@azyyatiliah

Selesai Misi Ramadhan 1437H


Assalamualaikum dan Salam 8 Syawal!

Hai semua. Still in Eid mode, silent readers? Me too. Selamat tinggal Ramadhan 1437H. Cepatnya Ramadhan berlalu pergi. Masih bersisa rindu pada suasana Ramadhan. Pejam celik pejam celik harini dah 8 Syawal. Tak sempat nak buat banyak entry masa Ramadhan. Masa terlalu singkat. Syukur sangat sebab misi Ramadhan 1437H kali ini berjaya diselesaikan. Semuanya dengan izin Allah jua. Nak tahu ke apa misi Ramadhan kali ni? 

Sibuklaahhhh korang ni. Ok mehla nak share. 

Misi 1: Iftar bersama keluarga tersayang

Air tangan bonda adalah juadah berbuka yang terpaling sedap di dunia
.
.
.
Misi 2: Balik kampung dan iftar bersama ayahbonda tersayang

Rojak dan nasi ayam adalah menu signature bonda di Besut. Kuah kacang tu paling perfect di dunia ;)
.
.
.
Misi 3 : Khatam Al-Quran

Lama sangat dah tak khatam Al-Quran. Selalu tak berjaya habiskan dalam sebulan Ramadhan. Sobs. Alhamdulillah tahun ni Allah permudahkan dan doaku dimakbulkan *nak nanges*
.
.
.
Misi 4 : Luangkan masa dan Iftar bersama keluarga besar suami

BERTUAH teramat sangat dapat berkasih sayang dengan keluarga besar suami. Antara anugerah terindah dalam hidupku ;)
.
.
.
Misi 6 : Masak juadah iftar setiap hari

Satu pencapaian yang baik Azie! Keep it up. Hiks.
.
.
.
Misi 7 : Selesaikan amanah yang diberi

Misi menghantar sekut-sekut raya sebelum Aidilfitri 2016

Hantar semua sambal sreng sebelum Aidilfitri 2016. Pernah try tak sambal jawa berapi paling samseng abad ini? Sambal Sreng Wak Nang.
.
.
.
Misi 8 : Sedekah sebanyak yang boleh;) Jangan lupa sedekah kepada ibu bapa dan adik beradik sekali. Sedekah tak semestinya dalam bentuk duit.
.
.
.
Ok tu je. Next entry kita adalah misi shopping raya! #throwback Salah satu sunat di pagi raya adalah pakai pakaian baik/baru. Jadi nak tak nak kita kena juga shopping raya.
*baru ada masa nak update*

7 comments:

  1. banyak misi selesai. ALhamdulillah. Tahun ni, Linda tak khatam AlQ. Allahurabbi teruk rasanya diri ini !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda,
      Takpe. Jangan sedih. InShaAllah panjang umur kita jumpa lagi Ramadan tahun depan.

      Delete
  2. seronoknya dapat khatam Quran dalam masa sebulan ;) tak tercapai hari tu. perut dah besau ni, asyik nak terlelap je. lepas sahur pun boleh lelap jap menunggu subuh . -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy Cici,
      Haa baru tahun ni berjaya tau setelah lama mencuba. Tue yang sebak sangat tu. Takpe tahun depan ada lagi :)

      Delete
  3. assalamualaikum. bru follow awk. rasa mcm sedap je biskut tu. btw selamat ari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harnani,
      Done follow awak juga. Nampak banyak perkataan Japan. Wishlist tahun depan tu. Nak bacaaaaa ;)

      Delete
    2. Oh sekut-sekut tu...ada masa boleh cuba nanti. Eid Mubarak to you too :)

      Delete