@azyyatiliah

Nak Nasi Arab Kabsah Mudah & Ringkas?


Throwback 2 Syawal 1437H,

Harini masak nasi arab! Kita masak nasi Arab Kabsah guna rempah umi buat sendiri. Easy peasy. Ini sangat diakui oleh Bonda. Kalaulah macam ni setiap hujung minggu boleh masak nasi arab! Tidak pernah terfikir nak masak nasi arab sendiri di rumah. Tak reti nak adun segala rempah ratus tu. Kalau kat Seremban nak makan nasi Arab pergi je Damsyik. Kalau di Shah Alam start kereta pergi je Aroma Hijrah. Selesai masalah. Tapi sila sediakan wang lebih kalau nak makan 10 orang. Hiks.

Dahla sedap menjilat jari. Mudah, ringkas dan cepat siap betul nasi arab kabsah guna rempah Umi ni. I like sangat.

Inilah rempah nasi arab yang kiteorang guna. Korang pun kena ada stok kat rumah rempah ni. Highly recommended.

Beras ni 400g. Sekali masak boleh untuk 5-6 orang sekali makan. Bonda tambah lagi 1 pot beras basmathi. Jadi kiteorang berenam dapat tambah menambah dengan jayanya. Dalam sepaket ni ada rempah kasar dan rempah halus. 

Sapa nak try? Aritu balik kampung ambik 10 pek je. Lepas 2 hari langsai dirembat orang kesemua 10 pek. Boleh PM azie nanti.

Bonda masak guna periuk Noxxa. Ikut je step 1,2,3 & 4 seperti di pek pembungkus. Set kan high preassure. Tekan 5 minit. Then siap! Style nasi arab kabsah umi ni ayam buh sekali dalam nasi. Tak seperti sesetengah rempah nasi arab yang lain..ayam kene rebus, panggang dan macam2lah. Agak leceh disitu. 

Sementara tunggu nasi masak, siapkan acar seperti biasa. Timun dan lobak dipotong dadu. Potong sikit bawang besar dan cili. Jangan lupa hirisan daun ketumbar. Resepi Sos Sallatoh pulak kisar tomato, cili merah, batang ketumbar, gula, garam & perahan lemon. Ada sesetengah kedai nasi arab panggil acar sebagai sallatoh dan sos merah tu sebagai sos harrah. Terpulang ;)

Siap semua untuk dihidangkan. Perhhh memang mudah yang amats buat nasi arab macam ni. Tak sempat nak keluar peluh kat dapur. Hehe.

Jangan jeles. Terima kasih Umi. Sangat memudahkan. Semua anak2 umi pass cemerlang buat nasi arab. Hahaha.

6 comments:

  1. peeergh.. sedap ni. buat sendiri pulak tu..

    ReplyDelete
  2. betul tuuuu.. bila buat sendiri hari2 pun boleh makan !!! tinggal rajin ngan tak je nak buat hehe..

    ReplyDelete
  3. menggodanya >,< selalu makan kat kedai mesti tak puas.

    ReplyDelete
  4. mcm mana nak beli rempah nasik arab tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sue,
      Check it out di facebook.com/dapursitisidi

      Delete
  5. alamak. tiba-tiba rasa nak masak lagi skali. paket yang ambil kat rumah haritu habis dah haha

    ReplyDelete