@azyyatiliah

Sekut oh Sekut!


Salam 26 Ramadhan. Sebentar sahaja Ramadhan hampir melabuhkan tirai. Salah satu aktiviti cari rezeki Ramadhan adalah jual sekut raya. Search hashtag di Instagram #AzieJualSekut­čŹ¬



Tahun ke-6 menjual biskut raya dan Tahun ke-3 bersama EMJAYS. Pernah rasa SEKUT EMJAYS? Serious SEDAP ya amats. Pembuatan sekut penuh kasih sayang menggunakan bahan-bahan premium seperti Anchor Pure Butter, Callebaut Choc Chip dll. Best seller tahun ni Mashmell, Mutiara (German Cookies), Blondee (Chocholate Chip) & Brownee. Ok semualah senang cerita. Masing-masing dah rasa setiap satu dan boleh tahu kesukaan masing-masing. Ada peminat Mutiara (15 balang order kesemuanya MUTIARA). Ada peminat MASHMELL (kesemua 7 balang MASHMELL). BLONDEE & BROWNEE tidak kurang hebatnya. Pastinya worth every penny!

Alhamdulillah tahun ni jualan meningkat 50% berbanding tahun sebelum. Total jualan sekut EMJAYS tahun 2017 >10k. Within 2 weeks. Alhamdulillah. Untung bersih biarlah rahsia. Lebih banyak untung bersih lebih banyak dapat berinfaq dan berkongsi rezeki di bulan Ramadhan. Moga-moga jadi asbab my customers juga untuk masuk syurga. 

Ada ejen-ejen lain yang mesej bertanya apa rahsia dalam dua minggu boleh menjual hampir setengah ribu balang sekut. Berhuhu la akak nak menjawabnya. Tiada rahsia. Mohon dan merayu-rayulah pada Allah SWT. Sebab yang beri rezeki bukan manusia tapi Allah SWT. Selain itu, banyakkan berinfaq lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. RM100 kita keluarkan kerana Allah SWT, Allah ganti semula berganda-ganda pulak banyaknya. Ini contoh! Cubalah...

Azie bersyukur sejak balik dari umrah hari tu, rezeki yang Allah beri sangat melimpah ruah. Besar rahmat yang Allah beri. Siapa kita nak dustakan nikmat Allah SWT. Teringat kelas ustaz masa nak pergi umrah dulu, jangan kedekut nak keluar duit pergi umrah, pasti Allah gantikan dengan lebih banyak lagi. BETUL! Apa yang ustaz bagitahu memang TERSANGAT BETUL. Janji Allah itu pasti! 

Azie nak berterima kasih sangat pada kalian yang beli sekut. I'll try my best untuk beri servis yang terbaik kepada semua orang. Sebenarnya customer sekut terdiri daripada kenalan di Facebook & Instagram sahaja :D No stranger. Semua kita kenal. Syukur sangat sebab ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang sangat-sangat-sangat supportive. 


Sentiasa tersenyum dengan feedback kasih sayang macam ni.


Bonda sendiri siap order berbelas balang untuk hadiahkan pada kawan-kawan atas niat nak tolong anakanda yang sorang ni. Walaupun dia tahu harga kos sebalang. Tapi tetap nak bayar sama harga macam orang lain sampai tak minta diskaun. Hehe comel sangat Bonda. Terima kasih. Patutlah rezeki Bonda melimpah ruah tak pernah putus-putus. Selalu dan sentiasa berkongsi rezeki dengan anak-anak, adik beradik dan dengan orang lain. Ok Bonda lah yang sponsored kami adik beradik pergi umrah. Ini duk sibuk-sibuk nak sponsor kami adik beradik pergi Haji pulak. MashaAllah! Love you Bonda­čśş

Begitu juga adinda yang lain. Thank you juga my kekasih hati dunia akhirat yang tolong ambil order untuk satu pejabat, my adinda kesayangan Dr Aifaa yang tolong ambik order kawan-kawan di hospital. Faz yang tolong ambil order untuk satu sekolah. Kak Ain jiran sebelah yang tolong ambil order untuk satu pejabat. MashaAllah! #tooblessed Moga Allah limpahkan rezeki yang banyak, berkat, luas tanpa kesulitan buat mereka semua. 

Dengan tagline: Tak Cukup Sebalang! Memang sangat sesuai pun. Masing-masing pulun order berbelas balang. Alhamdulillah. Tahniah EMJAYS team kerana hasilkan sekut terbaik, sekut popular tahun 2017 dan berada di dalam kelas tersendiri #homemadepremium #kuihrayapremium #buatanbumiputera #adahalalJakim

Sekali order 15 terus.

After raya ni jika anda memerlukan hamper atau ingin jadikan buah tangan kepada staff or whatsoever feel free to contact me via email: azyyatiliah@gmail.com
In Sha Allah boleh bincang dan atur dengan baik :))

Lots of love,
Azyyati Liah #AzieJualSekut­čŹ¬

3 comments:

  1. ooo azie jual sekut juga? akk dah 2tahun mmg setia dgn SEKUT...akk bli dgn schoolmate... mmg tak pandang kuih lain dah! quality dia mmg meletop pom2.. sekut MUTIARA dia pnyaa lah lemak berkrimmmm.... hehhe. selamat ari raya azie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG! OMG! Seriousss akak pun beli sekut. High5 sikit! Cayalah akak. Akak memang pandai memilih :D

      Delete
  2. tak pernah cuba.. next raya boleh try la eh hehe..
    alhamdulillah rezeki.. bila kita minta insyallah Allah akan beri =)

    ps : kak.. nak duit raya =D

    ReplyDelete