@azyyatiliah

Autumn 2015 : Day 10 Part 3 | Seoul Lantern Festival 2015 & Shopping di Myeongdong


Assalamualaikum dan Salam Petang Duniaaaa.

“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”.



Entry ni sambungan dari;
Day 10 Part 1
Day 10 Part 2

Syukurla sempat jugak pergi tengok Seoul Lantern Festival 2015 ni. Seoul Lantern Festival ini hanya ada ketika Autumn sahaja. Bermakna hanya ada bulan November sahaja. Tahun 2015 ia start 6 November 2015 - 22 November 2015. Tema tahun ni 'Illuminated Seoul Tour'. Kami pergi ni 9 November 2015. 

Seoul Lantern Festival 2015

Tarikh: 6 - 22 November 2015
Tempat: Cheonggye Plaza hingga Supyo Bridge sejauh 1.2km
Lokasi: Cheonggyecheon Stream

Tiada bayaran dikenakan. Oleh itu, silalah cuci mata di sini sepuasnya. Orang pun ramai kat sini. Masing-masing dengan camera besar. Kiteorang camera fon aje =P Ingatkan Lantern ni bergerak atau dibawa berarak di atas air Cheonggyecheon Stream sepanjang 6km. Rupanya tidak ye. Ia statik di situ. Heheh. Jadi kalau nak tengok Seoul Lantern Festival kenalah pergi di tempat yang betul.

Lantern atau tanglung zaman dulu-dulu macam simple je kan. Tapi di Seoul Lantern Festival ni dah macam-macam rupa bentuk tanglung ada. Makin kompleks rupa bentuknya. Warna warni pulak tu. Rasanya ini mereka guna tanglung elektrik dan neon. 


Selesai cuci mata di Seoul Lantern Festival, habiskan duit shopping di Myeongdong. Malam ni try makan street food yang ada di Myeongdong. Egg Bun with Almond+Peanut+Sunflower Seed. Makan panas-panas memang sedap. Then ada Halal Yokitori. Ayam grill. Lepas grill disapu dengan sos yang disediakan ikut pilihan hati masing-masing. Then ada kebab halal depan Forever 21. (lupa ambil gambar). Banyak makanan street food di Myeongdong tapi kami pun tak sempat nak try semua yang dicadangkan. Tawaf Myeongdong pun tak habis lagi. Boleh kata hari-hari kiteorang tawaf sini sebelum balik GH. Hari-hari datang cuci mata pun masih tak puas. Settle semua balik GH dan packing (tugasan paling mencabar kalau travel). 



Finally. Percutian ke Jeju & Seoul Korea Selatan sampai penghujungnya. Esok (Selasa) pagi-pagi dah kene pergi Incheon Airport. Hari berikutnya, Rabu suami dah masuk kerja. Kesian betul. Jetlag tak habis terus masuk ofis. Nak buat camne. Cuti dah habis. Hiks. MC takmahu katanya. Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan musafir kami dan lindungi keselamatan kami sepanjang berada di sana. Yang penting walaupun suhu belasan darjah celcius di setengah2 tempat ada yang bawah 10c tapi alhamdulillah sihat sejahtera fizikal tidak batuk dan demam. 

TIPS: Sebelum travel kuatkan stamina dengan berjogging (itupun kalau rajin). Itu yang kiteorang buat beberapa bulan sebelum travel. Sebabnya 10 hari travel di Jeju dan Seoul sangat perlukan stamina yang tinggi! Kaki perlu kuat. Dah tua-tua macam ni harusla nak ada stamina nak panjat bukit la, naik gunungla, naik tangga turun tangga subway dan jalan kaki dengan banyak. Yang kedua bawa supplemen. YES! Setiap kali travel memang Azie akan bawa supplemen. Semestinyalah SHAKLEE la kan. Hihi. Bawa Vitamin C, Alfalfa dan Nutriferon. Sebab bila travel semestinya berpanasla, kena hujan, sejuk, dingin berangin semua ada. Kiteorang ikhtiar je dengan supplemen. Alhamdulillah dengan izin Allah semua baik-baik sahaja. Paling risau kat suami sebenarnya. Jadi selalu doa banyak2 biar kesihatan dia tip top supaya tak ganggu jadual kerjanya yang sangat sibuk tuuu.

Syukurla kami berdua memang enjoy, happy dan puas hati sangat dengan trip ke Korea kali ni. Rasanya ini trip paling lama dan best setakat ni. Dan juga yang paling menguji kekuatan kaki. Itu sahaja laporan travelog dari negara kimchi. Kalau berkesempatan pergilah explore Korea Selatan yang menjadi negara kegemaran rakyat Malaysia ni =) Repeat? Belum lagi buat masa ni.  Masih ada bucketlist lain yang perlu dilaksanakan. Bajet dan travel kene plan dengan sebaiknya. Lagi-lagi musim gawat nih. Huhu.

Tahun 2016 ke mana? R.A.H.S.I.A. Tunggu Azie update naaaa.

Btw tahun depan, 2017 2018 is our 10th wedding anniversary! Omaigad! Dah 10 tahun berumahtangga. Begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru je akad nikah setahun dua yang lepas.........hmmm nak kemana yeee. Any idea?

Signing off


6 comments:

  1. waaaa...10 thun dah ye...tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yana Libra,
      Iyaaaaa. 10 tahun (tahun depan la tapi)...terima kasih dear =))

      Delete
  2. ehh... bukan 2018 ka 10 years.... planning to go somewhere jugak In Shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farhana,
      Bhahhaaha! OMG betul lah. Salah kira daaaa (menyorok dalam lemari) . Suami merajuk seminggu dah. Thanx to u my dear =)

      Eh mana taaauuu ni??? (garu kepala)

      Delete
  3. salam sissy... saya nak tnya... nk mintak pendpt.. souvenier better beli kat insadong ke market namda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam =)
      Beli dekat Insadong!!! Banyak pilihan yang cantik2. Rambang mata. Harga pun ok. Selain tu, boleh jugak tengok di Arirang dalam Doota Mall di Dongdaemon. Situ pun banyak souvenier best2. Harga lebih kurang sama macam di Insadong. Dua-dua tempat tu Azie habis banyak ribu won!!!

      Delete