@azyyatiliah

Iftar Kemanusiaan Perdana | The Space Grand Ballroom Bukit Jelutong Shah Alam


Salam Jumaat dan Salam 5 Ramadan


Banyak kali dah pergi Space U8 Eco Mall Bukit Jelutong ni. Biasa ke sini untuk tengok movie-movie baru yang terhangat di pasaran. Kali ni sekali lagi ke Space U8 bersama suami. Tapi hadir untuk memeriahkan Majlis Iftar Kemanusiaan Perdana bersama Migran Syria bertempat di The Space Grand Ballroom, Bukit Jelutong, Shah Alam. Terima kasih kerana sudi jemput. 

Eh,eh,eh kat Space U8 ada Grand Ballroom? High five. Samalah kita. Baru semalam tau rupanya ada grand ballroom. Lepas raya ni mak abah area Shah Alam yang kawasan rumahnya terhad takda tanah lapang nak muat 12 khemah....meh buat wedding di The Space Grand Ballroom Shah Alam. Pakej kahwin RM9,950 (500pax) untuk resepsi di dewan.

Majlis Iftar Kemanusiaan Perdana bertemakan IBADAH KITA KEGEMBIRAAN MEREKA menekankan aspek kemanusiaan di Syria dan Palestin. Merupakan kolaborasi antara The Space Grand Ballroom Shah Alam dengan badan NGO yang terlibat secara langsung menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin & Syria iaitu  Humanitarian CARE Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan panggilan MyCARE. 



MyCARE NGO berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM). Tagline MyCARE: 'Nurturing Humanity, Making a Difference'. Tanpa kita sedar dah 6 tahun MyCARE beroperasi. Sebanyak RM70Juta telah disalurkan kepada saudara-saudara yang memerlukan di lebih 18 buah negara. Masha Allah! Banyak dah tu. Korang ada menyumbang sama tak?


MyCARE mempunyai 6 agensi iaitu;
Aqsa Syarif (Isu Palestin)
4SYRIA (Isu Syria)
Rose2Rose (Wanita & kanak-kanak)
NICE (Nusantara Care)
PACE (Palestine Centre of Excellence)
Salam Iraq (Isu Iraq)

Turut menyokong program ini Katering Enak Rasa, kumpulan nasyid Saff One dan portal komuniti Islamic Events. The marvelous nasi arab untuk meja bloggers malam tadi disediakan oleh D'Arab Station. Memang terbaik nasi arabnya. Korang pun nak rasa jugak? Pi cari di Food Court Bank Islam di Menara Bank Islam, Jalan Perak & Restoren Alam Damai.

Iftar Kemanusiaan Perdana ini berlangsung di

Lokasi & Alamat:
The Space Grand Ballroom
A1-1-G, Space U8, No. 6, Persiaran Pasak Bumi
Taman Bukit Jelutong, Seksyen U8
40150 Shah Alam, Selangor

Kredit: IG @thespace.shahalam

Tarikh / Jadual Iftar Ramadan:
1 Ramadan 1437H ( 6 Jun 2016) ke 27 Ramadan 1437H ( 2 Julai 2016)

Harga Pakej:
Harga RM58 untuk dewasa
Harga RM30 untuk kanak-kanak berumur (5-12 tahun)

Korang nak diskaun 10% tak?
Masa buat tempahan just mention URL blog ni -> azyyatiliah.blogspot.my


Ada lebih 100 juadah menggiurkan perut dah menanti anda 


Kambing golek pun ada.
.
.
Nah lihatlaaaahhhh juadah yang bisa menggetarkan tulang rusuk orang berpuasa



Menu di Buffet Ramadan Majlis Iftar Kemanusiaan Perdana - Katering Enak Rasa

Tengok lauk pauk pun dah telan air liur berkali-kali. MashaAllah sedap-sedap lauk-lauknya. Sampai habis lauk dalam tray. Azie pun tak sempat rasa 100 juadah tu. Dapat rasa sikit-sikit je. Jadi Azie rasa harga buffet Ramadhan di The Space amatlah berpatutan. Berbuka sambil menderma. Majlis berbuka pula penuh pengisian. Moga-moga kita semua turut mendapat barokahnya. Berbaloi-baloi lah...Alhamdulillah kenyang perut berbuka hari ni ^_^

Lepas berbuka terus Solat Maghrib di Surau An-Nur (keluar ballroom naik escalator belah kanan terus nampak surau). Suraunya pun Masha Allah lapang dan luas. Kapasiti surau lelaki maksimum sehingga 400 orang. Manakala kapasiti surau perempuan maksimum sehigga 250 orang. Jadi tak payah risau nak berebut telekung atau beratur bersesak-sesak macam shopping mall lain. Dijamin anda boleh solat dengan tenang.

Lepas Solat Maghrib boleh sambung-sambung makan dan tengok pameran tetang kemanusiaan di Palestin dan Syria, ada ceramah tentang kekejaman yang berlaku di Palestin dan Syria. Kalau dengar cerita semalam memang sedih dan tak dapat nak bayangkan macam mana mereka ni (migran Syria) terutama kanak-kanak hadapi keadaan perang. Syukurlah Malaysia masih aman damai kan.


Telinga dijamu pula dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Saff One , Brothers dan lain-lain. Pengisian yang menarik bukan?

Kalau nak taja anak-anak yatim dan asnaf pun boleh. Taja 1 Meja (10 orang) adalah RM580. Penganjur akan tetapkan tarikh dan dapatkan golongan anak yatim dan asnaf ni. Penaja akan dapat sijil penghargaan beserta gambar anak-anak yatim berkenaan (dihantar pada bulan Syawal nanti).

"Barang siapa memberi makan orang berbuka puasa akan mendapat ganjaran seperti orang berpuasa" 
maksud hadis riwayat Imam Tarmizi

Sedikit dari kutipan tiket akan disumbangkan ke tabung bantuan kemanusiaan MyCARE. Dana yang diperoleh akan disalurkan ke tabung kemanusiaan khususnya;

Tabung Kemanusiaan Aleppo (Syria)
Tabung MyINTIFADA (Palestin)
Tabung Penajaan Anak Yatim (Palestin & Syria)


Gambar-gambar sekitar majlis semalam




Meraikan migran Syria yang baru tiba di Malaysia. Mereka ditempatkan sementara di apartment di Setia Alam, Shah Alam

Kanak-kanak Syria memang terkenal dengan kecomelan, kecantikan dan kekacakan mereka. Tengoklaaahhh..too cute to handle

Nasi Arab disediakan oleh D'Arab Station. Nasi Arab tiada dalam menu tau. Nasi Arab disediakan malam ini SAHAJA untuk meraikan migran Syria




MyCARE mensasarkan kutipan sekurang-kurangnya RM100,000.00 melalui program ini. Jom beri sokongan dan bantu mereka.........

Untuk Maklumat Lanjut Hubungi Tel/Whatsapp :
Firdaus: 013-366 5487
Basma: 019-250-7770
Shakira: 012-214-5770
Amira: 010-272-1078


3 comments:

  1. alaa comelnya budak tu. mintak mintak terkenan tang mata >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiiiii bulu mata dia panjang sejengkal. Ok tipu. Yang penting memang lebat dan lentik. Orang kata kalu nak terkenan kena tengok hari2... =)

      Delete