah cecah 190 kilometer sejam (km/j)!! Pengendalian kereta ini cukup memuaskan. Kalau jalan beralun, suspensi menyerap keadaan jalan yang tidak rata dengan baik tanpa lantunan. Pengendalian stereng tepat. Kalau nak selekoh pada kelajuan tinggi juga tiada masalah! (Azie selalu buat dan selalu kena marah dengan suami!! Hiks). Naik bukit pun relax je. Tak perlu nak force-force. Maklumlah rumah atas puncak!

Ciri-ciri keselamatan Volkswagen sangat baik. Saya SUKA! Stereng kuasa sensitif kelajuan, ada enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC) atau Kawalan Kestabilan Elektronik, Anti-lock Braking System (ABS) dengan Brake Assist (BA), hill-start assis dan Sistem Park Jarak Kawalan untuk depan dan belakang kereta . Cermin sisi elektrik boleh laras yang swing ke bawah apabila memilih gear reverse (R) untuk memberikan pandangan sisi yang lebih baik dan jelas.

Ciri-ciri lain yang Azie suka sangat ialah lampu dan wiper automatik, ada alat pengesan hujan, built-in turbo timer, paddle shifter. Selain tu ada 'coming home and leaving home lights'.

Sejak ia keluarkan edisi CKD, ada juga google sikit2 tengok perbandingan antara keduanya. Bezanya ialah CBU yang datang seketul dari Mexico tadi ada 

- Tyre Pressure Monitoring
- Paddle shifters on the steering wheel
- Driver and Passenger vanity mirror lights
- 8 speakers (Front and Rear Tweeters, Front and Rear Door mounted speakers).
- leather based adjustable arm-rest.

Itu yang ketara. Lain-lain beza kena rujuk dengan dealer VW lah okey.

Tahap penggunaan petrol boleh kata jimat jugak dengan purata bacaan enam-tujuh liter bagi 100 km. Full tank minyak lebih kurang 55 Liter. Kalau harga minyak ron95 RM1.70 seliter lebih kurang RM93.50 untuk full tank.

SERVIS SEKALI SETAHUN atau 15,000km! (yang mana tiba dulu). Servis pertama kali dalam RM460. Normal servis antara RM400-RM600. Major servis mencecah RM1000+ (tukar macam-macam). Betul, waranti 5 tahun, rosak apa semua diganti kecuali 'wear and tear' macam oil filter, mechanical, wheels, tyres dll (bayau sendiri okeh!).

Lupakan pasal servis tu, kereta ni roadtax RM70 aje. Yang ni memang BEST! 

Kecoh pasal gearbox bagai tu kan? Taktaula, setakat ni dah 3-4 tahun pakai. Alhamdulillah takda masalah. Performance kereta masih tip-top! Masih gagah di lebuh raya (pleaseeee VW be nice to meeee! Jangan macam-macam ok). Nanti I beli make-up baru untuk you kay VW? *wink wink* :)

KECUALIIIIII... 

Ada sekali baru-baru ni, engine tak boleh start. Mujurlah kereta ada kat porch rumah je. Call VW customer service, dia ambik details, then hantar tow truck ke rumah ambik kereta tow ke pusat service berhampiran (FOC). Rupanya battery kong! Tukar battery kene charge RM700-RM800! Dem.





Ikhlas review dari saya pengguna VW =)) Kalau korang pengguna VW juga meh share pengalaman bersama Volkswagen. Thanx in advance!!! ^_^

41 comments:

  1. salam.kalau yang second hand jetta ok x?so far maintenance jetta mmg ok la?sebab nak survey maintanence vw ni..kereta omputeh..takut tinggi sgt maintenance dia..mau pengsan..ni tgh survey2.. :)ada cdgn
    atau pape nasihat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. kalau second hand jetta tak berani nak komen. Kalau CKD orang kata banyak problem. So far maintenance jetta mmg ok & murah *kalau takde apa2 masalah. servis sekali setahun. Cadangan/nasihat?carilah second hand kereta Jepun kalau nak selamat. Hehehe.

      Delete
  2. VW performance dia ok. Tp after sales antara yang paling teruk dalam sejarah automotif dunia. Harga kereta mahal tp kita tak dapat apa yang kita bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bila dah pergi banyak kali, baru sedar yang after sales VW memang TERUK. Kalau level kesabaran tu tinggi boleh pertimbangkan pakai VW!

      Delete
  3. as salam,,u punyer jetta tahun brp yea..berminat nk bli sebijik..

    ReplyDelete
  4. salam azzy stil pkai jeta lg ke...komen sket dh nk abis wranty kn ape prob dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amin. Still pakai Jetta lagi. Warranty belum habis. Tapi gear box dual clutch ni dah start bunyi2. Seraammmmm nyerrhhh tak tidur malam! Janganlah gear box rosak. Insya-Allah nak schedule appointment untuk check keadaan gear box pulak.

      Delete
  5. salam azzy stil pkai jeta lg ke...komen sket dh nk abis wranty kn ape prob dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Warranty manufacturer (3 tahun) dah abis, tinggal extended warranty (2 tahun). So far tiada major problem problem. Alhamdulillah. Judder ada sikit2 kalau bawak slow. Gearbox ada extended warranty 2 tahun lagi rasanya (meaning warranty 7 tahun dari date registered). Pernah ada problem sensor di tayar which is selalu appear error "check tyre" . Bila tukar parts ok, still under warranty. Oh satu lagi, roof lining pon jatuh, dapat tukar after complaint, also under warranty.

      Moga membantu :)

      Delete
  6. Oleh explain tak ape maksud AFTER SALES VW MEMANG TERUK?. tak faham maksudnya..

    ReplyDelete
  7. Saya baru beli volkswagen vento 1.2 TSI.risau juga bila tgk jadual maintaiance dia setiap 15,000km.
    Takut abis warrenty je engine br jahanam.
    Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warranty VW Passat saya dah void sbb katanya, dah lapse waktu first time htr lg..tgh request for consideration diorang tuk re-instate.meantime, tgh survey kat mn ye selain service centre diorg ni yg billing nye acceptable kpd yg dah ada pengalaman camni? Area Ampang, hulu kelang?

      Delete
    2. Kene betul2 ikut schedule. Better service sebelum smpai km yang dinyatakan atau bulan yang dinyatakan. Mana yang sampai dulu. Kalau tak memang void! VW sangat particular bab ni. Huhu. Hmm myb Glenmarie.

      Delete
  8. Salam kak azyyati , kalau polo 1.6 tu enjin nye bagus x ? Sbb kecoh2 psl enjin xok la , gear problem la . Maintenance die tinggi ke ?

    ReplyDelete
  9. Polo 1.6 enjin mpi xde turbo dan gearbox auto biasa bukan dsg..x de masalah..sama dgn vento 1.6. Ambik vento la free 5 tahun servis ;)

    ReplyDelete
  10. salam semua sy baru plin nak beli new passad, agak2 high maintenance tak part x susah ke cari please bagi pencerahan yg dah ada pengalaman bab passad ni

    ReplyDelete
  11. vw best...once pakai...tukar kete lain...nikmat vw tu masih ade dalam.hati..respon throttle die menakjubkan...

    ReplyDelete
  12. Salam.. saya pgguna vw golf gti. beli thn 2013.. selama 4 thn pakai.. kurang bermasalah... cuma nk pesan. utk mana2 vw yg habis warranty.. tak perlu lg ke Service Center (SC) klau skadar servis mileage biasa. ckup skadar ke tempat workshop biasa/specialist yg gunakan parts oem. utk sape2 yg nak save bajet la. klau yg mampu takde masalah ke SC. mmg sdikit manja vw.. tp berbaloi dgn performance yg kita nikmati. hehe paling best sy bwk vw bila mnaiki cameron highlands.. tekan minyak steady je dia pecut wlau kdaan naik bukit..vrooommm sambil tgk perubahan suhu pada meter.. apa2 pon syukur dgn apa yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vw jetta 2015. 72 k. Ada apa2 komen

      Delete
    2. Salam, nk tanya pendapat kalau angkat vw golf gti second hand.. okay tak? Dari segi service untuk golf gti mcm mana? Terima kasih planning nk angkat golf gti

      Delete
  13. Saya plan nak beli vw jetta edisi sport 2015. 72k. Ada apa komen dari yg biasa ada pengalaman.

    ReplyDelete
  14. Sis nak tanya jetta 2016 or 2017 ckd or cbu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya yang baru semua CKD skrg ni

      Delete
  15. Saya pakai jetta dah 5tahun takde masalah.vw memg power.kamu akan rasa tak nak turun dri kereta itu bila sampai ke destinasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ttg masalh gearbox atau enjin tiada masalh ape ke tuan.Kereta adlh utk pemanduan hari2 e

      Delete
  16. Nak Tanya Polo TSI anyproblem? bercadang nk amk 2012. DSG gear box. kalau kong brapa ongkosnya

    ReplyDelete
  17. Hi. im looking to buy jetta 1.4 2012 cbu . Is it good for daily use. Approx 180km everyday. Advise needed. Thanks

    ReplyDelete
  18. Saya plan nak beli Passat 1.8 comfortline yg baru... ada tak sape2 yg pakai.. ? Kalo boleh share pasal model ni...

    ReplyDelete
  19. Berhajat utk beli vento 1.2..Ade pengalaman share ttg model ni

    ReplyDelete
  20. salam, kalau nak beli passat 1.8 second hand sy cadangkan beli tahun 2014 keatas, dan pastikan enjin smooth x bunyi kasar bila high rem, dan juddering dlm kereta semasa high rem body x gegar atau goyang, berkaitan sensor2 biasanya 3-4thn tu mmgla ade tp x la seteruk mana pun dgn modal rm200-rm300 di bengkel specialist diluar sana, so minyak mmg jimat, berbanding dgn kereta biasa so dgn penjimatan minyak tulah korang mula buat savings utk vw kesayangan korang, pemanduan mmg best tekan minyak je boleh rasa pecutannya enjoy sgt2 confident semasa nk memotong, check owners service book, if anjakan service 3-6 bulan pun x ade masalah janji ada ke vw sc, cuma jgn lebih dr setahun x pernah ke vw sc tu kena elakkan utk membeli kereta tu, tips dari rakan2 club vw passat & passat cc :)

    ReplyDelete
  21. salam, kalau nak beli passat 1.8 second hand sy cadangkan beli tahun 2014 keatas, dan pastikan enjin smooth x bunyi kasar bila high rem, dan juddering dlm kereta semasa high rem body x gegar atau goyang, berkaitan sensor2 biasanya 3-4thn tu mmgla ade tp x la seteruk mana pun dgn modal rm200-rm300 di bengkel specialist diluar sana, so minyak mmg jimat, berbanding dgn kereta biasa so dgn penjimatan minyak tulah korang mula buat savings utk vw kesayangan korang, pemanduan mmg best tekan minyak je boleh rasa pecutannya enjoy sgt2 confident semasa nk memotong, check owners service book, if anjakan service 3-6 bulan pun x ade masalah janji ada ke vw sc, cuma jgn lebih dr setahun x pernah ke vw sc tu kena elakkan utk membeli kereta tu, tips dari rakan2 club vw passat & passat cc :) trxx2013@gmail.com or 011-56977306 whatsapp for free advice

    ReplyDelete
  22. VW dsg gearboxes problem...sedap bwk...memang puashati pki...tapi masalah pd gearbox...clutch abis tukar brng saje standard 3-4k...klu budget xde sy X cadangkan pki VW... alhamdulillah abis je byr golf GTi sy terus trade in ambk Toyota estima sbb dh berkeluarga...tepuk poket baru tny selera kihkihkih...good luck semua...

    ReplyDelete
  23. Nak tanya la, Kalau Servis tanpa warranty vw adakah kos Servis still Sama? (400-500)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya sama jer. Tapi 400-500 tu anggaran untuk jetta service tahun 2013 dulu ye. Tu pun first servis. 2nd, 3rd,4th servis tak dapat 400-500 tu.

      Delete