@azyyatiliah

Garage51 Bandar Sunway | Garage Messed Up Family Milkshakes


Assalamualaikum & Salam Isnin

Boleh kencin manis minum milkshake macam kat bawah ni!



Pernah dengar Garage51? Garage51 by Cofee Societe ada di Bandar Sunway. Terletak tak jauh dari Sunway University. Google maps kan aje tempat ni and tadaaaaaa. Sampai.

Kiteorang singgah sini sebelum exercise tangan (bowling) di Sunway Pyramid.

Alamat/Lokasi

Garage51
51, Jalan PJS 11/9
Bandar Sunway
Selangor

Waktu operasi: Setiap hari 11AM - 11PM

FB : Garage51

Parking penuh. Kebetulan pulak ada kereta keluar. So dapatla parking. Kiri kanan macam banyak bengkel kereta. Senang je nak kenal Garage51 ni. Tulisan besar. Dari jauh dah boleh nampak. Belah kanan kedai ada lorong. Kat situ ada beetle merah dan basikal sebagai prop untuk ambil gambar agaknya.

Masuk dalam memang ramai orang. Maklumlan pernah dapat 'Best Cafe' winner oleh pembaca Time Out KL untuk tahun 2014. Mujurlah masih ada kosong di tingkat atas. Macam mana tau tempat ni? Sebab ada orang viralkan di FB salah satu menu di sini 'Garage Messed Up Family Milkshakes'. 




Nak bagitahu yang mereka ada perkenalkan menu weird 'Garage Messed Up Family Milkshakes'

Menu satu keluarga;
The Father - Chocolate with Peanut Butter - RM18.90
The Mother - Green Tea with Natural Honey - RM18.90
The Daughter - Coconut and the beach (with hints of citrus note) - RM18.90
The Son - Nutella with hints of Hazelnut - RM18.90

Pilihan kami 'The Son'. Rupa pun weird. Pengidap diabetis sila lupakan hasrat anda okey. Huhu. Setiap milkshakes di atas dihias dan disusun dengan kreatif dan unik! Paling tak tahan siap ada picagari. Sebelum makan, ambil picagari inject masuk dalam mulut dulu eh. Hik (tiba2 muncul persoalan, adakah picagari ini dibasuh dan diguna semula atau guna yang baru?) 

'The Son' ada marshmallow yang disusun di atas chocolate rolled wafer stick, ada popcorn ditabur di atas milkshaes, ada pretzel dilekatkan di tepi bekas menggunakan peanut butter. Ada taburan cornflakes. Nampak saangat teeeempting kan! Tahap kemanisan tu takpayah cakapla kan. Boleh ke sana dan try sendiri. Setiap satunya beharga RM18.90 (harga dah termasuk GST). Oh FYI, plain water memang disediakan. Kotla ada yang sengal gigi lepas makan. 

Selain menu di atas, banyak lagi menu makanan yang lain. Mesti ada yang tanya Garage51 halal ke tak kan. Garage51 not Halal-certified, but pork-free cafe (ada dalam FB mereka). Pernah masuk dalam Jalan-Jalan Cari Makan TV3 dan baru-baru ni ada dalam rancangan Meletop Astro Ria tu.

So kalau uols nak datang sini, bolehla try milkshakes ni atau pun coffee nya. Lain-lain menu kiteorang tak try. Lunch kat tempat lain. So takdapatla nak review. Hiks.

Till then wassalam.

4 comments:

  1. uhhhhh tu mashmellow kan...melting sesangat

    ReplyDelete
  2. Seminggu hampir 3 kali lalu depan garage 51 husband ada gak ajak pegi..tp hati belom teringin hehe kalau kate boleh kena diabetes lagi xjadi nak pergi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marhaini Fairuz,
      Hihihi. Azie pergi Garage 51 ni pun semata rasa Messed Up Family je. Kalau tak... mungkin tak datang jugak agaknya.

      Delete