@azyyatiliah

#1 Umrah Penyucian Jiwa


Assalamualaikum semua penghuni Syurga!




Bila dengar rakan sepejabat bercuti pergi London, Paris, Korea 4 tahun lepas pernah cakap pada diri sendiri dan kawan-kawan rapat sepejabat. Tak mahu pergi luar negara dulu sebelum pergi Umrah. Tapi nampaknya ayat yang keluar dari mulut ni memakan diri kerana sudah terang lagi bersuluh pergi bersuka ria ke tempat lain dulu. Semua nya adalah gerak hati dan ilham dari Allah SWT. Siapa kita manusia untuk menidakkan. Kita hanya pandai berkata-kata dan merancang tetapi perancangan Allah SWT itu ada rahsiaNya tersendiri. Rupanya Allah masih belum jemput kita sebagai tetamuNya. 

Beberapa tahun sudah, pernah bagitahu Bonda, Azie mahu pergi umrah kerana mahukan sesuatu. Mahu submit doa pada Allah SWT. Bonda berpesan, tangguh dulu pergi umrah dan betulkan niat. Umrah penyucian jiwa. Niat pergi umrah adalah untuk BERIBADAH kerana Allah SWT bukan pergi semata-mata mahukan sesuatu. Betulkan niat.....pergi semata-mata kerana Allah SWT. Semata-mata kerana Allah! Sesungguhnya aku rasa diriku amat dhaif, jahil. Tiada ilmu pengetahuan. Mohon doa agar Allah SWT beri Taufik dan Hidayah-Nya.

Hari demi hari makin berlalu pergi. Tahun datang silih berganti. Tahun lepas hati mula terdetik minda mula tersedar. Utarakan hasrat pada suami. Pada ibu bapa. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar beliau menyokong 100%. Ibu bapa dan adik-adik juga nak ikut jejak langkah dah mahu pergi sama! Kami selalu berdoa mohon pada Allah SWT agar niat kami ke sana untuk beribadah diperkenankan oleh Allah SWT. Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Allah tidak pernah zalim pada hamba-hambanya. Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. Akhirnya tahun ini Allah memakbulkan doa kami dan orang-orang yang telah mendoakan kami terutama kedua ayahbonda. Akhirnya kami dijemput menjadi Duyufurrahman pada November 2016.

Sebenarnya tidak menyangka secepat November tahun ini. Kerana masih lagi dalam proses menabung. Pergi ke sana memerlukan belanja yang besar. Kami nekad pergi sana taknak catu-catu. Sebab Ustaz pernah bagitahu... kita sesekali tidak akan jatuh fakir jika keluarkan duit berhabis duit untuk pergi ke Baitullah. Malah Allah akan gantikan semula dengan rezeki yang lebih melimpah ruah! Uztaz cakap dulu dia nak pergi umrah siap gadai kereta untuk buat tambang. Sekarang ni, Allah bagi rezeki ustaz berpeluang berkali-kali pergi ziarah Kaabah siap boleh bawa mak lagi tiap-tiap tahun!

Bulan Ramadhan yang lepas, ada hamba Allah ni bagitahu nak taja pemergian umrah Azie. Jadi, setelah dikira-kira tolak tambah apa yang patut memang cukup untuk kami pergi tahun ini! MashaAllah Tabarakallah. Alhamdulilah. Makbul doa Ramadhan kami. Bukan itu saja, duit poket juga diberi sekali. Doa Azie moga Allah beri kemuliaan tertinggi untuknya, ampunkan dosa-dosa beliau, terlepas dari seksa kubur dan masuk ke Syurga paling tinggi darjatnya iaitu Syurga Firdaus Tanpa Dihisab. Allahuma Amiin. Setelah itu, semua urusan dari urusan mendaftar umrah, kelas dll menjadi sangat mudah walaupun suami berkerja di luar negara. Syarikatnya, kawan-kawan sepejabatnya, bosnya, clientnya sangat memahami walaupun berlainan bangsa dan agama. T.E.R.H.A.R.U Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Ya Allah.

Betullah, memang tepat apabila ustaz yang mengajar mengatakan jemputan untuk menunaikan umrah adalah jemputan dariNYA. Allah jemput sesiapa yang dimahukanNya. Tidak kira ia ilmuan agama, pendosa, pelacur, peminum arak, surirumah yang takda gaji, Allah jemput kerana ada kebaikan yang dilakukan. Allah mahu ampunkan dosa kita. Allah jemput kita kerana mahu sucikan jiwa kita. Daripada Ibn Abbas R.Anhuma katanya Rasulullah SAW bersabda: Iringilah antara haji dan umrah dari semasa ke semasa kerana kedua-duanya dapat membasmi keFAKIRan dan DOSA sebagaimana api menghapuskan debu besi".

Maka terpulang kepada kita sama ada untuk menyahut dan pergi ke rumahNya atau pun abaikan dan buat tak tahu. Jika kita sambut jemputan atau panggilannya;

لَبَّيْكَ اللّٰهُمَّ لَبَّيْكَ. لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ. اِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَاْلمُلْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ.

Hamba-Mu datang menyahut panggulan-Mu ya Allah, 
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, 
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu,
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. 
Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu. 
Tidak ada sekutu bagi-Mu.

Kita yang dah pernah sampai ke sana jangan pula pandang rendah kepada mereka yang masih belum menunaikan umrah. Kemungkinan ada yang tidak berkuasa dengan sendiri. Makna berkuasa di sini (ada tambang pergi/balik, ada bekalan nafkah, ada kenderaan pergi/balik, sihat tubuh badan, berkesempatan masa). Ada yang berkuasa tapi masih tidak pergi menunaikan umrah. Ini kerana ALLAH yang membuka pintu hidayah kepada sesiapa yang DIA mahukan... kita bantu dengan berdoa untuknya.

1 Disember 2016, ayahbonda dan adik-adik pula akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Moga semua urusan mereka dipermudahkan. Ya Allah jagalah mereka untukku. Moga diberi kesihatan yang sempurna buat mereka. Moga mereka memperoleh umrah yang maqbullah dan mabrur. Aamiin Allahumma aamiin yaa kariim.. asalnya mahu berangkat bersama, tetapi Perancangan Allah itu Lebih Sempurna dan hanya Dia Yang Lebih Mengetahui.

Salam kasih sayang,
Azyyati

Entry yang berkaitan dengan Umrah Bersama Andalusia November 2016;



No comments:

Post a Comment