@azyyatiliah

Moga Terus Bercinta Hingga Ke Syurga!


Assalamualaikum

Moga terus bercinta hingga ke syurga buat pengantin baru! Azie suka pergi wedding. Boleh tengok macam-macam tema dan warna. Suka tengok baju pengantin, suka tengok pelamin, suka dapat makan nasi minyak pengantin, suka dapat wedding gift. Semua pun sukaaaaa! Setakat ni wedding paling Grand Azie pernah pergi ialah Wedding Jiran Azie. Fuhhh..dia kahwin dengan orang-orang media. Fresh flowers memenuhi ballroom. Siap dengan Hummer. Siap dengan motosikal berkuasa tinggi...siap ada lagu tema James Bond..rata-rata tetamu nganga dalam dewan tu. Wedding di ballroom kek somban tu je. Tak sangka ia 'GRAND' begitu. LOL. 

Sebenarnya bukan 'GRAND' yang diperlukan. Penatla kalau wedding tujuan nak impress tetamu. Wedding sepatutnya meriaaaahh, tetamu yang datang dari jauh gembira datang meraikan pengantin dan paling penting ada barakahnya. Bukan senang nak buat majlis kahwin. Banyak kerja-kerja renyah kena buat *flashback wedding sendiri 8 tahun lepas* Adoiiii pening kepala sampai gugur rambut fikirkan tema, baju, hantaran, door gift dan macam-macam lagi. Risaunya kemain sampai tak tidur malam. Mandi tak basah. Tidur tak lena. Makan pun tak lalu. Banyak perkara yang tak tahu pasal wedding. 8 tahun dulu tak boleh nak search di hashtag # Instagram. Facebook tak jadi ahli lagi. Lapan tahun dulu tak macam zaman sekarang. Banyak sangat pilihan dan persaingan. Orang makin kreatif. Harga nampaknya lebih masuk akal dan berpatutan. 

Ini wedding sepupu suami Azie. Apa yang Azie suka tentang wedding ni...dapat berkenalan dan merapatkan hubungan silatulrahim sesama keluarga. Walaupun dah 8 tahun bersama suami, Azie tak kenal semua sepupu-sepupu belah suami. Azie kenal mak ayah pengantin je. Hihi. Bila ada wedding macam ni baru lah boleh berkenalan. Bukan tu je, dapat kenal dengan mak saudara yang lain.


Mula-mula hadiri majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan. Tumpang sama dengar khutbah nikah yang agak panjang dari jurunikah. Eh tiba-tiba muhasabah diri sendiri kejup. Paling best tumpang terharu bila akad nikah disahkan. Huh emosional pulak tiba-tiba. Suka tengok teman rapat kawan pengantin perempuan yang datang masa akad nikah ni. Ramai dan meriah. Kata mak pengantin perempuan, masakan untuk majlis akad nikah ni dimasak oleh saudara mara pengantin perempuan sendiri. Rewang gituuu. Hadirin pun tak ramai hanya keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja.

Sebelum balik dapat door gift dari mak pengantin lelaki. Katanya sebagai tanda terima kasih sebab meramaikan lagi keluarga belah lelaki. Sukaaaaa sangat! Banyak pilihan makanan. Ada mineral water, biskut oreo, gula-gula dan asam masin. Paling comel belacan pun adoooo. Hahahaha. Comellah Aunty Na ni. Bolehla kami hilangkan haus dan syukur gak boleh kudap-kudap dalam kereta. Mau sejam  jugak nak sampai rumah niii...

Sebelum pulang, OOTD takda kaki dulu...

Hari berikutnya majlis reception pengantin perempuan. Buat di rumah juga tapi cukup meriah. Busana pengantin cantik, pelamin indah, masakan pun sedap (katering). Sementara nak tunggu ahli rombangan sampai, kiteorang dibawa ke staging area...rumah homestay yang kawan pengantin perempuan bermalam. Ramai-ramai duk berkumpul kat situ sementara nak gerak ke rumah pengantin perempuan. Kat situlah berpusu-pusu orang masuk tandas. LOL. Dapat berkenalan jugak dengan jiran-jiran rapat Aunty Na. Paling comel..Aunty Na siap promo pulak bisnes Azie kat kawan-kawan dia. Adddoiii! *menyesal tak bawak barang dagangan okeyyyy*




Makanan berhidang

Seronok kalau pergi menghantar pengantin ni. Kalau di bandar mostly mereka bagi makanan berhidang buat keluarga pengantin yang bertandang. Kalau dulu hanya majlis kat hotel-hotel je dapat makanan berhidang ni. Lepas baca doa makan, tiba-tiba ada orang tolong cedukkan nasi. Masa ni bolehla rasa acah-acah VIP =P Tapi ada jugak yang tak bestnya dengan makanan berhidang ni. Malu nak tambah nasi. Malu nak ambik lauk lebih-lebih. Malu kalau tulang ayam terbang ke pinggan sebelah. Segalanya malu. Sudahnya balik rumah laparrrr semula. LOL.

Tema keluarga kelabu. Untuk wedding ni Azie pakai Jubah Bella Ammara. Siapa yang tak kenal jenama Bella Ammara kan. Pelopor pemakaian jubah di Malaysia. Bila Bella Ammara komersialkan jubah secara meluas, secara tak langsung boleh nampak ramai anak-anak remaja pakai Jubah ke mana-mana sahaja. Ke kelas, kenduri, shopping dll...bukan untuk pergi masjid sembahyang terawikh je. Design jubah Bella Ammara sentiasa up to date, cantik menawan, moden dan paling penting cutting loose. Itu kriteria paling Azie suka!

Hijab Duckscarves beli dari Fashionvalet


Then minggu berikutnya majlis reception belah sepupu suami di Bukit Jelutong. Jatuh hati dengan konsep dan dekorasi 'English theme'. Simple dan ringkas. Mereka guna meja segiempat. Kata suami meja macam ni barulah bessstttt nak makan kalau pergi wedding. Hehe. Kerusi warna putih. Hidangan secara buffet. Ada kuih muih dan teh tarik juga. Pengantin pun cantik dengan busana 'mint green'. Photo booth siap disediakan. Sebelum balik, kiteorang dipaksa untuk tulis ucapan dalam 'guest book' pengantin. Mujurla kena paksa.  Kalau tak jangan harap nak tulis. Bhahahaha. Then keluar dari pintu berasingan. Sebelum keluar dapat 'door gift' istimewa dari keluarga pengantin.



P/SIngat nak type pendek2 je...terpanjang pulak ^__^ Korang macam mana? Suka tak pergi wedding? 

No comments:

Post a Comment