@azyyatiliah

Resepi Buang Angin Dalam Badan


Assalamualaikum

Korang banyak angin tak dalam badan? Azie selalu masuk angin terutama waktu malam atau keadaan sejuk ber-aircond. Jadi setiap malam dah acara WAJIB tidur pakai stokin. Walaupun cuaca sekarang panas lit lit tetap tidur malam berstokin. Travel long distance dengan kereta atau flight pun mesti nak pakai stokin. Memang dah standby stokin siap-siap dalam kereta. La ni tengah berlatih pergi mana-mana pun nak pakai stokin. Tapi itulaah kan, yang ke mana-mana tu kejup pakai kejup tidak. Banyaknya tidak pakai daripada pakai. LOL. Memang tidak istiqamah. Tapi takpelah pelan-pelan kayuh. Yang penting niat dah ada. Usaha tangga kejayaan. 

Ni nak share resepi buang angin dalam badan. Pun jumpa kat Mukabuku (Facebook). Terima kasih kepada yang berkongsi resepi. So Azie tepek semula di sini untuk korang juga amalkan. Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang mendapat manfaatnya. Azie dah try buat. Memang ohsem sangat!!

Resepi Buang Angin Dalam Badan

Bahan-Bahan semulajadi

3 batang serai
Halia sebesar ibu jari
Suku biji lemon


Cara-cara: Rebus semua bahan di atas dengan 3 cawan air. Rebus sampai didih. Tambah madu ketika nak minum.

Azie tak mampu minum kalau takde madu. Blerrgghhh! Tak sedap. Bila letak madu haaaa baru ok. Baru boleh teguk dengan laju. Bila nak minum? Dicadangkan minum setiap kali lepas period untuk perempuan. Badan akan rasa ringan. Lenguh-lenguh belakang berkurangan. Sakit kaki naik tangga turun tangga (terutama cikgu) pun berkurangan. 



Suami pun tumpang minum sekaki. Sedap pulak dia minum. Siap tolong habiskan. Pfftttt.

Nanti kita buat lagi.


No comments:

Post a Comment