@azyyatiliah

Resepi Korean Egg Roll Mudah & Ringkas



Assalamualaikum dan selamat pagi Malaysia

Nak share resepi Korean Egg Roll yang mudah & ringkas. Cubaan pertama ni nak buat Korean Egg Roll! 

Hanya menggunakan 4 bahan sahaja (telur, daun bawang, carrot & garam). Sangat simple & mudah dicari, memang ada je dalam rumah. Jom try test apa jadi. Resepi ni diambil dari Facebook.

Bahan- bahan
3 biji telur
1 tbs daun bawang (cincang halus)
1 tbs carrot (cincang halus)
Sedikit garam

Nah ini cara buat Korean Egg Roll

1. Masukkan daun bawang dan carrot ke dalam telur +garam (guna non stick pan yang leper) 

2. Panaskan kuali dengan api sederhana dan letak minyak sedikit. 

3.Tuangkan telur( dalam 1/3). Bila bahagian bawah dah masak sikit, lipat telur dalam 1 inch. Teruskan lipat. Pastikan bahagian atas tak masak sangat (so nanti bila lipat melekat, senang nak potong). Bila dah sampai hujung, tuang lagi telur. Pastikan bersambung dgn sebelum nyer.. Gulung lagi dan biarkan sehingga masak.

Cara lipat Korean Egg Roll



4. Angkat Biarkan sejuk dan potong. 




Siap! 

Bolehla ni kan...lepas ni nak try Sundubu Jigae ... 



6 comments:

  1. tetiba rasa lapar ni..simple je kan..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syeeda,
      Betul. Ringkas sgt. Macam telur dadar kita tapi ada sayur mayur dan perlu gulung. Bolehla try nanti.

      Delete
  2. Replies
    1. Ain,
      Aikk, tak rasa pun dah kata sedap. Hihi. Cuba Ain buat..mesti lagi ummmpph!

      Delete
  3. Boleh cuba...mcm ala2 telur dadar tp bukan kan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farikica,
      Haah cubalah nnti. Sama macam telur dadar je. Cuma ada sayur2an dan kene gulung. Part gulung tula tricky sikit. Hihi.

      Delete