@azyyatiliah

Nuffnang CPUV Campaigns


Assalamualaikum



Lama tak ambil port pasal Earning Nuffnang. Masa awal-awal berblog dari RM1.25 tu berbulan-bulan tengok angka sama barulah naik RM1.50. Tak paham macam mana pengiraannya. Dari duk fenin-fenin baik biorjela depa ni buat kejer diorang. Malam tadi jenguk-jenguk kat Nuffnang CPUV(COST-PER-UNIQUE-VISIT) Campaigns


Baru perasan nilai di atas. Rasanya ini pertama kali dalam sejarah berblog untuk satu kempen dapat RM7 lebih. Tiba-tiba rasa terharu. Sobs. Trafik blog ni mungkin tak setinggi trafik blog yang dah ada jenama. Yang penting maintain 2K visitors datang setiap hari. Hiks. Jadi rasa gembira betul bila dapat RM7.74 sen tu . Hahahaha. Berpeluang sekali bekerjasama dengan Nuffnang untuk sponsor post (moga ada rezeki lagi berkolaborasi). 

Korang masih setia lagi dengan Nuffnang? Ke dah beralih arah? Orang lain dah letak Adsense, Innity, Genee katanya. Adsense dah approve my request. Persoalan di sini tak bergaduh ke Adsense dengan Nuffnang duk sekali? *Belum terbuka hati lagi dengan Adsense*

Sehingga hari ni tak pernah lagi cashout earning Nuffnang. Kita menabung dulu sampai satu masa dirasakan sesuai baru kita cashout. So, uols dah berapa kali cashout? Btw Nuffnang ni takde expired date kan.

Apa-apa pun terima kasih pada Nuffnang sebab sentiasa bagi kempen terus menerus pada blog ni sepanjang masa. Sekali datang banyak betul. Kata suami, biar jela. Lama2 jadi bukit. Nama pun side income. Baiklah. Sikit pun kita terima, kalau banyak lagi senang hati kita terima kan. 


Lagipun bila letak iklan Nuffnang ni, ada graf hijau yang dapat kita monitor. Boleh monitor traffik ke blog sendiri. Jadi kita tahu berapa unique visitors setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Boleh tahu keyword yang orang search ke blog kita.

Sekian. Wassalam.


No comments:

Post a Comment