@azyyatiliah

Autumn 2015 : Day 9 Part 1 | Changdeokgung Palace & Bukchon Hanok Village



Assalamualaikum dan salam 2016!
“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”. Hari KELIMA di SEOUL.

Eh harini dah masuk hari ke-9 di Korea Selatan! Rasa macam sekejup masa berlalu. Harini ke mana kita? Ayuh kita ke Changdeokgung Palace. Changdeokgung Palace ni merupakan antara istana lama yang cantik di Seoul terutama ketika Autumn. Orang kata nanti tak pergi Seoul, Korea pulak kalau tak ambik gambar kat sini. Salah satu tempat wajib check-in kalau ada di Korea Selatan. Baru tahu ayahanda bergambar ramai-ramai masa di Seoul, Korea Selatan tahun 90-an dulu rupanya di depan Changdeokgung Palace. Tahun 2015, anak dia pulak bergambar kat sini. Ahaks. Abah, ni pose untuk abah.

Harini hujan lagi uols! PASRAH.


Cara pergi Changdeokgung Palace dari Myeongdong

1. Ambik train dari Myeongdong ke Chungmuro, 1 station -> Exit Chungmuro 
2. Tukar ke line 3 -> menghala ke Euljiro 3(sam)-ga -> 3 stations -> Exit di Anguk -> Exit no 3. Guna Google Maps cari Changdeokgung Palace.


Admission Fees 3,000W. Tinjau-tinjau tak nampak apa pun kat dalam. Jadi kita bergambar acah-acah masuk dalam. Tapi sebenarnya tak masuk pun. Sebab macam tak cukup masa je nak masuk dalam. Lagipun ada tempat lain lagi kita nak pergi hari ni. Masuk dalam ni confirm tak sempat nanti. Jam 5pm hari dah beransur malam. Jadi lepas sengih-sengih bergambar depan palace ni kiteorang pun gerak ke Bukchon Hanok Village.

Tengok google maps nak pergi Bukchon Hanok Village dari Changdeokgung Palace. Bukchon Hanok Village ni kampung lama di Korea. Ada 860 buah rumah tradisional Korea yang cantik dan berusia lebih 600 tahun. Kat sini merayap tah mana hala. Hehe.. Dingin dan sunyi je suasana. Jalan raya pun masih lengang. Terpesona tengok rumah tradisional ni. Rumah rendah-rendah belaka. 


Then kiteorang pergi Insadong pulak. SHOPPING TIME!


Basically ketiga-tiga tempat di turun di station yang sama iaitu ANGUK STATION. Tapi Exit berbeza. Kiteorang refer je signboard. Yang ni Insa-dong Exit 6. Btw payung tu kepunyaan Namsan Guesthouse 3. Mujur bawak!

Ayuh! Tapi bersambung next entry ya =)


No comments:

Post a Comment