@azyyatiliah

Nota Untuk Adik Bongsu


Salam Jumaat everybodyyyyehh!


Tengok gambar mesti tau dah nak cerita pasal apa kan


Hai you pembaca baru. Macihh sudi singgah. Jadi nak kena clarify yang sis ni kakak sulung kepada 4 adik beradik yang kesemuanya wanita anggun melayu terakhir. Ahaksss. Nota ini adalah buat adik bongsu sis yang berumur 25 tahun. 


Akhirnya kerja keras adik bongsu selama 5 tahun berbaloi. She passed her medicine exam with flying colours. Congratss sis! Nampak muka berbaloi-baloi di situ. 


Kakak tau nak pass satu sem pun semput tapi dia boleh dapat distinction. Bukan sekali tapi sembilan kali. Kakak salute. Nak dapat distinction pun kena lecturer yang nominate dulu. Then ada exam khas pulak. Kalau pass, baru dapat distinction. Semua kerja kerasmu, komitmenmu pada pelajaran begitu jitu. Ya..parents dan adik beradik semua nampak itu. Disebabkan achievement yang membanggakan itu, adik bangsu ini yang nyata lebih tinggi dari kakaknya.. deserve to have a blog entry dedicated to you. Hiks.


Adik ke-3 kakak tak berpeluang nak menyaksikan dengan mata kepala sendiri sesi Oath Taking Ceremony sebab kakak tak dapat cuti. Kakak nak cuti sehari pun kena bergaduh dengan bos. Cuti 25 hari setahun tu memang untuk dipandang sepi setiap tahun. Alhamdulillah adik bongsu kakak dapat pergi. Jadi kakak puas hati!


Matrikulasi 2 tahun di UIA. Sambung lagi 5 tahun belajar medicine, ya...katanya belajar 5 tahun sangat penat. Puas dah dia belajar. Kawan2 yang lain belajar 5 tahun dah dapat Masters dia baru nak grad. Tak sabar dia menanti hari ini, di mana terlepas semuaaaa beban di bahu. Amanah JPA, amanah ibu bapa, amanah keluarga telah dia tunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar dengan usaha terbaiknya. 


Oath-taking is an act of making a promise and a vow. Terasa sebaknya berada dalam dewan ni mendegar setiap bait ikrar mereka 'The Oath of a Muslim Physician'. Mendengar setiap bait ucapan Dean kuliyah mereka, Prof Dr Azmi Md Nor. Sebelum tu, kami semua tetamu diberi talk tentang Intoduction to Clinical Life. Interesting!


Terima kasih kerana membanggakan ayahbonda. Alhamdulillah.


Her study group


Kakak tahu semua excited. Tahniah.


Sepanjang satu hari kakak di sisimu bejumpa kawan-kawanmu mereka panggil kamu Best Student. Clearly you inspired your friends a lot. Inspired them to move forward. You inspired them to become a real students. You inspired them to study harder and smarter. Cuma rezeki tidak berpihak kepadamu. Student luar negara pulak yang dapat. But it's ok dear, kamu beri saingan sengit pada dia. Paling penting kamu tetap best student di hati kawan-kawanmu, di hati keluargamu. Tutup buku 5 tahun ni..buka buku baru untuk kariermu. Kakak tahu kamu akan jadi seorang doktor yang baik. Lihat dari caramu consult pensakit..kakak tau tuuuu...


Malas kakak nak bebel panjang lebar.

Last but not least

Happy Graduation Day to Kulliyyah of Medicine IIUM Batch 15th Avant Garde!

Next, jom holiday ke Bangkok!


No comments:

Post a Comment