@azyyatiliah

Tips Hilangkan Rasa Takut Naik Kapal Terbang



Assalamualaikum dan selamat pagi dunia!



Suami ada pengalaman paling menakutkan ketika kapal terbang masuk dalam air pocket masa dalam penerbangan ke Iran dengan Iran Air. Perasaannya antara hidup dan mati sahaja. Kapal terbang drop ke bawah secara tiba-tiba untuk beberapa saat (10-15 saat). 

Pramugara pramugari tengah served makanan. Troli makanan terlepas dan menghentam dinding kapal terbang hujung sebelah sana (mujur takda orang lalu kan. Kalau tak yang lalu tu memang dah arwah). Yang tengah makan mulalah pinggan dengan cawan masing2 terbang. Pramugari pramugara automatik tunduk dan meniarap atas lantai. Penumpang duk berteriak "ALI"..."ALI"..."ALI" Member kat sebelah tengah makan minum sebab sebelum tu dia tidur. Makanan minuman dia terapung di udara sebelum jatuh semula ke atas badannya. Suami dah habis makan. Suasana dalam flight tu memang haru biru dengan jeritan penumpang ketakutan. Ya Allah, kalau masa turbulence pun dah takot gila. Inikan keadaan macam ni. Tak tahu macam mana suami hilangkan rasa trauma tu.. 

Bagi Azie pulak, Alhamdulillah sehingga ke hari ni, takda pengalaman yang menakutkan dalam pesawat. Paling teruk pun hanya bergoncang dan bergegar ketika ribut atau cuaca tak elok. Menakotkan. Pernah juga terasa seperti pesawat terhuyong hayang terutama ketika nak landing. Tapi itu tak seberapa bila compare dengan situasi suami di atas tu. 

Ada tak yang takut nak naik kapal terbang? Tiba-tiba otot jadi tegang, tangan mula rasa gementar dan basah, nafas terasa berat, jantung berdegup kencang, perut rasa tak selesa, berpeluh di dahi, sakit kepala tiba-tiba muncul, mulut terasa kering dan tengkorak rasa sakit sehingga wajah pucat lesi tak berdarah! Maka anda mungkin alami aviatophobia, atau aerophobia. Aviatophobia sejenis rasa takut, cemas, dan gelisah ketika menaiki kapal terbang. Takut yang menjejaskan emosi, mengganggu kehidupan sehingga tak naik kapal terbang walaupun demi urusan kerja. 

Kalau atas urusan kerja pun sanggup tak naik, untuk tujuan berlibur lagila tidak kan. Sanggup naik kereta dan rela tidak pergi luar negara gara-gara takut naik kapal terbang! Lebih-lebih lagi lately ni banyak betul berita tentang nahas udara. MH370 sampai sekarang takde khabar berita. Siapalah tak cuak dan risau kan. Haaaa..ini 8 tips kot-kotla boleh hilangkan rasa takut dan fobia naik kapal terbang.


#1 Tiba awal di lapangan terbang

Biasa sejam lebih awal untuk penerbangan domestik dan 2 jam lebih awal untuk penerbangan luar negara. Itu yang kami praktikkan. Jadi tak perlu nak susah hati, cemas, panik tak sempat atau kena tinggal kapal terbang. Kalau KLIA2 tu dah terasa jauh nak berjalan, ada lagi lapangan terbang yang lebih besar dan lebih jauh. Jika tiba awal di airport, perasaan tu lebih santai dan rileks. Tenang dan cool je orang kata. Mood pun happy je.

Flashback nyaris ditinggal kapal terbang di Hong Kong International Airport akan diingati sampai bila-bila. Ya, kami adalah 2 orang makhluk Allah terakhir yang masuk dalam perut pesawat. Semua orang dah pandang-pandang seolah-olah kami ni penyebab pesawat delay. Penumpang pun berapa kerat je dalam kapal terbang tu. Mujurlah nasib menyebelahi kami. Sebelum tu terpaksa lakukan larian kencang tak cukup nafas. Bukan 100m atau 400m tapi lebih 1km agaknya naik tren keluar train naik escalator segala. Memang jantung berdegup kencang huiiiii! Wajah pun dah pucat lesi tak berdarah takut kene tinggal di Hong Kong. S.E.R.I.K.


#2 Pilih tempat duduk bahagian depan

Untuk yang cepat rasa takut bila kapal terbang mengalami gegaran udara disebabkan turbulence boleh pilih seat bahagian depan. Haaa..sebab tu bila travel Azie suka pilih seat atau beli seat. Mesti ambik bahagian depan sekali belakang hot seat! Turbulence lebih dirasai di bahagian belakang berbanding hadapan. Sebab tu jugalah bisnes kelas atau kelas pertama terletak di bahagaian hadapan kapal terbang. Cabin noise juga kurang berbanding di bahagian belakang. So kalau tak sanggup nak rasa gegar kuat-kuat boleh duduk di bahagian hadapan. Kalau duduk di bahagian belakang, macam-macam bunyi boleh dengar. Erkkk takotla jugak kalau travel long distance.


#3 Pilih tempat duduk di bahagian lorong

Jadi tak perlu lihat ke luar tingkap ketika kapal terbang take off dan juga landing. Tempat duduk tepi tingkap atau di tengah boleh menimbulkan rasa lemas dan tersepit di ruang yang sempit. Lagi-lagi macam Air Asia. Memang rasa lemas weiii. Lagi2 untuk flight lebih 6 jam. Huiiiii. Duduk di lorong boleh mengurangkan perasaan lemas dan boleh kurangkan rasa cemas dalam hati sanubari. Selain itu, kalau di lorong mudah untuk berdiri dan berjalan di dalam pesawat jika perlu. Kalau tak terpaksala kejap2 'excuse me'.


#4 Dengar bacaan Al-Quran dan zikir di telinga

Kalau Megan Fox hilangkan rasa takut naik kapal terbang dengan dengar lagu-lagu dari Britney Spears kita sebagai orang Islam hilangkan rasa takut dan fobia dengan dengar ayat-ayat suci Al-Quran. Download apps. Beli headfon besar dan letak di telinga. Dengar ketika take off dan landing. Atau sepanjang perjalanan. Pasti itu lebih menenangkan jiwa dan lebih relaks. 


#5 Elakkan kopi atau teh

Minuman berkaffein ni boleh menyebabkan rasa cemas dan panik. Minuman tenaga pulak boleh menjadikan minda kita hyper dan berfikir yang bukan-bukan. Eloknya minum air masak atau jus buah-buahahan. Air masak boleh mencegah dehidrasi. Dehidrasi pun punca kita rasa takut.


#6 Jangan terlalu berfikir

Terutama fikiran-fikiran negatif seperti pesawat terhempas di atas gunung atau di dalam lautan atau kena hijack. Sibukkan diri dengan bersembang dengan travelmate di sebelah atau pun sibukkan diri dengan mambaca buku/novel atau menonton movie. Alih perhatian! Tak pun tidur je.


Habis jugak satu movie sementara nak tiba di Bangkok


#7 Jangan lupa BERDOA 

Sebelum travel, mohonlah kepada Allah agar perjalanan lancar dipermudahkan, cuaca baik dan tiada turbulence. Moga pesawat selamat tiba ke destinasi. Baca juga doa naik kenderaan sebelum pesawat take off. Sentiasa zikrullah.


#8 Latih dengan penerbangan domestic dulu

Penerbangan domestic seperti KL - KB hanya 40 minit perjalanan. Atau KL - JB dan sebagainya. Dah rasa ok sikit bolehla terbang jauh-jauh pergi Bandung, Singapore, Bangkok.


#9 Jumpa pakar psikologi

Jika semua di atas tidak membantu, boleh jumpa pakar psikologi seperti Akim Ahmad pelantun lagu Potret tu. Dia siap jumpa pakar lagi untuk atasi masalah fobia naik kapal terbang.




Dalam kapal terbang dari Hong Kong ke KL



Waktu senja di udara dari Krabi ke Kuala Lumpur




Perubahan Siang ke malam dari Kuala Lumpur ke Melbourne




Dari Kuala Lumpur ke Vietnam


Cerita menakutkan suami tu kadang2 berlegar-legar dalam ruang memori. Especially sebelum travel ke mana-mana. Selalu berdoa kepada Tuhan janganlah ada kejadian macam tu. Akak tak kuad! Maka untuk hilangkan rasa takut tu amalkan tips di atas. Selalu fikirkan view, pemandangan yang indah-indah dan pengalaman best waktu travel nanti. Sebab tu gigih cari tiket murah. Tapi TETAP juga beli tempat duduk tepi tingkap. Azie rasa pemandangan dari tepi tingkap kapal terbang menyaksikan perubahan dari siang ke malam di langit biru adalah antara view paling menakjubkan. Alhamdulillah. Syukur ada mata boleh melihat.

Korang ada pengalaman menakutkan tak dalam kapal terbang? Jom share..

1 comment:

  1. Huhuhu...same mcm aku masa g Haji arituh, pikir mcm2 sbb 1st time naik flight lps kes MH370 & MH17 tuh...last flight sblm tu pg bkt tinggi, indonesia pun ada air pocket tuh tmbh gerun masa naik flight, cuaca x brp elok masa tu so kapal terbang rendah jek all the way dr bkt tinggi. smpi lcct dah nak touchdown, tgal tayar cecah runaway tuh jek, boleh pulak kapal tuh naik blk x jadik landing...mcm movie air force one daaaa...lama gak bersiar2 atas udara sblm betul2 landing, cuak sehhhh...

    ReplyDelete