@azyyatiliah

PAPPARICH FOOD DELIVERY!



Hi semua. Hujan-hujan begini alangkah nikmatnya dapat menghirup secangkir kopi. Lantas teringat keenakan dan bauan PappaRich White Coffee. Lantaran itu jari jemari mula google menggoogle kata kekunci tersebut. Akhirnya bertemu jodoh dengan PappaRich Food delivery!


Point penting yang cuba disampaikan di sini ialah tak tahu pun Papparich ada food delivery? Sejak bila?


Ni bukan sponsor post pun. Tapi apesal lah aku gigih sangat buat promosi free untuk PappaRich ni. Orang yang nak dapat pahala extra memang macam ni suka nak sebarkan informasi berguna supaya pekerja-pekerja pejabat tidak kelaparan tak makan disebabkan mandatory meeting sampai habis waktu lunch. Tiba-tiba teringat suami. Dah makan ke belum kah dia. Aku tengah sedap-sedap makan Nasi Lemak with Curry Chicken + Sweet and Spicy Sambal Sotong 2 pieces (je?) 


Bukan itu sahaja, jika anda bos inilah masanya untuk membodek ambil hati pekerja bawahan dengan orderkan (staff order, bos bayar)  lauk pauk nasi campur nasi lemak, mee goreng, nasi goreng makanan laut dan sebagainya sebab dah masuk pukul 2 petang uols tapi tak makan lagi gara-gara meeting penting. Bos yang baik hati pastilah order makan tengahari untuk anak buah. Barulah team member sayang macam ni.


Tapi sebelum tu jangan nak suka sangat check SINI dulu lokasi penghantaran dan ada caj penghantaran ke tidak.




Tidak perlu berteka-teki. Ku tahu apa yang terlintas di hatimu itu. Inilah jawapan kepada persoalan tadi. PappaRich halal. Boleh makan tanpa was-was.




Eh macam kebetulan pulak nasi goreng makanan laut ini 'dish of the month'. Sempat lagi sebelum 30 November.




Macam tahu-tahu je dalam hati kita yang tengah teringin PappaRich White Coffee



Cat & The Fiddle
Sempena Black Friday hari ni, Cat & The Fiddle (PappaRich) ada PROMO FREE Delivery and Discount Promo code: BlackFri20

20% off on all cheesecakes with Free Delivery within Klang Valley
Untunglah insan-insan yang berumah area hotspots seperti Ampang, Damansara, Bandar Utama. Hari-hari boleh food delivery. Hari ini PappaRich, esok lain pulak. Tak payah banjir ketiak masak kat dapur macam ni. Klik-klik di hujung jari makanan tersedia di muka pintu. HEAVEN.


Kalau anda terjumpa post ni dan telah mencubanya mohon kongsikan review di sini. Share juga lokasi mana. Terima kasih daun keladi :D



No comments:

Post a Comment