@azyyatiliah

Berani Masuk Louis Vuitton KLCC Selepas Lebih 30 Tahun



AWAS. Entry ini agak materialistik dan berbaur duniawi. 


Louis Vuitton (read: loo-wee vwee-tahn). Kata Sales Advisor di KLCC, kalau Vuitton ni tak jalan kaki dari kampung halaman selama dua tahun baru sampai Paris, maka tak wujud lah brand ini pada hari ini. Today, Louis Vuitton (LV) is one of the world most leading international fashion houses. Kemain bunyinya. 


Walaupun bersepah LV yang bukan original dijual di luar sana secara atas talian, namun LV sangat istimewa pada saya sebabnya my first designer bag adalah dari Louis Vuitton.  Reward diri sendiri beli designer bag hasil jualan biskut raya tahunan. My first purchase of Louis Vuitton tahun 2009 *9 tahun lepas* di Louis Vuitton Honolulu Hilton Village Waikiki, United States. Ops.... bukan saya yang pi sana. Kalau saya pi sana silap-silap beli satu lagi. Bahaya! Kirim pada abah yang kebetulan ke sana atas urusan kerja. Beli handbag Speedy 30  Damier Ebene sebab dah lama mengidam. Btw korang alert tak yang sekarang Malaysia Airlines (MAS) tengah promo sempena cuti sekolah. Up to 50% off fares. Tiket ke Hawaii dalam RM2k😱




Dulu harga Speedy 30 675.39USD. Wow hari ini di official store Louis Vuitton harganya 1,020USD. Fuh dengan currency sekarang mesti lagi mahal. Walaupun dah agak lama, design sebijik sejebon macam ini masih lagi dijual pada tahun 2018, diperagakan malah harganya makin meningkat dari tahun ke tahun! Resell value tinggi. Insya-Allah dapat pulangan wang 100% nih. Pretty good investment! :D 


Speedy 30 tu kalau nak lebih kacak boleh letak speedy 30 organizer. Selain jaga bentuk handbag, boleh retrieve items in seconds! No need digging around :D


Baru-baru ni teringat semula kekasih lama 👻 *read: LV*

Akhirnya..setelah sekian lama. 


Kali ini mencari SLG (Small Leather Goods). Sebelum beli, survey dulu harga dan pilih SLG yang paling sesuai dan praktikal dengan diri kita. Sebabnya beli bukan untuk simpan. Beli untuk pakai selama mana boleh pakai.  Biarlah alah membeli memang memakai. Gitu kekdahnya. Perempuan kalau dah nak tu, macam-macam alasan dia nak bagi jadi. Begitulah uniknya perempuan :D 


Usia lebih 30 tahun baru berani masuk Butik Louis Vuitton KLCC. Selama ni takut-takut. Malu-malu tinjau dari luar. Sales Advisor di KLCC yang entertain pulak Ya Allah Ya Rabb baiknya alahai. Sebelum ini selalu dimomok momokkan dengan SA butik-butik mahal kalau kita rakyat marhaen masuk dipandang dengan muka ketat je. Ya...betul! SA di The Garden! Takpelah sekian terima kasih...tak jadi beli..... Tapi SA di KLCC MasyaAllah baik betul. Sangat profesional. Gigih melayan setiap soalan saya yang bertubi-tubi. Pastu siap hidang air. Dapat free gift lagi. Of courselah full mark macam ni. HAPPY to the max!


Kali ni reward diri sendiri sempena tahun ke-5 sebagai blogger dan hasil collaboration selama 5 tahun ni bolehla beli LV barang seketul dua buat kenangan di masa hadapan. Walaupun sendu (orang lain lagi kencang) tapi Alhamdulillah. 



Macam nih barulah bersemangat waja!




Look at the kotak oren kegembiraan just waiting for me! Lagi 2 kotak on the way👻 Eh betul-betul lepas geram nih!


Unboxing & reveal? Nantilahhhh.....stay tuned okeh.



P/S: Jika mampu, invest beli property sebab harga tanah makin lama makin ridiculous tak masuk akal. Boleh juga invest beli gold. Gold yang beli zaman dulu-dulu baru nampak hasilnya. Tak suka gold belilah LV :p Oh kalau nak beli dengan PS pilih trusted PS. Jangan main semborono je order. Ramai suka scam sekarang ni. Dulu invest beli duckscarves untung. Sekarang beli duckscarves rugi...erkkk #duckrehab


No comments:

Post a Comment