@azyyatiliah

Nasi Kukus Dapur Mama & Gio Mall


Salam Khamis untuk semua. Bangun pagi mandi pakai lawa-lawa siap sedia untuk travel pergi Kuantan dengan Bonda. Abah selamat dah balik kampung. Perancangan ini sebenarnya sungguh last minute. Nasib lah memandu dari Seremban ke Kuantan hanya 3 jam (ikut jalan Muadzam). Jalan Muadzam tu pulak pagi-pagi biasanya lengang tak banyak kereta. Jadi boleh pecut laju sikit. Heeee. First time nak memandu jauh lepas buat operasi LASIK RiLex SmILE di Klinik Prof Muhaya. Bolehlah nak uji ketahanan dan ketajaman mata.


Alhamdulillah selamat sampai destinasi dituju. Lepas adik bongsu ambik Abah di bus station kiteorang janji jumpa di Nasi Kukus Dapur Mama. Okey abah ni minat betul dengan Nasi Kukus Mama. Asal pergi atau lalu Kuantan, jangan harap dapat makan kedai lain. Mesti dia tuju sini jugak. Hiks. Selama 5 tahun adik bongsu di IIUM Kuantan, selama 5 tahun tu jugakla pergi Kuantan mesti makan Nasi Kukus Mama. Huhhh loyal sangat! Kalau ada membership patut dapat reward dah. Lepas ni tak pasti bila lagi boleh pi Kuantan. Ini kira makan buat kali terakhir. Heeeee.


Alamat: 36, Jln IM 6/7, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia

Menu dalam bentuk set ala-ala KFC. Jika pilih set include air. Jimat. Pilihan ayam pulak ada ayam berempah, ada ayam masak merah. Kuah dia memang meruntun kalbu. Sambal belacan dia pulak menggigit jari. Kombinasi mantap orang kata. Kedai Nasi Kukus Dapur Mama dari kedai kecik sampailah jadi bangunan 2 tingkat masih setia kiteorang makan di sini. Lokasi Nasi Kukus Mama bersebelahan dengan Hotel Sri Manja. Kiteorang check-in 2 bilik di situ je. Harga pun murah dan berpatutan. Dekat dengan IIUM. Dari segi rasa dulu lebih enak, kick dan menyerlah. Sekarang ni bila makan feel nya dah berkurang. Bau kat tangan tetap melekat sampai petang. Pelanggan yang datang memang ramai. Kalau peak hour tengahari tu huiiii memang ketibas (ketiak basah) la jawabnya beratur dalam kedai dengan berebut tempat duduk.


Dulu nak makan mango cakes kena pergi KULAKES. Pertama kali makan mango cakes di Kuantan la. Lazat nikmat berkrim rasanya. Memang sedap! Sekarang tak perlu pergi KULAKES. Naik je second floor wallaaaa dah ada mango cakes. 2nd floor lebih aman damai. Lebih sejuk. Hilang terus ketibas tadi. Orang pun tak ramai. 2nd floor konsepnya lebih kepada cafe hipster. Boleh je nak angkut nasi kukus bawah tu makan di atas. 

Gendang gendut tali kecapi kenyang perut senang hati. Isipadu perut dah penuh. Sekarang ni nak pi penuhkan isipadu kereta pulak. Pergi hostel.... muat barang-barang yang masih ada dalam boot kereta. Dah bawak 2 kereta pun masih banyak barang-barangnya. Next, check-in hotel, solat pastu start merayap di Gio Mall. Kita tambah lagi muatan kereta. Adik Bongsu ni nampaknya sejenis yang bukan kaki shopping. Duduk di Kuantan tak boleh nak banyak kerenah. Makan pun tapau dalam hostel. Gio Mall tu padahal sejengkal je dengan IIUM namun dia berjaya menahan nafsu nafsi dari bershopping. Syabassss betty! Buktinya bila si kakak ni tolong kemas lemari, tah fesyen baju zaman bila lah yang dipakainya. Alahai sis. Patut le duit JPA 5 tahun macam tak luak. Curi-curi tengok dalam buku Tabung Haji duit berkepuk-kepuk. Belanja kakak Bella Ammara plisss....ahaksss!


Pergi Gio Mall, kakak ni pulak yang sakan shopping. Opsssss! Apa ada dalam Gio Mall ni? Gio Mall ni merupakan Muslimah Fashion Mall pertama di Malaysia. Maknanya butik muslimah aje yang ada. Antara butik yang ada; Bella Ammara; Jubah Souq; Rina Salleh; CATTLEYA; Benang Hijau; Modvier; By Fatin Suhana; Siti Khadijah; Minaz; Sugarscaft. Untung rakyat Kuantan tak perlu pergi jauh-jauh sampai Bangi atau Shah Alam untuk dapatkan baju-baju muslimah. Semua di bawah satu bumbung dan siap aircond lagi. Tak perlu berpanas keluar masuk butik macam di Bangi atau Shah Alam. 

Cuma jenama butik yang ada dalam Gio Mall ni terhad. Masuk dalam Minaz ada beberapa helai baju tergantung di rak seolah-olah asal ada baju. Memang boleh bilang dengan jari. Bila tanya raya collection, kata mereka tak restock dah. Aik sehari sebelum tu baru pi Minaz Bangi. Ada pulak restock raya collection di sana. Ooooo baru tau tak standard rupanya SOP setiap butik. Masuk dalam Modvier, taktaula mana satu staff mana satu pembeli. Nampak macam sorang je staff di kaunter. Bila tanya, jawabnya 'sis, staff yang berbaju hitam'. Ok tak nampak seorang pun melainkan di kaunter. Huhu. Whateverla. Cuma pembeli ni kehulu kehilir cari orang nak tanya size. Last resort kaunter je la. Modvier Kuantan boleh tahan juga besarnya. 

Sudahnya shopping dalam Siti Khadijah & Benang Hijau sebab mereka yang jaga butik situ memang first class. Alang-alang dah jumpa Siti Khadijah kita belilah apa-apa yang patut untuk persediaan bulan November nanti. InshaAllah.

Info lanjut seperti di bawah;

Instagram: @giomallofficial
Facebook: giomall
Website: www.giomall.com.my
Email : giomallofficial@gmail.com
Contact : 09 5158058
Address : Gio Mall Kuantan, No. A91, Jalan Tun Ismail, Off Jalan Bukut Sekilau, 25000 Kuantan, Pahang
Opening hours: Everyday (10am - 10 pm)

2 comments:

  1. azy..nasi kukus my mama ni mmg favorite kita wak. makan tahun lps masa turun site kat kuantan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheima,
      Eh..eh..eh..macam kenal je. Awak baca belog kita? Malulah macam ni
      *nyorok belakang pintu*

      Delete