@azyyatiliah

Pembersih Hampagas Electrolux


Pembersih hampagas kat rumah ni memang sangat heavy duty. Sentiasa bekerja keras menyedut habuk dan kotoran-kotoran dalam rumah. Lebih-lebih lagi setahun kebelakangan ni construction site berdekatan dengan rumah. Pokok di kawasan sekitar tak sempat membesar jadi filter, construction site dah rancak kiri kanan. Maka terpaksalah tutup segala tingkap dan pintu untuk elakkan habuk bertebaran masuk dalam rumah.


TETAPI, rupanya makin kita tutup tingkap dan pintu, habuk makin banyak dan termendap dalam rumah akibat udara tidak bergerak. Lagi banyak harmful particles terperangkap dalam rumah. Maka udara dalam rumah pun jadi tidak sihat. Meyebabkan penghuni dalam rumah mula batuk, mata merah, asthma makin menjadi dll. Makin kritikal waktu jerebu di Malaysia. Perlu beli air purifier pulak.


Perasan tak, sebab tu bila balik kampung tok nenek kita bukak tingkap dan pintu seluas alam supaya udara sentiasa bergerak. Hehe. Pastu sentiasa ada bulu ayam untuk kibas-kibas habuk. Nyahhh keluar ko habuk dari rumah! 



Pembersih hampagas sedia ada tak mampu berkhidmat lagi. Hampir 10 tahun berkhidmat. May u rest in peace :')


Ikut nafsu nak beli Dyson V8 absolute! *wishlist*
Pasrah bila tengok harga di official store Dyson. Mahalnya untuk beli sebuah vacum!





Dah try Dyson kat store. Memang mudah sangat yang ni. Cordless. Tak berat sangat. Senang nak angkut sekeliling rumah. Suction kuat. Bunyi tak kuat sangat. Memang mudah kalau rumah dua tingkat. Esp part tangga. Tanpa perlu struggle dengan wayar. Orang kata ukur baju di badan sendiri kan. Hehe. Bila dah ukur, tengok yang ni je yang sesuai rupanya :D




Electrolux Vacuum Cleaner Z1230 (1500W) Bagless DustPro Nozzle


Ciri-ciri

Bagless
310W Suction Power
DustPro nozzle for effective dust pick up
Light-weight & compact for easy storage
Hygiene HEPA filter that helps you enjoy a healthier home -94% dust filtration
Bagless convenience with easy-empty 1L dustbin



Order dari LAZADA GD-EStore November 2017. Delivery hanya ambil masa 3 hari tanpa sebarang masalah.



Pembersih Hampagas Electrolux Cyclonic Compactgo


Yang ada dalam box: 

1 X Z1230 Bagless Vacuum Cleaner 1
Dust Pro Floor Nozzle 1
Combi Crevice with Brush 1
Upholstery Nozzle


Lebih kurang 5 bulan guna vacum ni. So far so good. Tak berat sangat. Small & compact. Mudah nak bawa naik turun tangga. Tahan lasak sebab beberapa kali jatuh tergolek di atas tangga (wayar tak cukup panjang). Bunyi boleh tahan bising / kuat. Memang jiran sebelah boleh dengar kalau kita vacum. Small tapi powerful suction dengan syarat setiap kali selesai vacum satu rumah perlu buang habuk dan basuh filter tu. Jemur & keringkan. Pernah try kalau tak buang habuk dan bersihkan filter dapat 2 kali vacum satu rumah (tingkat atas & bawah) built-up 1,710sq. ft dengan lancar. Masuk kali ke-3 vacum jadi cepat panas. Tak cukup power dan mati sendiri. Sangat ok untuk rumah apartment atau kondo yang keluasan 800 -1000 sq. ft. Electrolux ni bagless dan easy to empty. Jadi tiada masalah untuk bersihkan setiap kali lepas vacuum. Vacuum pun tahan lebih lama. Jadi overall saya memang puas hati dengan vacuum electrolux warna kuning ni :D


Terima kasih sebab sudi baca review berkenaan pembersih hampagas electrolux! Pengguna Dyson kalau ada review nak kongsi much appreciated. Sebab Dyson masih dalam *wishlist*

No comments:

Post a Comment