@azyyatiliah

Menu Sedap di Pavilion KL



Assalamualaikum & selamat pagi




Oke hai semua. Haritu nak jalan-jalan cari makan KL. Kononya nak makan tengahari di RSMY. Nak trylah roti nan TERsedakp di KL. Nampaknya kerusi atas meja lagi. Kedai baru nak open da~ . Next ke Mali's Corner (ala yang baru ni kena saman sebab takda invoice GST tu) nak makan char kuew teow lazat mengancam anak tekak gara-gara ternampak dalam Instagram Hamis Jalika, TUTUP pulak. Memang takda rezeki betul. Akhirnya terus je ke Pavilion KL. Ya Allah lamanya tak pergi Pavilion. Last time pergi maybe lima atau enam tahun sudah agaknya. Masa tu terserempak dengan Pak Nil. Maklumlah tempat artis-artis Malaysia beli belah dengan mewahnya. 

Restoren dalam Pavilion ni banyak. Tepuk dada tanya selera aje. Kami, akhirnya makan di Food Republic aje (itu je yang mampu). Dalam Food Republic pun banyak pilihan restoren. Rambang mata! Apa menu sedap dalam Food Republic Pavilion KL ni? Lepas duk perati beberapa minit nampaknya tempat MEE JAWA paling ramai orang pergi. Terus rasa nak try MEE JAWA.


Mee Jawa harga RM10.49 (inc GST)



Harga set Ayam Penyet RM14.20 (inc GST)


Mee Jawa.... sedaaaap. Not bad. Besar jugak portionnya untuk seorang perempuan. Tapi habis sepinggan. Alhamdulillah. Kuahnya pekat dan sempurna. Ada macam-macam isi dalam. Ada papadom, tauhu goreng, kekacang, sambal & sambal sotong. Kalau korang pening nak makan apa dalam Food Republic ni cubalah try Mee Jawa ni oke?

Menu suami..Ayam penyet! Ayam penyet tu pun OK. Alhamdulillah. Tapi..tapi..kan..kat Waroeng Penyet The Curve lagi best. Pilih sambal paling spicy. Arrrgghhh teringin pulak.. Next time pergi Pavilion dah ada a few menu yang menarik dan teringin nak cuba! (lagi 5 tahun agaknya....)


2 comments:

  1. Lama juga tak jejak Pavillion nih...

    ReplyDelete
  2. Sama lama dah tak jejak Pavi. rasanya dah 4 tahun. hehehe..tapi tengok Azie makan rasanya macam nak pergi nanti.^^

    ReplyDelete