@azyyatiliah

7 Tips Penting Perlu Buat Sebelum Naik Kapal Terbang


Assalamualaikum


Boleh Azie berkongsi? Khusus untuk individu yang pertama kali travel ke luar negara. 

Azie nak share 7 tips penting perlu buat sebelum naik kapal terbang. Tips yang ringkas :D

1. Semak status perjalanan di http://sspi2.imi.gov.my/

2. Ambil gambar dokumen perjalanan simpan sebagai backup dalam phone / simpan gambar ticket, e-ticket, gambar boarding pass, gambar baggage tags yang melekat pada boarding pass. Airline dan insurans perlu original copy jika sesuatu berlaku. Gambar tu nanti sebagai bukti. Sesalinan paspport, my card, travel insuran, bank card dll.

3. Elak letak barang berharga seperti duit cash, barang kemas, dokumen penting, laptop, powerbank dalam check-in baggage. Ambil juga gambar barang-barang kita letak dalam check-in baggage. Nanti kalau lost luggage pihak airline dan insurance mungkin mintak macam-macam. Kita siap sedia dulu. 

4. Ambil gambar beg sebelum travel sebagai rujukan. Bag tag juga. Amat berguna jika bagasi hilang. Letak tag yang ada contact details pada bag dan juga dalam beg (sebagai bukti beg itu milik kita).

5. Call bank untuk activate credit card (jika ada) dan debit card untuk transaksi luar negara. Mudah jika berlaku hal-hal kecemasan yang kita tak duga. 

6. Tidak bawa benda-benda tajam seperti gunting lipat, tweezer, pisau lipat dll. Cecair mesti kurang dari 100ml untuk bag yang dibawa naik ke kabin.

7. Tinggalkan sesalinan itinerary perjalanan kepada ahli keluarga terdekat. Jika ada hal-hal kecemasan mereka tahu tarikh tersebut anda berada di mana. 

8. Hai hai bye bye dengan ahli keluarga (yang ni tak perlu masuk list 😂 )

Itu sahaja travel tips kali ni. Sekian. Wassalam.




2 comments: