@azyyatiliah

Resepi Daging Goreng Kunyit Noxxa


Assalamualaikum,

Siapa ada periuk Noxxa. Angkat tangan! Mak-mak generasi mak kita, mak-mak banyak anak, mak-mak yang sibuk dengan karier, mak-mak suri rumah mesti jatuh hati berganda-ganda dengan periuk Noxxa dari Amway. Azie beli dengan harga RM6XX.

Noxxa ni sejenis pressure cooker yang very the popular di kalangan cikgu-cikgu sekolah yang akhirnya menular ke seluruh pelusok pejabat. Noxxa memang mudah dan ringkas nak guna. Proses memasak jadi laju. Masak nasi 7 minit. Masak nasi impit 15 minit. Masak daging kunyit 17 minit. Tak sempat nak ngulor. Siapa yang tak suka kan. Jimat masa kat dapur. Lagi-lagi yang perlu masak dalam portion yang banyak. Lepas ni takdelah mak-mak kita ada lengan awie :p


Aidiladha aritu try masak daging korban goreng kunyit guna Noxxa. M E M A N G  B E S T! Tak payah pumpampumpam bunyi sudip kacau daging dalam kuali sampai air kering! Phew. 

RESEPI DAGING GORENG KUNYIT NOXXA

Bahan-bahan Tumis

5 biji bawang besar saiz sederhana - dihiris
20 ulas bawang putih - dihiris (Azie guna chopper Cosway beli guna kupon + RM10. Eh dah siap chop 20 ulas!)
8 inci - halia dihiris
3 - 4 sudu olive oil untuk menumis

Bahan-bahan lain

2kg daging - dipotong kecil
6 biji bawang besar saiz besar - dipotong bulat
4 biji cili merah - dihiris serong
4 biji cili hijau - dihiris serong
Garam & gula secukup rasa
Serbuk kunyit

Cara penyediaan:


1. Daging dipotong kecil


2. Gaul daging dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 30 minit


3. Masukkan minyak dalam inner Noxxa. Tekan fungsi STIR FRY. Tekan ON. Tidak perlu tudung periuk. Bila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tumis. Tumis sehingga bawang dan halia naik bau dan berubah kekuningan. 

4. Masukkan daging perap. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Azie masukkan air daging yang keluar masa perap tadi. 

5. OFF STIR FRY. Tudung periuk. Tekan fungsi HIGH PREASSURE 17 minit. Putar tombol ke arah PRESSURE. Tekan ON.

6. Tak sempat nak mandi, periuk dah berbunyi, putar tombol ke arah STEAM. Biar sehingga wap habis dibebaskan. Buka tudung dan kacau rata.


7. Daging dah empuk. Perasakan dengan garam & gula. Tekan fungsi STIR FRY dan ON. Biar kuah kering sedikit.


8. Tak perlu tudung periuk. Kemudian masukkan bawang dan cili potong tadi.


9. Bila dah masak OFF STIR FRY. SIAP! Yay.

Bila semua orang cakap sedap. Kembang kempis hidung. Padahal goreng kunyit je pon. Terus godek-godek cari resepi sup tulang daging gearbox Noxxa!


2 comments:

  1. waalaikumussalam Azzy. Lynda tak de noxxa ni.. Masih berkuali je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lynda,
      Takpe Lynda memang power bab masak memasak!

      Delete