@azyyatiliah

SHOPPING WOMEN'S TOPS DI ZALORA


Olla semua!

Dulu Azie seorang wanita yang bekerjaya dan berkarier. Gittew. Wanita bekerjaya memang tak dinafikan mesti selalu nak ANGGUN dan nampak FABULOUS. Dulu kerja government. Jadi haruslah berfesyen muslimah ke pejabat. Jadi pantang nampak koleksi jubah, baju kurung cantik atau kain pasang cantik, laju je nak PM seller. Walaupun berkurung...blazer memang tak tinggal. Selalu pakai bila perlu attend meeting. Boleh kata setiap hari, setiap minggu memang schedule penuh dengan acara meeting. Jadi baju kurung mesti BANYAK! Hiks.

Tapi kalau korang kerja swasta atau bekerja sendiri mesti kena banyak pilihan women's tops dalam gerobok kan. Kalau ulang semula minggu berikutnya ada orang perasan tak? Hiks.

Gatal tangan browse website ZALORA 


Woooww! Pastu baru sedar yang ZALORA ada banyak pilihan women's tops. Kalau korang dah bosan dengan imej lama, dah buntu nak pakai baju apa pergi ofis, atau baju-baju sedia ada dah lusuh...meh segarkan mata dan kosongkan bank akaun dengan shopping online di ZALORA. Baju-baju lama tu iklan je buat preloved sale. Hihi. CONFIRM..bila ada baju baru, gaya baru..pasti ada semangat baru, motivasi baru dan rasa lebih yakin dan menawan kala melangkah ke pejabat. Barulah terjegil biji mata semua orang termasuk bos tengok kamu. Hihi.


Nampak tak ada hampir 7000 pilihan top untuk wanita di ZALORAMana satu yang sesuai nak pakai pi ofis ni? Mana satu yang ok untuk casual meeting ni. Hakak rambang mata dah ni. Nak share tips pesona gaya ke pejabat supaya nampak lebih versatil dan berkarisma gitu.

1. SIMPLE SHIRT / KEMEJA RINGKAS

Kemeja memang acara wajib bagi pakaian ke ofis. Jika mahu hadiri mesyuarat, majlis rasmi ataupun interview padankan dengan sut/blazer supaya tampil lebih profesional. Simply match it with a nice pair of trousers and high heels. Jika selama ini gemar berkemeja gelap, apa kata cuba berkemeja putih atau warna pastel seperti biru. Barulah sifat feminin terserlah gitu. 


2. WRAP BLOUSE

Wanita yang sukakan gaya sofisticated,  'wrap blouse' adalah pilihan terbaik! Gaya Wrap blouse ni terpaling cantik dan terpaling hot di pasaran. Wrap blouse dengan V-neck desain nampak lebih feminin dan seksi. Jangan lupa aksesorikan diri dengan kalung yang bergaya atau anting-anting supaya tampak sedikit glamor dan meyakinkan. Lebih konfiden dan kelihatan hebat. Kalau cik perut korang maju kedepan haaa wrap saja. Cool kan. Jika wrap blouse yang longgar pula boleh beri keselesaan pada pemakai.


3. PEPLUM TOP

Peplum ni tiba-tiba popular balik sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Nampak modest dan masih mengekalkan ciri feminin tu. Peplum sesuai digayakan dengan pencil skirt, maxi skirt atau seluar panjang. Untuk muslimah pun boleh bergaya dengan peplum. Peplum top mestilah labuh melepasi pinggul kan. Cantik jugak kalau dipadankan dengan mermaid skirt ^_^


Gaya yang ringkas tapi tetap membuahkan hasil yang menarik. Jom terus terjah ZALORA. Shopping women's tops terbaik di ZALORA. Harga pun berpatutan. Cari yang bersesuaian dengan imej dan penampilan diri. 

Pasti lepas ni anda menjadi pekerja yang gemilang dan terbilang :D

2 comments:

  1. cantik..saya pun suka beli dengan zalora

    Salam Jumaat ! ;)

    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  2. semua cun tapi harga agak mahal sikit..hihiihh mampu tgk ja

    ReplyDelete