@azyyatiliah

Nasi Kak Wok Shah Alam di Kedai Nasi JJ TTDI Jaya



Assalamualaikum dan selamat tengahari!



Siapa ore Kelate sini? Kelantan memang famous dengan Nasi Kerabu, Nasi Ulam, Nasi berlauk (Ya Allah sedapnya!) Korang kalau pergi Kelantan wajib makan Nasi Berlauk ayam atau ikan untuk breakfast tau! 

Pernah dengar tak Nasi Kak Wok? 


Nasi Kak Wok asal dari Kelantan. Restoren Nasi Kak Wok turun temurun originally dari Jalan Lundang (belakang Kota Bharu Medical Centre, KBMC), cawangannya di Kubang Kerian (depan USM). Foundernya Mek Wok Hassan atau Kak Wok berniaga nasi ni sejak 35 tahun dulu. Lately ni nampak banyak gila jenama Nasi Kak Wok bertebaran di merata Shah Alam, Saujana Utama, Puncak Alam pun dah ada. Kuala Lumpur tak pasti. 

Baru-baru ni husband ajak makan Nasi Kak Wok Shah Alam di Kedai Nasi JJ TTDI Jaya. Katanya SEDAP! Officemate ya yang perkenalkan. Tak pasti adakah ini cucu cicit Kak Wok atau tidak. Atau tumpang glamour nama Kak Wok mungkin juga. Yang berniaga ni memang orang Kelantan. Tak kisahla, yang penting hilanglah rasa kempunan dan rindu nak makan Nasi Kok Wok Kelantan. Gitu. 

Kedai Nasi JJ Kak Wok ni terletak di TTDI Jaya. Tak jauh dari Restoren Arab Sedap Aroma Hijrah. Konsepnya layan diri. Beratur, order, ambik air, bayar. Harga sebungkus RM5. Tidak termasuk air bandung hijau. Portion dia banyak. Tak kalau tak cukup sebungkus takpa. Boleh tambah. Nasi tambah RM1.50 (nasi + sambal belacan).

Formula nasi Kak Wok -> Nasi putih + berlauk gulai yang berlemak sedap menjilat jari + ketulan-ketulan kecil ayam goreng + sambal belacan = NASI KAK WOK. Kunci KESEDAPAN nasi KAK WOK ni terletak pada GULAI & SAMBAL BELACAN nya. 


Restoren JJ punya Nasi Kak Wok ni memang sedap sambalnya. Bukan itu je, YA ALLAH..memang tak kedekut dengan ayam. Ayam memang banyak! Serious. Selalu makan nasi tak cukup ayam. Nasi Kak Wok JJ ni terlebih-lebih ayam. Siap ada balance untuk ratah lagi. Betullah sekali pergi aritu tak cukup. REPEAT dah untuk kali Ke-2. Tak cukup lagi. Nanti nak ajak suami pergi lagi. Hiksss. Sebab tu ramai yang cakap dan bersetuju Nasi Kak Wok di Kedai Nasi JJ TTDI Jaya ni paling sedap di Shah Alam (kalau ada yang lagi sedap tolong info ya. TQ =)).

Officemate suami, dari JAPAN suka GILA nasi JJ Kak Wok ni. Katanya "Nashi Kawok have the best sambaru. OISHI! OISHI! " maknanya....Nasi Kak Wok punya sambal paling BEST. Oishi tu maksudnya SEDAP. Hihi. Suami cakap siap bertambah-tambah lagi sambal belacannya. Memang HANTU SAMBAL!

Lokasi / Alamat:

Kedai Nasi JJ Kak Wok
50, Jalan Opera J U2/J, TTDI Jaya, Shah Alam
Waktu Operasi :8.30pagi – 6petang (Isnin ke Jumaat), 8.30pagi ke 3petang (Sabtu).

TIPS: Jangan datang waktu puncak! Memang beratur panjang la jawabnya. Meja dan tempat duduk terhad.
P/S: Kepada Encik Suami, jom kita makan lagi minggu ni boleh tak? 


No comments:

Post a Comment