@azyyatiliah

Sinopsis 'The Martian'


Happy Chinese New Year!!!!



Cuti sempatla tengok 'The Martian'. Tengok kat mana? Download bluray aje . Tengah tunggu movie Hunger Game final episode ni. Tak muncul2 lagi. So layan je la The Martian.

Korang pernah bercucuk tanam tak? Mesti pernah time Kemahiran Hidup dulu-dulu. Kalau yang suka tanam bunga buat taman kat rumah, pastu pokok hidup subur tu mesti pandai bercucuk tanam le tu. 

Tapi pernah tak terfikir nak tanam pokok kat Marikh? Hehehe. Stylo sangat! Dalam citer The Martian ni boleh lak dia tanam kentang kat Marikh tuh. Giler kentang! Camne dia boleh tanam? Mana nak dapat air? Mana nak dapat baja? Haaaa..jeng..jeng..jeng..

Okeh, citer ni pasal sekumpulan astronaut pergi Marikh untuk buat research, pastu ada ribut. Time nak lari balik tertinggal plak sorang mamat nih kat sana. So kisah 'The Martian' ni berkisar macam mana Mark Watney ni nak survive di Marikh dan camane NASA nak datang selamatkan dia bawak balik. Yang penting selamatkah dia sorang diri duduk kat Marikh tu? Berjaya ke NASA bawak dia balik? Nak kena bina kapal angkasa lain tuh.

Tu je citernye? Helllllooow, kalau tertinggal wife kat stesen minyak RnR lepas 90km baru sedar tertinggal boleh la patah balik gi amek. Ni kat angkasa lepas hokeyy. Tertinggal kat Marikh pulak tu. Bukan boleh senang2 buat u-turn patah balik gi amek. Untuk info jarak dari Bumi ke Mars lebih kurang 150-300 hari perjalanan (lebih kurang 6-8bulan)!!

Kesimpulannya, kita bagi 5 bintang! Best.

Skala Bintang Azie
1 bintang: ngabihkan boreh jer orang buat movie nih
2 bintang: takyah tengok takpe
3 bintang: boleh la kalo nak tengok, tak tengok pon tak rugi
4 bintang: rugi tak tengok
5 bintang: MESTI tengok

INFO Marikh

1. Senarai kapal yang membuat perjalanan ke Marikh

Mariner 4, wahana pertama ke planet Mars (1964 flyby): 228 hari
Mariner 6 (1969 flyby): 155 hari
Mariner 7 (1969 flyby): 128 hari
Mariner 9, wahana pertama yang mengorbit Mars (1971): 168 hari
Viking 1, wahana milik Amerika pertama yang mendarat di Mars (1975): 304 hari
Viking 2 Orbiter/Lander (1975): 333 hari
Mars Global Surveyor (1996): 308 hari
Mars Pathfinder (1996): 212 hari
Mars Odyssey (2001): 200 hari
Mars Express Orbiter (2003): 201 hari
Mars Reconnaissance Orbiter (2005): 210 hari
Mars Science Laboratory (2011): 254 hari

2. Planet Marikh memerlukan waktu yang lebih lama iaitu 24 jam 37 minit untuk melengkapkan putaran untuk satu hari.

3. Putaran satu hari di planet Marikh dinamakan sol. Jurutera NASA menggunakan istilah sol untuk menggambarkan bilangan hari di Marikh


2 comments:

  1. hari tu macam teringin nak tonton cerita ni, now rasa teringin juga nak tonton selepas baca entri ini...

    ReplyDelete
  2. Macam menarik kalau cerita sains fiksyen cam ni.hehe

    ReplyDelete