@azyyatiliah

Autumn 2015 : Day 10 Part 2 | Dongdaemun Design Plaza, LED Rose Garden & Doota Mall


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
“Annyeong Haseyo! “안녕하세요”. 

Day 10 Part 1 boleh baca di sini. Jom explore apa yang menarik di Dongdaemun Design Plaza (DDP) ni.


Dongdaemun Design Plaza (DDP)

Whoaaaaa, ada UFO spaceship di tengah bandar Seoul? OK tipu. Masha Allah. Bangunan ni desainnya sangat luar biasa dan unik. Ternganga jap. Bangunan ni nama Dongdaemun Design Plaza (DDP). Terletak di tengah-tengah kawasan Dongdaemun. Boleh nampak shopping mall seperti Doota Mall, Migliore, Hello APM dan Lotte Fitin dari DDP ni. DDP digunakan untuk conference, exhibition, event atau gatherings. Arkiteknya Zaha Hadid (wanita Iran yang bekerja dan menetap di London). Yay, girl power! Ada 5 hall iaitu; Art Hall, Museum, Design Lab, Design Market dan Dongdaemun History & Culture Park. Katanya drama 'Cunning Single Ladies' dan 'Fated to Love You' shooting di sini. Errr..siapa tengok?

Jadi, kalau korang ada di Seoul, jangan lupa singgah sini untuk ambik gambar. Kat sini ambiklah gambar posisi mana pun rupa DDP ini nampak sangat mengkagumkan.

Kami masuk dalam DDP yang futuristik sangat ni sebab nak tengok apa yang menarik kat dalam. Ada exhibition. Tak sure tentang apa, tapi barang-barang dalam ni cukup menarik, unik dan kreatif! Sesuai untuk artsy fartsy. Wajiblah ke sini. Dalam banyak-banyak item dipamerkan, paling menarik 2D Printer. Harga 2,000,000W weh. Tapi outputnya sangat cantik. Boleh create macam-macam 2D item. Lagi ohsem 3D Printing pun ade. Bayaran tak ingat berapa Won. Masuk dalam studio 3D yang ada beratus camera DSLR Nikon kat dalam tu. Pose dan snap. Lepas tu 3D Printing akan mencetak SEBIJIK seperti anda!

Cara ke Dongdaemun Design Plaza DDP

Turun di Dongdaemun History & Culture Park Station (Seoul Subway Line 4)
Keluar Exit 1 


Lebih indah dilihat waktu malam! 


LED Rose Garden Dongdaemun

Eh ada Taman Mawar Putih di DDP ni! Bila pergi dekat rupanya bunga plastik. Yang menariknya setiap kuntum bunga ini ada lampu LED di dalamnya. Semuanya berjumlah 25,550 LED roses! Kenapa ada 25,550? Katanya memperingati yang 70 tahun Korea merdeka. 70 times 365 hari = 25,550. 365 hari sepanjang tahun hidup bahagia setiap hari. LED ros ini akan menyala menjelang sunset. Lebih kurang jam 5.30pm. Sangat cantik menjelang waktu malam! Eh terasa macam pergi honeymoon pulak. LED Rose Garden ini akan ada sehingga end of February 2016 sahaja. So sesiapa yang ada di Seoul sampai February jangan lepaskan peluang tengok LED Rose Garden di Dongdaemun ni. Amazing sangat!



Doota Mall (Arirang Souvenir Shop)

Oppa Arirang ni pandai cakap Melayu. Fasih pulak tu. Muka Korea cakap Bahasa Melayu apahal?! 

Oppa: Where are you from?

Kami: Malaysia.

Oppa: Oh Malaysia. Saya reti cakap bahasa. 

Kami: Hah?!!. Eh cakap Bahasa Malaysia?

Oppa: Haah. Saya belajar pergi kursus Bahasa Malaysia. Tengok-tengokla kat sini macam-macam ada. Abang dengan kakak cari apa?

Kami: Cari susu pisang nak bawak balik KL. 

Oppa: Susu pisang ada kat sini. (hulur bakul dan pek susu pisang dalam kotak). Lagi takkan susu aje. Ini ada rumpai laut, cuba rasa. Sedap ni. Perasa Kimchi. Harga cuma 12,000W jer, dalam ni ada 32 paket kecik2. Haa cuba rasa yang ni pulak. Yang ni rumpai laut dengan olive oil. Beli la, nanti boleh buat lauk makan dengan nasik lemak.

Kami: Dalam hati (adoiiila lucu betul. Adeke rumpai laut makan dengan nasi lemak). Ok ambikla dua-dua pek ni.

Oppa: Itu aje ke? Taknak tengok fridge magnet, pengetip kuku..

Kami: Mana pengetip kuku nak tengok? Nak yang saiz besar. Saiz kecik taknak.

Oppa: Ala, takdela. Saiz kecik aje yang ada. T-Shirt 'I Love Seoul' ni taknak ke. Sudu pon ada, nanti boleh makan dengan budu.

Kami: (Dalam hati) Oppa ni blaja dengan cikgu orang Kelantan agaknye lulz...

Akhirnya terbang melayang 60,000W (dapat free keychain) disebabkan dia ni pandai cakap bahasa Melayu. Apa yang kami beli? Susu pisang kotak untuk bawak balik Malaysia, seaweed (2 pek untuk rakan-rakan pejabat suami), snack rumpai laut (untuk kudap-kudap tengok movie kat rumah nanti). 6 set garfu untuk dipasangkan dengan sudu yang beli dekat Insadong. Kat sana tak jumpa garfu. T-shirt souvenir untuk abah2. Makin dilayan mamat ni makin banyak pulak nanti. Baiklah segera angkat kaki.

Setelah keluar dari Arirang (Tingkat 4), baru perasan...eh apesal kita tak rekod video tadi. Kalau tak boleh viralkan kat FB. Makin ramaila orang Malaysia datang shopping kat Arirang ni. Ahaks. 

Yang tak bestnya, takdapat TAX FREE. Sepatutnya shopping >30,000W dapat tax free. Tapi kedai ni takde ya tuan-puan sebab ini kedai cenderahati katanya. Rugi pulak rasanya. 




Ok. Bye. Part 3 sambung nanti ok.

No comments:

Post a Comment