@azyyatiliah

2 Hari Di Utara


Assalamualaikum semua. Tiba-tiba Bonda call. "Ibuabah nak pergi Taiping jalan-jalan cari makan sebelum puasa. Nak ikut tak?". Tawaran itu sangat menarik untuk ditolak bukan. Hehe. I on je. Ajak suami. Suami kata pergilah. Dia takleh nak follow. Kalau follow kena cuti 2 hari pulak. Nak simpan cuti untuk bermusafir hujung tahun ni. Cuti hujung tahun suami dah lulus. Alhamdulillah. Pheww. 

Sebut pasal travel...AIR ASIA offer FREE SEAT baru-baru ni. Wahai kaki travel, korang sempat beli? Kami tak sempat. Lepas Subuh baru nak check, tengok tiket yang kami nak pi tu dah tak FREE SEAT. Bye. Bye jela. Tunggu offer lain. 

Patah balik cerita Taiping. Taiping ni plan asal nak naik ETS. Tapi plan bertukar jadi naik kereta. Macam kesian pulak tiga orang nak naik ETS. Lagi-lagi dua orang tu dah bertukar status jadi warga emas. Biorlah naik kereta. Lebih selesa dan senang nak kemana-mana. Lagipun Seremban - Taiping 4 jam je. Adik perempuan ku selamba je ulang alik drive 4 jam dari Taiping - Seremban sorang-sorang. Bulan pose lagi. Takkan ku tak boleh kot. Hiks. Akhirnya bukan ku yang drive, ku tidur ternganga-nganga je kat belakang. Propa sangat.

Pit stop pertama kami di Utara ialah Kuala Kangsar. Melencong melawat rumah BFF Bonda. Lama sangat tak jumpa Cik E. Jumpa dulu masa kecik2. Kali ni ada rezeki bertemu kembali. Alhamdulillah. Kat Kuala Kangsar Cik E masak hidangan tengahari. Paling istimewa sebab ada ikan belanak masin. Seumur hidup pertama kali rasa ikan belanak. Sejenis ikan laut. Makan dengan kari ayam dan sayur pucuk paku goreng...Haihla bertambah nasi masing-masing makan. 

Next Cik E bawa kami ke Syamille Agro Farm Sdn Bhd. Orang Kuala Kangsar mesti tau tempat ni kan. Syamille Agro Farm Sdn Bhd sebuah resort persendirian, ada restorennya sendiri dan paling istimewa ada MA'HAD TAHFIZ ANNURI. Resort ini terletak di Mukim Chegar Galah, Kati, Kuala Kangsar. Lebih kurang 14km dari tol Kuala Kangsar. Dan di tanah persendirian ini juga ada perusahaan madu kelulut. Itulah tujuan sebenar. Nak beli madu kelulut.

Syamille Agro Farm Resort dan Restoren Syamille. Talapia Ori dari sungai.

Syamille Agro Farm Resort

Kayu landasan kereta api

Boleh tahan cantik resort di sini. Senibina resort di sini berasaskan batu dan kayu. Lebih unik kayu landasan keretapi tu depa guna untuk buat resort. Kalau korang sukakan alam semulajadi, suka binatang, sukakan ketenangan meh menginap di sini.  Landskapnya memang cantik dan eksotik. 

Sarang Lebah Madu Kelulut

Madu kelulutttt

Kat sini korang boleh tengok rumah madu kelulut dengan lebih dekat. Selain tu ada kolam yang banyak dengan ikan Talapia. Huiii...sedapppnya kalau dapat makan ikan bakar nih. Ada juga kandang rusa. Pokok buah-buahan jangan cakapla...ada pokok durian weh. Bukan tu je, di hujung resort ada sungaiii....alam semuladinya sangat indah dan tak terusik. Selesai shopping madu gerak ke hentian seterusnya. Btw harga madu kelulut 1L RM125. Huiii berbotol-botol ayahanda borong. Terus tapau sebotol. Maceh ^_^

Harga madu kelulut asli 400g RM63. Rasanya masam-masam kelat okeyy. Bunga kat sini masam2 agaknya.

1 liter madu kelulut harga RM125. Seorang ilmuan pernah beritahu yang kalau nak beli madu, jangan beli madu made in Iran, Arab Saudi, Australia dll. Madu di sana sesuai untuk orang di sana bersesuaian dengan iklim & cuaca di sana. Orang Malaysia carilah madu yang made in Malaysia. 

Then perjalanan diteruskan. Next pit stop adalah rumah makteh di Sg Petani. Makteh pun siap masak macam-macam. Pecal ada(uiiii my feveret nih), sup sayur bebola ada, sambal ikan bilis ada. Allah makbul terus doa masa tengok ikan talapia dalam kolam di Syamille Resort tadi....sebab ada ikan talapia masak 3 rasa dengan ikan cencaru bakar yang disumbat dengan tempoyak.... ok balik utara ni CONFIRM naik 2 kilo.  Ikan talapia ori tu memang fressshhh, rasa sedap dan size comel2 sebab pakteh pi mengail kat sungai tuh. Feel makan ikan tu memang totally diffrent dengan talapia yang kita beli kat pasar malam or tesco dan giant. TAK SAMA. 3 ekor kuratah meratah macam tu je. Heaven betul. Disebabkan pakteh ni hobi mengail ikan di sungai, maka automatik makteh jadi tokey ikan perkasam. Haiyaahh lupe nak tapau ikan perkasam makteh yang ohsem gile tu..

Soto yang mengancam

Penapis air yang bercakap

Weee ulam-ulaman subur menghijau. Ini ulam raja. Siapa makan?

Esoknya breakfast soto, nasi impit cicah sambal bilis dgn nasi goreng pulak. Saja tau depa ni nak suh kami gemokkk. Lepas makan bermangkuk-mangkuk soto dihidangkan pulak kek pisang bakar dengan kopi o panas. Taktau dah nak sumbat celah mana. Lepas tapau 7 botol kangen water & 3 plastik ulam raja (maceh makteh) perjalanan diteruskan ke Taiping.

Duk kuarters ni kena register kalau ada pelawat. Tiba-tiba pak guard tanya....ni adik Dr.A ke? Ku toleh kiri kanan. Aku ke? Muahahahahahahahahahhahahaha........nasib korangla dapat kaklong yang awekss muda ni. Sentiasa jadi adik bongsu di mata orang. Ok bai!

Nota: Kat Taiping kari ikan sembilang dia memang daebak!...adoiiii kecur pulak air liur nih teringat.

Selamat berbukaaaaa.

3 comments:

  1. ehheh hamboi sonokla awet muda ye. =p btw cantik sangat resort tu.

    ReplyDelete
  2. xdeee pun rembat apa2 free seat.. macam tak free seat je rege hehe..

    ReplyDelete
  3. makan makan utara ni memang best =)

    ReplyDelete