@azyyatiliah

Genting Rewards Room Giveaway 2016 | First World Hotel



Tidur hotel FREE? Tiba-tiba terdetik dalam sanubari best jugak kalau semua benda dapat FREE atau tajaan je. Hiks. Rezeki dapat free stay di First World Genting Resort sempena Genting Rewards Room Giveaway 2016. Tapi tak perlu nak excited sangat. Mentang2 Genting sekarang under major renovation, senang hatilah nak bagi free stay. LOL. Cuba dah siap semua nanti. Tah2 masa tu hotel berlumba-lumba dok pakat naik harga.

Orang dah bagi kita terima dengan berlapang dada. Boleh fefeling honeymoon dengan suami. Boleh la flashback 8 tahun lepas masa mula-mula lepas kahwin, PRE Honeymoon di sini. Ada rezeki boleh honeymoon sekali lagi sebelum suami mula fly bekerja di tempat baru. Macam biasa kalau bilik free, hotel di Malaysia memang berkira. Tak boleh check in hari Sabtu. Jadi kiteorang Check-in hari Ahad. Isnin pagi Check-out. 

Jalan ke Genting Highlands

Express Self Check-In Kiosk

Jam 1 tengahari baru macam tu baru gerak dari rumah. Waktu check-in di First World Hotel Genting Resort adalah jam 3pm. Nak check-in tak perlu pergi kaunter. Ada kiosk 'Express Self Check-In'. Sila check-in sendiri. Konsep First World Hotel dah macam ala-ala company flight tambang murah. Nak check-in awal (6.00am - 3.00pm) sila tambah RM5. Nak bilik mountain view, near lift tambah lagi RM5. Nak minta khidmat bell counter angkat luggage kena charge RM20 per luggage. Nak trolley charge lagi RM20 per trolley. Haa macam tu. Yang FOC adalah type of room beddings and request non-smoking floors. Suami yang bijak pandai tak pergi check-in di aras yang dibenarkan merokok. Bila dua-dua non-smoker patutnya requestla non-smoking floors. Natijahnya keluar bilik je rasa tak best. Siap ada pulak merokok tepi tong sampah. Pastu tourist yang datang dari negara China agaknya buat macam kampung halaman sendiri. Bergelak ketawa, pakai boxer tayang2 badan duduk di pintu bilik, lepak kat tepi tingkap lift dengan seluar pendek beramai-ramai tanpa berbaju, laung dari bilik ke bilik, berlari pulak anak-anak kat luar bilik terjerit-jerit. Mulalah rasa nak bertukar jadi DRAGON!

Standard Room. Dah bertukar jadi manusia semula ^_^

Genting Tahun 2017

Malam lepas Maghrib baru keluar nak tengok apa yang menarik. Ada yang menarik di sana? Nadaaaa~ bosan + sangap jugakla kami di Puncak Genting tu. Pusing-pusing lepas 10 minit patah balik tempat sama. LOL. Stay at home lagi best agaknya. Hahaa. Macam banyak tempat ditutup. Persembahan yang tengah berlangsung di Arena Of Stars ialah Ultraman. Puas dah tengok Ultraman zaman kecik dulu. Dah tua-tua ni tak rasa nak tengok. Hiks. Lainla kalau ada budak-budak. Boleh jadi teruja lain macam. Outdoor memang tutup sepenuhnya. Indoor theme park pun banyak tutup. Mujurlah ada persembahan-persembahan menarik di pentas utama dalam Indoor Theme Park. Antaranya tarian melayu sempena Aidilfitri. Tiba-tiba berkumandang lagu Aida Jebat 'Pencuri Hati' dan dancers pun bertukar baju dan rancak menari. Eh? Dasyat. Tourist tenganga-nganga tengok dancers menari. LOL. Last but not least ada magician keluar buat silap mata.

Kemudian suami tanya, kita nak dinner apa malam ni? Persoalan tu kubiar tanpa jawapan. Sebab restoren apa je yang masih beroperasi dalam ni. Survey punya survey yang ada Kenny Rogers, Marrybrown, McD (kena menapak). KFC tutup renovate. Nyonya Colors ada. Akhirnya makan Marrybrown sahaja.

Esoknya, Isnin pagi seawal jam 8.00am dah check out. Waktu check out First World Hotel ialah jam 11am. Untuk check out kena pergi ke Kiosk Check out. Punyalah tak sabar nak balik rumah 'Home Sweet Home'. 

Pemandangan waktu pagi

Suka sangat jalan tak jem di Gombak sebab bertentangan arah. Lorong sebelah jem berkilometer sebab lori terbabas dan langgar 2 buah kereta melintang jalan. Hatiku berbisik, pukul berapalah agaknya depa ni sampai ofis. Hihi.

Tak payah nak sibuk. Balik rumah qada balik tidur sebab malam tadi tak dapat tidur tilam keras!

5 comments:

  1. Wah.. Bestnya... Boleh ajak hubby nnti... Second honeymoon... Hihi..

    Btw, Cikla singgah jenguk2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh sila jangan pergi sekarang pliss. Pergi tahun depan bila dah complete renovation.

      Delete
  2. lama gile x kesini ....rindu zaman ms bekoje kat sini tahun 2005 heheh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah putih gebu la hari2 kerja tempat sejukkkkkk

      Delete
  3. Macam mana nak dapat FREE ya. hihih ... nak jugak

    ReplyDelete