@azyyatiliah

Jus Cegah Kanser

Salam sihat untuk semua orang!

Azie nak share beauty portion yang boleh cegah kanser....guna sayur dan buah aje. Juicing ni best tau (kecuali part mencuci alat-alat juicer, renyah!). Kali ni watak utamanya ialah kubis ungu atau kubis merah, epal merah dan lemon. Resepi ni Azie dah cuba awal-awal dulu masa tengah excited baru beli Kuvings. Habis segala sayur mayur nak cuba. Peti ais comel tu penuh sayur dan buah je. Yang lain-lain terpaksa dinyah keluar dari peti ais. Sian.

Inilah pertama kali beli sebiji kubis ungu. Tau tak yang kubis ungu atau kubis merah ni bau dia Masha Allah! Bau dan rasa kuat semacam. Memang tak mampu nak telan gitu-gitu. TRAUMA SEMINGGU! Bila balancekan dengan epal merah yang manis barulah boleh minum. Jangan lupa letak juga sedikit lemon. Suami cakap, tobat dah nak minum air kubis ni....udah-udahla tu guna kubis ungu nih. Buat ler sayur lain. Terus tak jadi beauty portion lah macam ni. Terpaksala ambil supplement lain untuk cegah kanser. Haha.

Rupanya kubis unggu a.k.a kubis merah ni banyak khasiatnya antaranya;

Mencegah pertumbuhan kanser
Anti-inflamasi
Meningkatkan imunisasi
Mencegah katarak
Turunkan berat badan
Kurangkan risiko Alzheimer
Membaiki sistem penghadaman
Mencegah osteoperosis

Kubis ungu + Epal merah + Lemon

Happy juicing!

4 comments:

  1. alamak masa tgk gambo tadi ingatkan pomegranate juice. sekali kubiss daaa. eheheh so bila blend dengan epal and lemon mmg hilang terus lah rasa kubis tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup hilang terus rasa kuat kubis tu. Tapi bau masih ada. Sampai la ni masih trauma bau dia. Hihi.

      Delete
  2. mcm sedap je. alamak, kubis ungu tu hahahaha

    ReplyDelete