@azyyatiliah

Resepi Nasi Daging Guna Noxxa



Aidiladha di sini meriah dengan suasana korban. Ayahbonda selalu berpesan, asingkan sedikit duit gaji tiap-tiap bulan dan tanamkan azam untuk laksanakan ibadah qurban kalau boleh setiap tahun. Terima kasih atas didikan tersebut. Moga Allah SWT beri peluang dan ruang tersebut. Amin ya Rabb.

Korang boleh refer Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban di bawah ni;


Point penting azie share di sini;

Pembahagian Daging Qurban

(a) Pembahagian daging qurban wajib atau nazar: Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

(b) Pembahagian daging qurban sunat: Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i: 
(i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya; 
(ii) 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin; 
(iii) 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran. 

Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.

Nampak tak indahnya Islam. Islam itu adil dan saksama. Orang Qurban pun dapat rasa, orang miskin pun dapat rasa, orang kaya juga ada bahagiannya.

Biasanya 1/3 tu dapatla dalam 2kg daging. MasyaAllah, kami satu family biasanya memang makan daging/masak daging hanya pada Aidiladha sahaja. Selain Aidiladha memang susah nak makan daging bukan sebab apa, faktor kesihatan sebenarnya. Ayahbonda pun dah 6 series, tak boleh makan banyak daging. Perlu lebihkan sayur dan buah dalam menu harian. TAPI. T.A.P.I. Aidiladha dikecualikan. Alhamdulillah dapat raikan Aidiladha dengan ibadah Qurban. Daging qurban sedap dan manisnya luar biasa :) Daging fresh. Lepas qurban terus masak sup tulang, sup daging dll.

Tahun ni kami try menu Nasi Daging Guna Periuk Noxxa!

Alhamdulillah satu family suka. Tahun depan confirm nasi daging lagi. Azie share resepi Nasi Daging Guna Periuk Noxxa. Raya maknanya ramai yang makan. Jadi resepi ni untuk 10 pot beras Basmathi dan 2 kilo daging.

Bahan-bahan

10 pot beras Faiza Basmathi
2 kg daging qurban
1 tin susu sejat
5 biji tomato dipotong dadu
Sedikit daun ketumbar
2 kiub daging
3 helai daun pandan

Bahan-bahan tumis

7 sudu besar minyak sapi
Separuh pek paste Kurma Adami
3 biji bawang besar dimayang
5 biji bawang putih dimayang
Kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga



Cara penyediaan nasi daging

1. Beras basuh bersih dan toskan

2. Daging masak dalam periuk Noxxa letak sedikit garam dan halia. HP (High Pressure) selama 20 minit. Selesai masak ketepikan

3. Daging hiris nipis dan dibahagi 2. Separuh akan dimasukkan dalam nasi. Separuh lagi untuk dibuat daging rebus asam

4. Fungi STIR FRY. Bawang besar dan bawang putih tumis dengan minyak sapi. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga

5. Dah naik bau, masukkan separuh paste Kurma ADAMI. Tumis sampai pecah minyak

6. Masukkan air rebusan daging (10 pot beras + 10 pot air rebusan daging)

7. Masukkan beras gaul sebati

8. Masukkan separuh hirisan daging, 1 tin susu sejat, 5 biji tomato dipotong dadu, 3 helai daun pandan, daun ketumbar, 2 kiub daging. Gaul sebati.

9. HP High Pressure selama 3 minit. 



Resepi Daging Rebus Air Asam

Bahan blend

5 biji tomato
6 cili padi (tak pedas, nak pedas letak banyak lagi)
4 biji cili besar
7 ulas bawang merah
air asam jawa (pekat dan banyak)
lebihan air rebusan daging
gula
garam
kerisik
belacan (tak letak sebab ramai allergic belacan)

Cara penyediaan daging rebus asam

1. Masukkan semua bahan blend dalam periuk. Masukkan semua lebihan air rebusan daging. Kalau perlu tambah air.

2. Panaskan lebih kurang 10 minit bersama separuh hirisan daging tadi

3. Perah air asam limau secukup rasa dan tutup api


Bahan gaul

Potong dadu 1 biji tomato
Mayang bawang merah
Potong dadu 1 bawang besar
Hirisan daun ketumbar
*gaul bersama air asam daging di atas

Nota: Gambar dalam pinggan terlupa nak ambil. Gambar step by step pun tak ambil. Mana yang sempat snap je. InsyaAllah next time buat azie update semula.


No comments:

Post a Comment